Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 08, 2013

SAPA YANG MENIPU DALAM KONTROVERSI K-POP?


Kontroversi K-Pop: Antara Ketua Audit, KJ, Shabery siapa betul?

Pendedahan yang dibuat menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2012 bukanlah perkara yang mengejutkan buat rakyat Malaysia, yang sudah tidak yakin lagi dengan kesungguhan Kerajaan Umno BN untuk membanteras rasuah dan mengukuhkan lagi kebertanggungjawaban pentadbiran.
Ini telah menjadi satu fenomena tahunan, yang mengundang banyak retorik dan janji-janji kosong daripada Kerajaan namun akhirnya tiada tindakan diambil dan kesilapan sama berulang.

Najib K PopPendirian kami ialah meskipun diadakan begitu banyak mekanisme semak dan imbang, ataupun audit tiga kali setahun tidak akan menyelesaikan masalah ini, apa yang diperlukan ialah keazaman politik Kerajaan untuk menguatkuasakan mekanisme semak dan imbang tersebut. Malangnya, kerajaan telah berkali-kali gagal dalam ujian kebertanggungjawaban ini.

Saya ingin mengetahui siapakah yang betul di dalam kontroversi konsert K-Pop – Ketua Audit Negara dan Menteri Belia dan Sukan hari ini Khairy Jamaluddin yang mendakwa Kementerian terpaksa akhirnya membiayai konsert tersebut; atau Ahmad Shabery Cheek, Menteri sebelum Khairy yang mendakwa konsert tersebut dibiayai penaja menerusi akaun Majlis Sukan Negara? Shabery malah mendakwa Ketua Audit culas dalam menyediakan laporan tersebut.

Adakah Khairy bersedia menjamin rakyat Malaysia bahawa Kementeriannya tidak lagi akan terperangkap di dalam perbelanjaan yang dipertikaikan seperti ini apabila Laporan Audit 2013 akan dibentangkan pada 2014 nanti, terutamanya bagi tempoh selepas Mei 2013 apabila beliau dilantik menjadi Menteri.
Kewajaran membelanjakan RM67.61 juta wang rakyat bagi satu acara seperti Hari Belia Negara 2012 menimbulkan persoalan, apabila kesan positif jangka panjangnya terhadap anak muda boleh dipertikaikan. Berapa banyakkah wang tersebut memberi kesan secara langsung kepada anak muda yang sepatutnya menerima manfaatnya, dan berapa banyakkah pergi ke syarikat pengurusan acara yang mengaturkan program tersebut?

Hakikatnya RM67.61 juta boleh digunakan untuk memperbaiki kedudukan dan memberikan manfaat kepada anak muda negara. Wang tersebut boleh digunakan untuk kemudahan sukan, pemerkasaan diri dan inisiatif-inisiatif lain yang mampu memberi kesan yang berpanjangan di kalangan generasi muda.
Sementara laporan Ketua Audit Negara mungkin menarik perhatian terhadap pembaziran dan kegagalan sistemik, ini juga merupakan peluang yang baik untuk Kerajaan memikirkan semula pendekatan dasar dan kesannya terhadap rakyat Malaysia yang biasa.

Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor
Adun Seri Setia

KD





P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... 

1 ulasan:

  1. kan bagus duit itu utk buat pembangunan bola sepak kita yg semakin teruk

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive