Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 10, 2014

KENYATAAN DARI TAN SRI KHALID SELEPAS DIPECAT KEAHLIAN PKR

Berikut adalah kenyataan penuh Abdul Khalid yang dimuatnaik di akaun Facebook dan Twitter beliau:

Saya menerima keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan tersebut adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab, pihak parti itu sendiri keliru dengan maklumat lanjut mengenai tuduhan terhadap saya. Malah, PKR gagal menjelaskan secara khusus artikel dalam perlembagaan parti yang telah saya cabuli.

Saya juga ingin menyatakan walaupun saya telah memohon sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin ditangguhkan kepada 15 Ogos 2014 tetapi tiada jawapan balas diberikan.

Sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa mendengar penjelasan daripada saya. Saya tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab tuduhan terhadap saya mengikut proses yang betul. Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti.

Saya akan mengadap DYMM Sultan Selangor untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaru ini, dan mendengar pandangan baginda yang boleh dikongsi.

Sehingga isu ini diselesaikan mengikut prosedur yang betul, mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar mengikut kemampuan saya.

Terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini.




1 ulasan:

  1. Tanpa Nama10/8/14 8:06 PG

    Semua ahli party atau pertubuhan ada punyai perlebagaan tersendiri dan peraturan ini dikawal selia oleh peresiden dan AJKnya dengan ditadbir mengikut apa yang termaktub didalamnya, jika kita telah mengengkarinya usahlah mencari alasan dan buat tuduhan yang kita tidak diberi peluang,ingat smua kerenah daria awal hingga kini ,sesiapa saj yang mengikutinya akan bersa jelik dengan kerenah yang kita pamerkan,hinggakan rakyat telah mula bersuara ,tunggulah kehancuran parti yang kita sendiri bina kan hancur.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive