Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 27, 2009

SALAH GUNA KUASA OSMAN JAILU DILAPOR KE SPRM IPOH

YB Khalil Idham Lim (Adun Titi Serong) telah membuat laporan salah guna kuasa YB Osman Jailu (ADUN Changkat Jering) di pejabat SPRM Ipoh. Beliau diiringi 15 orang penyokong Pakatan Rakyat Perak. Dalam laporan tersebut, Khalil meminta SPRM menyiasat Osman sewaktu menjawat EXCO Pelancongan Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap tindakannya melantik isteri kedua beliau (Puan Noraini bt. Samat) sebagai Pengurus Besar Perak Tourism Sdn Bhd dalam satu mesyuarat yang beliau sebagai pengerusi.

Beliau juga melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat tersebut dan bertindak sebagai penanda tangan akaun semasa syarikat. Menurutnya, perkara ini jelas bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Fasal XVI (8) yang EXCO tidak boleh terlibat dan mengambil bahagian dalam apa-apa pertukangan (Trade).

Ditanya mengapa sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa tidak dibuat laporan kepada SPRM. Menurutnya perkara ini baru disedari daripada sumber-sumber yang dipercayai.


http://misabah.blogspot.com/2009/03/salah-guna-kuasa-osman-jailu-dilapor-ke.html
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive