Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 07, 2015

MUHYIDDIN DIGESA MENGADAP AGONG UNTUK AMBIL ALIH JAWATAN PM



KUALA LUMPUR: Sesuatu mesti dilakukan oleh semua pihak dalam negara kita untuk memaksa Perdana Menteri melepaskan tanggungjawab dan kuasanya, setidak-tidaknya untuk sementara waktu, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak perlu berbuat demikian bagi membolehkan siasatan dan tindakan bebas dapat diambil.

Husam juga mencadangkan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mencadangkan pelucutan jawatan Perdana Menteri.

"Saya bersetuju Timbalan Perdana Menteri mesti mengambil inisiatif utama untuk meluruskan langkah pembetulan negara.

"Timbalan Perdana Menteri sewajibnya menemui DYMM YDP Agong bersama Peguam Negara untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan PM.

"Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil alih negara dari Datuk Seri Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan," kata Husam dalam satu kenyataan hari ini.

Muhyiddin, juga kata Husam, perlu memberi jaminan suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

"Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil," tambah beliau.

Jumaat lepas, Wall Street Journal (WSJ) dalam laporannya mendakwa dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi di bawah nama Najib melalui AmBank pada 2013.

Najib bagaimanapun menafikan mengambil sebarang dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk tujuan peribadi dan sebaliknya mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam laporan itu serta menuduhnya bekerjasama dengan ejen antarabangsa menentang pentadbirannya.

Dakwaan itu ditolak oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menafikan bahawa bapanya menjadi dalang yang mendedahkan satu persatu masalah yang melanda 1MDB.

Menteri Besar Kedah itu juga menolak tuduhan yang mengaitkan Dr Mahathir dengan pendedahan terbaru WSJ itu.

Sebelum ini, Muhyiddin dalam satu kenyataan menggesa Najib supaya memberi penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian terhadap dakwaan yang dilontarkan terhadapnya.



AWANI


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive