Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mac 18, 2009

POLITIK WANG TAK SAMA KE DENGAN RASUAH BEB?

Alamak,hari tu kata banyak sangat laporan kes politik wang yang dah dihantar kepada SPRM. Yang satu ni takkan tak termasuk dalam senarai tu.Takkan nak kena tunggu 'kelulusan' Lembaga Disiplin Umno pulak baru nak ambik tindakan? Apa barang beb? Politik wang tak sama ke dengan rasuah? Kalau tak sama,kena tubuh Suruhanjaya Pencegah Politik Wang Malaysia (SPPWM) pulak la.


SPRM tunggu laporan Lembaga Disiplin Umno


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia perlu menunggu laporan daripada Lembaga Disiplin Umno berhubung sebarang dakwaan berkaitan politik wang yang membabitkan pemimpin dan anggota Umno.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Syukri Abdul, berkata pihaknya menunggu laporan daripada parti itu sebelum boleh mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita memerlukan maklumat asas dan laporan daripada parti itu. Kita tidak boleh membuat dakwaan jika tiada laporan yang dibuat. Itu tindakan (siasatan) mereka (Umno) sendiri," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Lembaga Disiplin Umno hari ini mendapati Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang juga Naib Presiden Umno, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Atas kesalahan itu, Mohd Ali dikenakan larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.

Pengerusi lembaga itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, turut mengumumkan 14 lagi anggota Umno yang didapati bersalah di bawah Perlembagaan dan Tataetika Ahli Umno, termasuk Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, hanya diberi amaran. - Bernama
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive