Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 11, 2014

MISTERI MH370: HINGGA KINI TIADA BUKTI KUKUH DITEMUI


Towed Ping Locater yang digunakan untuk mengesan isyarat dari kotak hitam.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata penilaian awal kepada isyarat yang dikesan oleh pesawat RAAF, AP-3C Orion semalam telah dikenalpasti tiada kaitan dengan MH370.

“JACC telah menganalisis data akustik yang dikesan dan telah mengesahkan bahawa signal yang dilaporkan oleh kapal pertahanan Ocean Shield tiada hubungan dengan kotak hitam MH370” kata Houston.

Analisis lanjut terus dijalankan oleh Pusat Analisis Akustik Australia.

Hari ini Ocean Shield akan menyambung usaha pencarian bersama ping locator dalam mencari isyarat yang mungkin ada hubungan dengan kotak hitam pesawat.

Pasukan mencari setakat ini mengesan enam isyarat "ping', dua daripadanya dikesan oleh kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April, manakala Ocean Shield, dilengkapi alat pengesan 'pinger' ditunda Tentera Laut Amerika Syarikat mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.

"Hari ini (Jumaat), Ocean Shield menumpukan pencarian dengan menggunakan alat pengesan 'pinger' ditunda untuk cuba mengesan isyarat yang mungkin ada kaitan dengan kotak hitam pesawat," kata Houston.

Beliau berkata setakat ini tidak penemuan kukuh dalam pencarian MH370 dan beliau akan memaklumkan perkembangan terkini apabila ada maklumat baharu.


5 ulasan:

  1. mohd.azrul12/4/14 1:02 PG

    Doakan.mh370.

    BalasPadam
  2. ping !! pong !! .. ini semua auta ajer ....

    balik cari kat taleban lagi baik !!

    This Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama21/5/14 9:50 PG

    Memang benar tentera laut china telah tertembak pesawat Mas MH370 semasa china menjalani latihan ujian peluru pandu jarak jauh pada malam tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btul ke tu bro......SBB say pon pnh dgr hal no...Dari org2 printing putra jya..

      Padam
    2. Mmg betul LA tu....sbb say terbabit dlm hal ni...skrg ni pon msh di Beijing bersama rombongan kerajaan Malaysia/China untk menyelesaikn merahsiakn mh370.

      Padam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive