Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 21, 2009

UMNO VS PKR : PENALTI DI PENANTI



PATUT LA UMNO BN FOBIA SANGAT NAK BERTANDING. RUPA-RUPANYA ADA SEPAKAN PENALTI DI PENANTI.DAH TENTU KENA REMBAT SAMPAI TERBANG TIANG GOL.

BUAT LA APA YANG PATUT SUPAYA PR TAK BOLEH MENANG.KASI BIKIN UNDANG-UNDANG IKUT SEDAP HANGPA SAJA.JANJI LEPAS TENGKUK HANGPA DAH.ADJUST APA YANG PATUT BEB....


Syor Penalti Ke Atas ADUN Dan MP Letak Jawatan Tanpa Sebab Munasabah


KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan penalti RM50,000 bagi anggota dewan undangan negeri dan RM100,000 bagi anggota parlimen yang melepaskan jawatan tanpa sebab munasabah.

Bagaimanapun, jika peletakan jawatan itu atas alasan bagi mendapat mandat baru daripada pengundi bagi ADUN terbabit untuk menyertai parti gabungan, penalti itu perlu dikurangkan separuh, kata Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.

Katanya pergerakan itu juga mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa peruntukan sedia ada dalam Artikel 48 (6) Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan di dalam perlembagaan negeri bagi menolak kelayakan seseorang wakil rakyat untuk tempoh lima tahun tidak digunapakai ke atas mereka yang ingin mendapatkan mandat baru dari pengundi untuk menyertai mana-mana parti gabungan.

"Cadangan pindaan ke atas undang-undang pilihan raya sedia ada telah dikemukakan kepada SPR Jumaat lepas," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam cadangan itu, beliau berkata Gerakan juga menegaskan bahawa peruntukan yang ada bagi sesetengah keadaan tidak komprehensif kerana ia tidak menghukum wakil rakyat yang melepaskan jawatan tanpa sebab yang munasabah.

"Ia juga tidak menjamin bahawa parti yang diwakili wakil rakyat itu akan dipertanggungjawabkan atas peletakan jawatan itu dan (pindaan) ini akan menjadikan parti itu lebih berhati-hati semasa memilih calon pada masa depan," katanya.



-- BERNAMA




Biaqpila...apa ada hal.
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive