Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 25, 2009

Gangguan bekalan air di KL, Selangor



KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor mulai 27 Mac ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), dalam satu kenyataan hari ini, mengumumkan antara kawasan di Gombak yang terbabit ialah Taman Keramat Permai (AU1), Taman Keramat AU2, Taman Keramat AU3, Taman Keramat AU4, Taman Keramat AU5.

Turut terbabit, seluruh flat Jalan Enggang, seluruh Jalan Enggang Timur, seluruh Jalan Enggang, Keramat Wangsa, seluruh Kelompok Menara PKNS, Ukay Perdana dan Kampung Kemensah.


Bagi Kuala Lumpur, kawasan terbabit adalah Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Kent, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, Felda, UTM, Pusat Latihan Telekom, Jalan Ampang Hilir, Jalan U-Thant, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Taman Putra Sulaiman, Taman Cahaya.

Taman Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin dan Taman Tenaga.

Turut terbabit, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Tasik Permaisuri, Kawasan Desa Pandan, Taman Cheras Utama, Taman Pandan Perdana, Taman Kencana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Komersial, Kawasan Pandan Utama dan Pandan Mewah.

Gangguan yang disebabkan kerja pemasangan penapis dan injap ketinggian di kolam sedut AU3 baru itu akan bermula pada 27 Mac, Jumaat, jam 8 malam hingga 7 pagi keesokannya.

Manakala kawasan di Petaling yang mengalami gangguan pada hari sama ialah keseluruhan USJ 1 hingga 27, Sime UEP Subang Jaya, Putra Bestari, Keseluruhan Taman Perindustrian USJ, Jalan Jurutera-Puchong, Kampung Kenangan-Puchong, Kampung Sri Langkas-Puchong.

Gangguan di Petaling adalah disebabkan kerja pemasangan meter pengimbang air bersaiz 700 milimiter (MM) di paip MS berukuran 1200mm berhampiran kolam Sime UEP, Petaling.

Ia bermula jam 5 petang sehingga 9 pagi keesokannya.

Gangguan di Sepang, Petaling dan Kuala Langat akan bermula 31 Mac jam 5 petang hingga 8.30 pagi keesokannya, disebabkan kerja pemasangan meter pengimbang air bersaiz 400mm di paip MS berukuran 600mm di Jalan Batu 18, Sungai Rasau, Sepang dan pemasangan meter sama bersaiz 600mm di paip MS berukuran 900mm di Jalan Kampung Sungai Rasau, Sepang.

Kawasan Sepang yang terbabit adalah IOI Marriot Hotel, Ibu Pejabat Lembaga Lebuhraya, Uniten, Ikram, Depoh SHELL, Taman Meranti Indah-Puchong, Kg Sg Rasau-Puchong, Kg Pulau Sebok-Puchong dan Taman Putra Perdana-Puchong.

Turut terbabit, Taman Nusa Putra-Puchong, Taman Mas-Puchong, Desa Air Hitam-Puchong, Taman Meranti Jaya-Puchong, Taman Tasik Prima-Puchong, Taman Impiana-Puchong, Taman Impian Saujana-Puchong, Taman Kipark-Puchong dan Kawasan Puchong Dalam/Pulau Meranti-Puchong.

Kawasan Petaling yang turut terbabit adalah Hospital Serdang dan Taman Tekali dan di Wilayah Kuala Langat yang terbabit adalah Saujana Putra.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my. - Bernama
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive