Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, November 04, 2013

SMS FITNAH




Lagi pemimpin Pas nafi sebar SMS

YAN - Seorang lagi pemimpin Pas menerima mesej berbaur fitnah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) menjelang PRK Dun Sungai Limau, pagi tadi.

Exco Pemuda Pas Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mesej tersebut mungkin dilakukan oleh tangan-tangan hitam sama yang pernah melakukan perbuatan itu kepada tiga pemimpin Pas negeri Kedah dan seorang pemimpin Pas Pusat, baru-baru ini.

Beliau berkata, mesej tersebut pada awalnya telah diterima oleh Setiausaha Muslimat Pas Kawasan Jerai, Zulinda Khamis, kira-kira 9.15 pagi.

Mesej itu menyebut, “kepada pengundi Dun Sungai Limau, sebelum mengundi sila ke Unit Peti Undi (UPU) Pas masing-masing untuk mengambil wang tambang sebanyak RM120 seorang. Terima Kasih daripada Penyelaras PRK Mohd Firdaus Jaafar”.

“Pada jam kira-kira 10 pagi, beliau (Zulinda) telah menelefon saya dan memaklumkan mesej yang beliau terima daripada nombor 019395XXXX. Itu bukan nombor saya dan apabila saya menelefon semula nombor itu, namun tiada jawapan.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya tidak terlibat dalam perbuatan itu. Tambahan pula, dakwaan mengatakan saya adalah Penyelaras PRK juga tidak betul. Saya bukan berada di posisi itu tetapi saya berada di satu unit yang diamanahkan kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian di Markas Induk Pas Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Selepas mendapat khidmat nasihat daripada peguam peribadi, Mohd Jaafar menegaskan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Saya menafikan mesej ini dan berharap pengundi-pengundi yang menerima mesej ini ataupun siapa saja, yakinlah bahawa ini adalah fitnah yang dicipta reka oleh musuh.

“Ini bukan agenda kita (Pas) dan saya tidak terlibat secara langsung dalam PRK pun. Mana kita nak cari dana untuk bayar tambang seperti yang didakwa, ini tidak logik. Semua pengundi dibayar RM120 adalah fitnah yang cukup hebat kepada saya sebagai bekas ahli Parlimen Jerai,” katanya.

SH


P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... 

2 ulasan:

  1. tahniah kpd pahang kerana muncul juara piala malaysia kpd kelantan cuba lagi tahun depan dari fans johor

    BalasPadam
  2. si firdaus ni mmg penipu besar..bini dia abes smu kene kencing..nk berpoligani tp menipu...ckp mcm bgos

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive