Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 23, 2015

RAFIZI JUGA DISEKAT KE LUAR NEGARA


SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa telah disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen selepas menyemak statusnya di laman web jabatan itu, hari ini.

Menurutnya, selepas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dihalang meninggalkan negara hari ini, beliau telah membuat semakan tersebut.

“Saya baru dimaklumkan bahawa Tony Pua telah dihalang dari meninggalkan negara atas penglibatan beliau mendedahkan kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Ekoran itu, saya telah menyemak status saya di laman web Jabatan Imigresen dan mendapati status senarai hitam saya adalah sama seperti status Tony Pua.

“Oleh yang demikian, saya mengesyaki saya juga telah disenaraihitamkan dan tidak dibenarkan keluar dari Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Hari ini, Tony Pua dilaporkan telah ditahan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ketika dalam perjalanan ke Indonesia.

Sementara itu, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR mendakwa beliau mungkin akan dipanggil polis dalam masa terdekat.

“Mengikuti perkembangan sejak beberapa minggu lepas, saya juga mengesyaki bahawa saya dan Tony Pua akan dipanggil oleh pihak polis dalam masa terdekat dan berkemungkinan akan ditahan berdasarkan fitnah yang disebarkan melalui video oleh seorang yang bernama Lester Melanyi.

“Daripada hari pertama perkara ini disebarkan, saya telah menyatakan bahawa tuduhan itu adalah sebahagian dari konspirasi jahat untuk menutup mulut kami (saya, Tony Pua, Sarawak Report dan The Edge) oleh kerana kelantangan kami membawa isu 1MDB sejak beberapa tahun yang lepas,” katanya.


SH

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive