Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 08, 2014

PROJEK RM250 JUTA HANYA TINGGAI 20 EKOQ LEMBU

Pintu gerbang masuk ke Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang kini satu wajah suram. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.

Jauh daripada perancangan asal mencapai cita-cita menjadi pengeksport daging lembu terunggul, ladang ternak di Pusat Fidlot Nasional (NFC) hari ini hanya satu wajah suram dengan lembu berkeliaran di tengah rumput yang tinggi dan bangunan usang.

Sejak pendedahan pemimpin PKR Rafizi Ramli pada 2011, berhubung skandal salah guna dana kerajaan persekutuan, ladang seluas 2,000 hektar di Gemas, Negeri Sembilan itu kini hanya mempunyai antara 10 dan 20 lembu, kakitangan yang boleh dikira dengan jari dan pengurusannya berdepan tindakan saman kerana gagal membayar pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.

Tinjauan The Malaysian Insider baru-baru ini mendapati, ladang berkenaan kini terbiar, dipenuhi semak-samun, di samping bangunan pusat penyembelihan yang usang dan mulai retak, deretan pokok Akasia sebesar pemeluk juga mulai memenuhi kawasan yang pernah menempatkan ribuan ekor lembu itu.



Kakitangan NFC ketika ditemui berkata, lembu yang dulunya diletakkan di dalam kandang kini dibiarkan bebas berkeliaran di sekitar padang ragut dan menjadi lembu liar.
"Kalau dulu lembu itu dikurung dalam kandang besi, tetapi lepas skandal itu, tiada lagi makanan yang dihantar, kami lepaskan lembu di padang ragut," kata salah seorang daripada 4 kakitangan NFC yang tinggal.

Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, mereka berempat akan bergilir-gilir memeriksa lembu itu dengan setiap syif melibatkan dua kakitangan berjaga memantau kawasan berkenaan.

"Jika ada yang sakit atau mati, kami hanya akan mengambil gambar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tugas mereka kini memastikan ladang berkenaan tidak diceroboh kerana perabot, penyaman udara dan beberapa keperluan pejabat masih lagi berada dalam bangunan itu.

The Malaysian Insider turut dimaklumkan berlaku kecurian kabel elektrik di ladang berkenaan pada 2013.

Juga dimaklumkan, nasib pusat penternakan lembu itu hanya akan diketahui pada awal 2015, sama ada diserahkan kepada kerajaan Negeri Sembilan atau ditender kepada syarikat swasta.

Malah, 500 hektar daripada keseluruhan 2,000 hektar tanah yang disewa NFC daripada kerajaan negeri itu juga dikatakan sudah diusahakan syarikat pertanian yang kini mulai ditanam kelapa sawit.

"Kami hanya menjaga 1,500 hektar, kerana di kawasan ini masih terdapat bangunan milik syarikat, 500 hektar lagi sudah ditanam kelapa sawit," katanya.

Papan tanda dilarang masuk di kawasan Pusat Fidlot Nasional yang kini dijaga 4 kakitangan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.

Situasi ini jauh berbeza daripada matlamat asal NFC ditubuhkan bagi menjadikan Malaysia pengeksport daging lembu segar melalui satu projek jangka panjang yang dimulakan sejak Rancangan Malaysia ke-9, di bawah penyeliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Melalui penubuhan NFC, daging segar dijangka dapat memenuhi permintaan rakyat Malaysia dengan penjualan dagingnya dirancang dijual di pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan Pasar Tani kendalian Fama.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke tapak ladang ternakan dan rumah penyembelihan lembu itu pada Jun 2011 turut menyuarakan rasa bangga kerana NFC berjaya menyahut saranan kerajaan.

“Kita juga dijangka tidak mengalami masalah bekalan walaupun pertumbuhan penduduk Malaysia meningkat 5% setiap tahun," kata Muhyiddin, ketika lawatan beliau ke tapak itu.

Isu berhubung skandal NFC menjadi topik hangat apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati terdapat kecelaruan terhadap projek ternakan lembu itu.

Ia didapati gagal mencapai sasaran menternak 8,000 ekor lembu menjelang 010 sedangkan ia sepatutnya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada 2015.

Ia menjadi semakin panas apabila pengurusannya, NFC Corporation (NFCorp) dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika itu.

Suami ketua Wanita Umno itu, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, merupakan pengerusi lembaga pengarah NFCorp yang ahlinya termasuk anak-anak pasangan itu.

NFCorp ialah sebuah entiti swasta manakala ladang itu, atau NFC, dimiliki Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Ladang itu mula beroperasi pada 2008, tetapi pada tahun berikutnya, dana NFCorp dibekukan dan ditahan Jabatan Akauntan Negara selepas ia didapati gagal mencapai sasaran.

Bangunan pejabat yang tidak terurus di dalam kawasan Pusat Fidlot Nasional. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 8 Disember, 2014.

Sejak itu, beberapa siri pendedahan dibuat PKR, termasuk mengenai pembelian kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan ke atas Shahrizat menggunakan dana RM250 juta berkenaan bagi kegunaan peribadi keluarganya.

NFCorp menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya bagi tujuan perniagaan.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara turut menjalankan penyiasatan berhubung skandal berkenaan dan mengeluarkan laporan berhubung isu itu.

Salleh kemudiannya didakwa pecah amanah melibatkan RM49.7 juta dalam bentuk pembelian dua unit kondominium itu.

Beliau mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ketika ini masih belum selesai. Beliau juga menghadapi dua tuduhan lain mengikut Akta Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan, memberitahu Parlimen baru-baru ini, NFCorp gagal menjelaskan bayaran balik pinjaman tahun ini yang sepatutnya dijelaskan pada Januari lalu. Hanya RM34.98 juta dibayar setakat ini melalui 2 ansuran pada 2012 dan 2013.

Rafizi, yang berkata pinjaman itu diambil pada 2006, menganggarkan faedahnya sepatutnya sudah mencecah kira-kira RM50 juta sekarang.

Jumlah wang yang besar ini tidak tercapai di akal fikiran kakitangan NFC yang pada waktu ini melakukan kerja kasar menjaga ladang dan memantau lembu.

Ditanya mengapa mereka masih lagi mampu bertahan bekerja di pusat penternakan itu, sambil tersenyum, salah seorang kakitangan berkenaan berkata: "Macam mana, nak bagi makan anak, isteri, terpaksalah." – 8 Disember, 2014.

TMI


ANDA DIBAYAR UNTUK MENGAJAK ORANG BERJIMAT, KLIK DISINI

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/12/14 9:39 PG

    Antara skandal terbesar negara mula2 menafikan bila bukti semakin jelas baru ngaku tapi 250 juta dah lebur...malangnya rakyat penyamun masih menyamun

    BalasPadam
  2. dimana mana selalu saja terjadi korupsi

    BalasPadam
  3. macam ni le selagi amno perintah mesia......jom tuko.....

    BalasPadam
  4. lepas ni gembala lembu yg ada akan mengembala keluarga sharizat pastikan mereka makan rumput diladang itu kah kah kah umno mamak menyamun bangsa melayu yg bodoh piang

    BalasPadam
  5. Pbb = sprm. Lbh kurg je kerja. Wyng mewyng. Nk tolong covr kes3 brprofil tggi. Guna kuase nato, trus jd labu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive