Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, April 24, 2009

Sokong bubar DUN Perak, syarat bekerjasama dengan Umno - Ahmad Awang



SOKONG pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dulu! Itu syarat yang ditetapkan oleh PAS untuk bekerjasama dengan Umno. Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, parti itu sedia bekerjasama untuk memastikan kestabilan politik dan ekonomi di Perak sekiranya syarat itu dipenuhi.

”Pada dasarnya PAS sedia berbincang dan berunding dengan Umno demi kepentingan orang Melayu dan Islam serta rakyat di negeri ini. Kita boleh berbincang mengenai formula ke arah (kestabilan politik dan ekonomi) itu dengan syarat Umno sedia membenarkan DUN Perak dibubarkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Ahad lalu yang mahu para pemimpin mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Sementara itu, Umno sedia bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang lain dalam usaha mewujudkan kestabilan politik di negeri ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagaimanapun, katanya, keinginan untuk bekerjasama itu perlu datang daripada kedua-dua belah pihak dan bukannya Umno sahaja.

”Kita sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bukan sahaja dengan Pas, malah dengan semua pihak bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri ini. Namun demikian, kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan sahaja, kena dua-dua belah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembubaran DUN merupakan jalan penyelesaian terbaik ke arah mencapai kestabilan politik di negeri ini.

Beliau berkata, mengikut amalan demokrasi raja berperlembagaan, Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri

sanggahtoksago.blogspot.com

1 ulasan:

  1. syarat tu tak aci la cek oi, tu nak bagi senjata kpd dap

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive