Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 06, 2013

FAM TAK BUAT KERJA... HOHO


KHAIRY (kiri) mendengar penerangan daripada atlet menembak negara, Nur Suryani Mohd. Taibi mengenai cara mengendalikan Air Rifle selepasmerasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara 2013 di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor semalam.


MENTERI Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan insiden penemuan pistol jenis Browning bersama tujuh butir peluru di dalam tandas Stadium Shah Alam pada final Piala Malaysia 2013, Ahad lalu berpunca daripada kelemahan penganjur.

Sambil mengakui cukup terperanjat dengan insiden tersebut, Khairy lantang mempersoalkan kelemahan Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengendalikan perkara tersebut.

“Saya memang sangat terperanjat, ia satu kelemahan penganjur (FAM) yang cukup serius, nampak sangat FAM tidak buat kerja.

“Bukan apa, kalau pistol itu ada sebelum perlawanan, mengapa mereka (FAM) tidak periksa betul-betul.

“Jika ia (pistol) berada selepas penonton masuk stadium, pun salah Jawatankuasa Keselamatan FAM kerana mereka gagal mengesan pistol itu ketika pemeriksaan di pintu masuk,” katanya kepada pemberita semalam.

Khairy sebelum itu merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara 2013 yang bermula di Lapang Sasar Subang, Selangor semalam.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Supritendan Ruslan Abdullah mengesahkan penemuan pistol jenis Browning automatik itu di dalam sebuah tandas di stadium berkenaan semasa aksi final edisi ke-87 melibatkan Pahang dan Kelantan, Ahad lalu.

Turut ditemui bersama senjata api tersebut ialah tujuh butir peluru pada dinding di atas bekas tisu di dalam tandas berkenaan.

Difahamkan, senjata api itu ditemui berhampiran kawasan yang melibatkan penyokong Kelantan oleh seorang anggota polis yang kebetulan mahu menggunakan tandas itu pada pukul 9.30 malam.

Perlawanan itu berkesudahan Pahang muncul juara hasil jaringan tunggal Matias Conti sekali gus mengakhiri kemarau selama lebih dua dekad selepas kali terakhir muncul juara pada 1992.

Mengulas lanjut, Khairy mahu menunggu laporan penuh berhubung insiden itu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

“Saya mahu tahu pistol itu milik siapa?

“Jika ia milik polis, saya harap dapat terima laporan itu segera dan harap satu siasatan terperinci dapat dilaksanakan.

“Namun jika bukan, ia satu kegagalan yang cukup serius oleh penganjur,” tegas beliau.

kosmo


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive