Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, April 27, 2009

Nizar vs Zambry: Adakah permohonan untuk 9 orang panel hakim akan diluluskan?



Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel sembilan hakim bagi mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi hari ini, berkata bahawa beliau telah menghantar surat kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi Rabu lepas dengan memohon panel hakim yang besar untuk mendengar perkara itu.

Antara alasan yang diberi untuk menyokong permohonan itu adalah perkara itu mempunyai kepentingan awam dan mereka mahu mengimbas semula isu aplikasi atau kesahihan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Leong berkata panel lima anggota hakim sebelum ini telah membahaskan Perkara 63. Mahkamah telah menetapkan Selasa ini untuk mendengar permohonan Zambry.

Adakah permohonan untuk 9 orang panel hakim akan diluluskan? Atau perkara yang sama seperti kes Speaker Perak akan diulangi dalam kes Nizar? Seluruh dunia sedang memerhatikan pekembangan undang-undang negara baru-baru ini.


speakforperak.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Kalau keputusan 9 orang hakim memihak kepada BN, macam mana pulak? Nak buat rayuan mintak 90 orang hakim pulak?

    Dah kalah sudahlah. Berpuas hatilah dah jadi ahli parlimen.

    Jadilah seorang ahli parlimen yang efektif. barulah orang respek.

    - orang Taiping

    BalasPadam
  2. Tanpa nama siapa yang kalah ni, bela lah 2 ekor kaki rasuah dari behrang dan cangkat jering tu

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama27/4/09 4:20 PG

    Ya tak ya juga... semenjak dua ekor katak itu lompat tak pulak dengar lagi kes kes rasuah mereka. Media media jagaan BN pun macam menjauhi mereka. Pelik ya ???

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive