Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 27, 2014

PEGAWAI NAJIB ENGGAN JUMPA RAFIZI HANTAR MEMORANDUM KES RASUAH BALAK TAIB MAHMUD

Ini saya wakil rakyat, bagaimana rakyat biasa - Rafizi


PUTRAJAYA: Selepas setengah jam 'ditolak sana sini' oleh pegawai di pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Adun Batu Lintang See Chee How akan menghantar memorandum berhubung kes rasuah balak bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud melalui pos.

Rafizi yang ditemui di pekarangan Jabatan Perdana Menteri kecewa apabila pegawai Najib enggan berjumpa beliau sedangkan perkara itu telah dimaklumkan dalam satu surat semalam.

"Semalam saya sudah bagi surat tentang penyerahan memorandum hari ini. Notis sudah bagi dan difaks awal.

"Saya berhubung dengan dua pegawai Mohd Nor dan Azian sebaliknya mereka minta saya berhubung dengan Badrin.

"Badrin pula tiba-tiba tanya soalan macam-macam dengan saya seolah-olah hendak menyiasat saya. Saya ditolak tolak, buang masa saya sahaja," katanya kepada media.

Rafizi kesal apabila pejabat Perdana Menteri tidak mahu menerima memorandum apatah lagi beliau hendak berjumpa dengan Najib sendiri.

"Saya tunggu, ditolak tolak. Tidak ada wakil seorang pun yang hendak terima memo ini. Langsung tidak menghormati tetamu yang datang.

"Ini saya sebagai wakil rakyat. Bagaimana pula dengan rakyat biasa yang datang hendak berjumpa dengan PM sendiri," katanya dengan nada kesal.

Bagaimanapun Rafizi percaya tindakan tidak mahu terima memorandum ini sama ada tidak hormati rakyat atau takut dengan Taib Mahmud.

Memorandum serta bukti terbaru dakwaan rasuah terhadap Taib Mahmud yang hampir 100 muka surat itu turut dikepilkan sekali desakan agar Najib menangguhkan pelantikan Taib sebagai Yang Dipertua Negri Sarawak sehingga dakwaan kes rasuah disiasat semula.

Pagi tadi Rafizi turut menyerahkan bukti terkini kes balak keluarga Taib Mahmud kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


HD


9 ulasan:

  1. YB RAFIZI AWAT TAK KHABAQ KAT REPORTER MASA SAIFUL BONTOT NAK JUMPA NAJIB SENANG JE.SIAP NAJIB NGAKU BILA2 MASA BLH JUMPA DIA.ALASAN BANGANG NAJIB KUNUNNYE NAK TULUNG RAKYAT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.najib.kalau.jumpa.saiful.dan.kroni.dia.boleh.

      Padam
  2. Yg saiful begitu mudah jumpa najib jgnlah memandai2 nak besar2kan...
    Sbb nyer lubang dubur saiful difatwakan suci oleh umno yg mana lubang itulah yg menentukan gelap terangnyer masa depan umno..

    BalasPadam
  3. hehehe...

    BalasPadam
  4. I'm not sure exactly why but this weblog is loading very slow for
    me. Is anyone else having this issue or is it a issue on my end?
    I'll check back later and see if the problem still
    exists.

    Also visit my blog Ultimate Six Pack Abs Bundle Review

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama12/6/14 4:20 PG

    Intelligent,contaminés lyocell contre sauver à partir de choisir compte facebook verrouillé
    24h. amuser quel que soit vous-m�me pirater un compte facebook sans
    logiciel gratuitement.

    My website - pirater un compte facebook gratuitement

    BalasPadam
  6. GV Cellular + is $2.99 on the Application Shop,
    just as GV Link is. Apple, being the creator of iPod Touch, has limited the capabilities
    of iPod Touch. It's performance that's looooooong long
    lasting.

    Feel free to visit my weblog: http://thouheedspace.blogspot.de/2012/08/flesh-eating-bacteria-or-necrotizing.html (http://www.miljuegos.co/profile/ben09)

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama19/7/14 6:18 PG

    Hi mates, how is everything, and what you want to
    say regarding this piece of writing, in my view its really remarkable for me.



    Feel free to surf to my site war of mercenaries cheat engine

    BalasPadam
  8. Download perfectly designed free embroidery designs,the ideal design and original embroidery ideeas.free embroidery designs

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive