Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 19, 2014

NAJIB HARUS LETAK JAWATAN

Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy semasa sidang media di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Februari, 2014.
Datuk Seri Najib Razak harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri kerana gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India yang miskin, kata Pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy hari ini.

"Beliau sudah hilang kuasa moral untuk memimpin negara," kata Waytha Moorthy yang baru sahaja meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri minggu lalu.

Beliau meninggalkan sidang media tanpa melayan sebarang soalan daripada pemberita dan bercakap berdasarkan kenyataan yang disediakan.

Timbalan Pengerusi Hindraf, V Sambulingam memberitahu pemberita, satu lagi sidang media akan diadakan pada Sabtu di mana Waytha Moorthy akan menjawab soalan pemberita.

Katanya parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya malu dipimpin oleh pemimpin yang membuat pembohongan secara terbuka tentang kontrak yang dibuatnya dengan komuniti India.

"Kami meneruskan perjuangan. PM mesti faham, beliau boleh tipu kami, akan tetapi beliau tidak akan berjaya merampas maruah kami," katanya kepada pemberita yang memenuhi pejabatnya di Brickfields.

Anggota Hindraf yang hadir untuk menyokong Waytha Moorthy hadir dengan pakaian oren.

Waytha Moorthy mengatakan Najib menipu rakyat Malaysia apabila mengatakan "Saya tidak berbincang dengannya mengenai peletakan jawatan."


TMI



3 ulasan:

  1. Tahniah Jdt.1kerana.layak.ke.semi.final.fa.cup.luaskan.kuasamu.

    BalasPadam
  2. Dh kena kincin baru ko tahu????

    BalasPadam
  3. kebodohan najib memalukan 1msia.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive