Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, November 02, 2014

LAWAK AHAD: DURIAN PAK PANDIR



Pada suatu musim durian Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya.

Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi Lebuhraya berhampiran kampungnya.

Setelah beberapa ketika datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yang dijual Pak Pandir.

Diberitahu akan Pak Pandir harganya dan pembeli tersebut bersetuju dengan harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yang dijual kedalam traknya.

Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan marah-marah seraya memberitahu pembeli tersebut,

Pandir : "Minta maaf encik! saya tak jadilah jualkan kepada encik, durian-durian ini."

Pembeli : "Kenapa pula? Tadikan dah setuju dengan harganya... saya bayarlah kesemuanya!"

Pandir : "Habis kalau encik dah beli kesemuanya apa lagi saya nak jual?"

Pembeli : "???"




KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive