Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Jun 04, 2014

NAJIB,UMNO SAMAN MALAYSIAKINI



Najib, Umno saman Malaysiakini berhubung komen pembaca

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan writ saman terhadap Malaysiakini berhubung komen pembaca yang disiarkan oleh portal berita itu.

Writ dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada portal berita itu di pejabatnya di Bangsar hari ini.

Ia menamakan penerbit Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar.

Penyaman bersama adalah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Mereka mendakwa kompilasi komen pembaca dalam 'Yoursay' yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu ‘A case of the PM reaping what he sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?’, berunsur fitnah.

Pengurusan kes tersebut ditetapkan pada 18 June di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah.

Dalam reaksinya, Gan berkata, pihaknya sudah menjangkanya selepas akhbar Umno Utusan Malaysia melancarkan serangan terhadap pembaca Malaysiakini bulan lalu.

Katanya, Malaysiakini, seperti selalunya, telah menawarkan kepada Najib hak untuk menjawab dan untuk menyampaikan pandangannya kepada pembaca portal berita itu,

“Beliau amat dialu-alukan untuk menjelaskan kepada mereka
mengapa beliau fikir pandangan mereka terhadapnya dan Umno itu adalah salah,” kata Gan (kiri).

Katanya, perdana menteri dan Umno patut menyatakan pandangan mereka yang akan disiarkan dalam Malaysiakini, dan bukan melalui prosiding fitnah terhadap organisasi media.

"Kami berhasrat untuk melawan saman itu habis-habisan," kata Gan.

Begitu juga, Fathi berkata portal berita telah melanjutkan peluang kepada perdana menteri dan Umno untuk menyatakan penjelasan mereka berkaitan isu ini.

"Tetapi mereka memutuskan untuk membawa kami ke mahkamah.

"Oleh kerana ini, satu-satunya yang dapat dikatakan ialah,"Yang Amat Berhorat Perdana menteri, jumpa anda di mahkamah'.

"Ini adalah asam garam kerjaya wartawan, terutamanya jika anda
memilih untuk melaporkan tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata Fathi (di tengah).

Selain daripada saman Najib, Malaysiakini juga terbabit dalam beberapa kes berprofil tinggi yang lain, iaitu:
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyaman Ahli Parlimen (MP) Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Malaysiakini berkaitan komen beliau yang disiarkan dalam lamanweb ini semasa pilihan raya umum ke-13;

National Feedlot Corporation (NFC) menyaman MP Pandan, Rafizi Ramli dan Malaysiakini berkaitan komennya mengenai skandal NFC seperti yang disiarkan dalam KiniTV; dan

Raub Australian Gold Mining menyaman Malaysiakini berkaitan laporan yang memetik penduduk Bukit Koman yang mendakwa kaedah syarikat perlombongan mengekstrak emas telah menyebabkan masalah kesihatan terhadap penduduk.
Portal berita ini sebelum ini telah menyaman dan memenangi kes terhadap menteri dalam negeri, berkaitan keputusannya untuk tidak mengeluarkan permit penerbitan kepada Malaysiakini.

Ia kalah dalam kesnya di Mahkamah Tinggi berkaitan larangan Menteri Dalam Negeri terhadap buku kartun '1 Funny Malaysia' karya kartunis Zunar, yang diterbitkan portal tersebut.

Kes itu masih belum selesai di Mahkamah Rayuan.

Malaysiakini


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive