Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 27, 2009

"Biar saya lawan PKR di Penanti kalau UMNO tak mau"

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berharap Barisan Nasional (BN) "tidak bertanding bagi membolehkannya" menentang calon PKR di pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertemu hari ini untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi itu yang kosong sejak 16 April lalu.

"Bagi saya melawan (calon) PKR... ini satu cabaran kepada PKR kerana (menunjukkan) sudah ada pemimpin bawahan yang sudah mula mencabar kepimpinan parti itu.

"Ini satu tamparan kepada PKR, apabila bekas Ketua Wanita bertanding di Penanti.

"Saya berharap BN tidak bertanding, biar bagi saya laluan untuk lawan PKR," kata Aminah, 56, sambil mengakui ia cuma harapannya memandangkan semua orang ada hak untuk bertanding termasuk Umno dan BN sendiri.

Bagaimanapun tegas beliau, sama ada BN turun gelanggang pilihan raya kecil Penanti ataupun sebaliknya, "saya tetap bertanding."

"Saya sudah membuat keputusan dan saya tidak akan menarik diri daripada bertanding," katanya lagi.

Oleh kerana BN masih mengkaji sama ada mahu menurunkan calon ataupun sebaliknya, jelas Ketua Wanita PKR Negeri dan bahagian Bukit Bendera, biarlah beliau selaku bekas pemimpin PKR membawa cabaran menghadapi calon PKR - komponen Pakatan Rakyat itu.

Ketika ditemui hari ini, beliau yang turut dikenali sebagai "Kak Min" dengan ditemani Mohd. Rofi dan tiga daripada empat anaknya berkata, kekosongan kerusi DUN Penanti berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin merupakan peluang terbaik bagi membuktikan tiadanya prinsip "kebenaran, keadilan dan ketelusan" dalam PKR.

"Jika ada keadilan dan kebenaran dalam PKR, tidak akan ada pilihan kecil di Penanti," kata beliau sambil menambah, keputusan untuk bertanding di Penanti tidak dibuat secara emosi.

"Hasrat (untuk bertanding) dah lama, ia semata-mata untuk menegakkan keadilan dan kebenaran... keputusan ini tidak dipengaruhi oleh emosi ataupun tekanan mana-mana pihak," kata beliau yang sepatutnya bertanding pilihan raya umum Mac 2008.

"Kini apabila wujud kekosongan Penanti, membabitkan kerusi PKR, saya lihat sebagai satu peluang untuk mencabar kepimpinan PKR," ujar beliau.

"Kak Min tidak pandai bermain politik, tetapi Kak Min suka bekerja untuk membantu rakyat," kata beliau yang mengakui sudah menyusun strategi menghadapi pilihan raya kecil ini.

Bagaimanapun beliau enggan berkongsi strateginya.

source:mStar online

1 ulasan:

  1. Lawan pi la nak cik oii, mana la nak tau kot2 boleh menang.. Kan mak cik dok teringgin nak jadi YB.. Selamat berjaya la nooo...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive