Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Mac 22, 2009

MUBAHALAH TAK JADI

BAGI PEMINAT-PEMINAT MUBAHALAH,ANDA DIMINTA SUPAYA BERTENANG...LEGA DENAN..

Mufti nasihat tidak teruskan mubahalah: Adnan


KUANTAN: Datuk Seri Adnan Yaakob tidak akan meneruskan mubahalah dengan Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, yang mendakwa wujud campur tangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang itu dalam pemilihan Umno bahagian berkenaan, tahun lalu.

Adnan berkata, beliau dinasihatkan Mufti Negeri, Datuk Abdul Rahman Osman, supaya tidak meneruskan mubahalah itu kerana sebab-sebab tertentu.

"Saya difahamkan ada pihak yang akan menasihatkan Datuk Tajuddin untuk tidak meneruskan (mubahalah) dan saya anggap perkara itu selesai begitu dan Allah tahu siapa yang betul, siapa yang tidak betul dalam hal ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Ramah Mesra dan Pengenalan Calon-calon Wanita Umno dalam pemilihan parti dengan Perwakilan Wanita Pahang di sini, hari ini.

Ditanya jika Ahmad Tajuddin berkeras untuk meneruskan mubahalah itu, Adnan berkata: "Itu hal dialah, mungkin dia boleh jadi mufti pula."

Bagaimanapun, katanya, beliau akan cuba menyelesaikan isu itu secara politik.

"Ini isu politik, saya akan selesaikan dengan cara yang sesuai," katanya.

Adnan sebelum ini menafikan beliau campur tangan dalam pemilihan bahagian itu sehingga menyebabkan empat pemimpin bahagian itu didapati bersalah melanggar Tata Etika Ahli Umno oleh Lembaga Disiplin parti serta mencabar Ahmad Tajuddin untuk bermubahalah.

Ahmad Tajuddin kemudian mencadangkan mubahalah itu diadakan pada jam 10 pagi Selasa ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur. - Bernama
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive