Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 21, 2013

GAMBAQ 'NAKAL' ZIZIE KEPADA BUNG YANG MENANG KETUA BAHAGIAN


Seperti jangkaan ramai, Datuk Bung Moktar berjaya memenangi kerusi Ketua Bahagian Kinabatangan dalam pemilihan Umno tahun ini setelah menewaskan pencabarnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman.

Berita ini bukan sahaja disambut gembira para penyokongnya tetapi juga isteri beliau, pelakon Zizie Ezette.

Semalam, Zizie yang aktif merakamkan perjalanan hidupnya sejak bergelar isteri memuatnaik gambarnya bersama Bung di laman Instagram dengan status berbunyi:

Syukur Alhamdulillah. Dengan rasa rendah hati saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada penyokong dan pengundi DBM yang sentiasa mempercayai kewibawaan dan kepimpinan beliau.
To my sayang, U know i always believe in u. Sekarang masa untuk bekerja dengan lebih cemerlang lagi. InsyaAllah, Allah akan sentiasa membantu jika niat kita jujur dan ikhlas dalam apa jua perkara yang kita lakukan.
To my dear followers, sorry i don’t have a ‘decent’ pic of us. Ini je yg ada. Maaf jika kurang sesuai. Salam hormat dari saya kepada semua. Have a beautiful Sunday everyone.

Dapat dilihat, gambar yang dimuatnaik oleh Zizie memang agak ‘nakal’ sedikit bak katanya termasuk salah satu memaparkan Bung sedang cuba membuat ‘duck face’ seperti yang sering dilakukan isterinya apabila bergambar.

Apa-apa pun, mungkin inilah cerminan kehidupan mereka suami isteri yang sentiasa gembira.

Maklumlah, kebanyakan kita pun tahu perangai Bung yang memang selamba orangnya kan? - REM RAMZI

MNH

P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... 

2 ulasan:

  1. hal peribadi macam ni tak payah campur aaa!

    BalasPadam
  2. Untungnya kau bah dapat bini cantik. tp jgn nak tonjol2 nnt ada org atas nuuuun jelous sama kamu kerana bini kamu lebih genit dari dia....!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive