Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, November 07, 2013

JANGAN CARI PASAI DENGAN JEJAKA IDAMAN MALAYA HOHO

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau sedih apabila wujudnya pengundi yang tidak dapat dikesan dalam pilihan raya kecil Sungai Limau pada Isnin lalu.

Shahidan yang mengetuai jentera pilihan raya BN Perlis berkata, beliau antara mengesan perkara itu di daerah mengundi Bukit Besar tetapi tiada apa dapat dilakukan kerana ia tidak dibantah semasa daftar pemilih dipamerkan.

"Dulu pembangkang sebut pengundi hantu. Kami tak tahu apa dia sebut pengundi hantu. Rupanya perangai orang nak buat jahat ini, (dia) pergi menyamun, (kemudian) kata: 'Hah, kau menyamun!'

"Macam cerita P Ramlee, dia menyamun, lepas itu dia kejar penyamun sekali," kata Shahidan yang menjaga empat daerah mengundi dalam pilihan raya yang menyaksikan BN tewas itu.

Sementara itu, bekas menteri besar Perlis itu juga menegur langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya meletakkan pondok pembangkang terlalu hampir dengan BN sehingga berlakunya insiden keganasan.

"Beberapa kali berlaku bertumbuk sebab kes ni. Bila berlaku percakapan, kepanasan, dia nak bertumbuklah," katanya.

Shahidan berkata, alasan musim pilihan raya juga tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan perkara itu.

"Tak boleh kata, ini pilihan raya, polis tak boleh kawal, SPR tak boleh kawal. Kena kawal supaya tak bergaduh," katanya.

Beliau juga mengkritik sikap penyokong pembangkang yang didakwanya mengambil pendekatan maki hamun dan carut marut kepada musuh politik mereka, termasuk dirinya sendiri.

"Ada makcik tua-tua macam mak saya, nak cabar saya. Saya tanya, awat makcik, nak cabar saya Saya ini kuat, jejaka idaman Malaya. Jangan cari pasal dengan saya.

"Tetapi dia dilatih macam itu, membenci," keluh Shahidan lagi.

mk



2 ulasan:

  1. Cakap lagu mana pun kena kat dia la !!!!!! duit ringgit berlambak dalam poket.....apa nak heran.......

    BalasPadam
  2. Jejaka idaman Malaya ni menjadi pujaan gadis dizaman sebelum merdeka. La ni dah jadi Malaysia. Agaknya makcik itulah antara gadis dizaman tersebut. Mujur bukan Situa idaman Malaysia, ada yang teringin lagi ke?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive