LAPORAN LANGSUNG
423pm: Sogo - Peserta bergerak ke KLCC mengikut lawan arus melalui jalan TAR diiringi paluan gendang, laungan bebas Anwar dan bebas kehakiman.
Dianggar 10,000 peserta bergerak ke KLCC.
4.16pm: Ahli MPP PKR, Fariz Musa umum peserta bergerak ke KLCC sekarang.
4.13pm: Dr Hatta Ramli bersama-sama Nurul Nuha dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di atas trak Hilux untuk menyampaikan ucapan.
Ribuan peserta berada di hadapan Sogo untuk mendengar ucapan pemimpin.
Cuaca mendung, dan hujan mula rintik-rintik tapi peserta tidak berganjak.
Sementara itu Wan Azizah mengucapkan penghargaan terhadap peserta yang menunjukkan solidariti untuk pembebasan Anwar.
4pm: Sogo - Bekas Presiden Majlis Peguam yang juga bekas pemimpin BERSIH, Datuk S Ambiga berucap menggesa mereka untuk memperjuangkan bagi kebebasan Anwar.
"Saya di sini hari ini untuk menuntut kebebasan Anwar. Kita mesti berjuang untuk pembebasannya. Kami tidak akan menyerah!" tegasnya.
Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
3.55pm: - Sogo - Dr Hatta dan para pimpinan dari PAS HQ sampai di persimpang empat berdepan Sogo. Mereka bersama dengan peserta lain yang sedia menunggu sebelum ini. Laungan "Undur Rosmah" berulang-ulang kali bergema di Sogo.
Jalan di antara Sogo dan Kompleks Pertama tersekat oleh peserta. Manakala kenderaan lain perlu melencong ke Jalan Dang Wangi atau melalaui jalan TAR yang masih boleh dilalui kenderaan.
340pm: PAS HQ - kira-kira 300 peserta diketuai Dr Hatta Rami memimpin peserta mula bergerak ke Sogo.
Mereka melaungkan bebas Anwar dan undur Najib, undur Rosmah berulang kali.
Peserta turut membawa kain rentang "Kita Lawan" dan melaungkan reformasi dan bertakbir serta sempat juga melambai kepada peancong yang merakamkan perarakan mereka.
Mereka bergerak di Jalan Raja Laut dengan melawan arus sambil dikawal oleh Unit Amal.
3.30pm PAS HQ- Hujan rintik-rintik mulai turun dan guruh berdentum di langit.
3.25pm - PAS HQ - Sementara itu AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata peserta hari ini secara aman pergi Sogo menyatakan sokongan kepada Anwar yang dianggap tahanan politik.
"Apa yang dilakukan adalah fitnah untuk pecahkan dan lemahkan pakatan.
"Kita tak terima, kita kena menentang kezaliman dibuat oleh pemerintah. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang berdaulat dan tak sokong kezaliman.
"Kita hadir untuk menunjukkan bantahan kita, yang dilakukan oleh Umno/BN.
"Kita kena berani, apa yang kita lakukan untuk menjadi negara adil dan makmur," katanya dan diiringi takbir.
3.18pm: PAS HQ - Sementara itu Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata perhimpunan hari ini adalah acara kemuncak untuk mendesak Anwar dibebaskan.
3.17pm: Sogo - Jumlah hadirin terus bertambah. Manakala lima
Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng juga klihatan, dan memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan orang ramai akan datang dari Masjid Jamek.
3.15pm: MP Batu Tian Chua memberi ucapan ringkas kepada kira-kira 100 peserta #Kita Lawan di HQ PAS.
Dalam ucapannya, Tian berkata perhimpunan hari ini adalah hari bersejarah kepada rakyat Malaysia, kerana sempena menyambut ulangtahun Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga BN, esok (8 Mac).
Katanya lagi, perhimpunan hari ini adalah perhimpunan untuk membangkit semula kebangkitan rakyat yang ditunjukkan pada 2008.
"Rakyat mula sedar hak yang diperuntukkan untuk berhimpun secara damai.
"Kita juga bangga memegang rekod tak merosak harta awam, tak pernah buat kacau bilau dan berhimpun dengan tujuan murni, tunjuk keberanian rakyat tak sanggup kezaliman berterusan," katanya.
"Kita tak sanggp beban anak cucu kelak dengan sistem politik yang korup dan kita tak ada cara lain, perlukerja kuat untuk jatuh BN," katanya.
Beliau turut memberi penjelasan supaya peserta mengikut arahan daripada Unit Amal yang bertugas dan jangan terpengaruh dengan agen provokasi.
Beliau turut mengumumkan perhimpunan ini dipantau oleh Suhakam dan Bar Council.
Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh juga hadir.
3.12pm: Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR
Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, polis telah mengesahkan kepada pihak peguam bahawa siasatan dibuat di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.
Walaupun, katanya, seksyen tersebut telah diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad.
Hadirin kelihatan mengibarkan bendera PKR. Tidak kelihatan bendera PAS atau DAP.
"(Bilangan penyokong) DAP nampak ok, penyokong penyokong PAS akan datang dari ibu pejabat mereka," kata Wong kepada Malaysiakini.
Sementara itu seorang penjual air, dengan penuh semangat meniru slogan 'Lawan Tetap Lawan' dengan menjerit, "Minum tetap Minum tabungan," untuk menarik pelanggan.
3.01pm: Pasar Seni: Kira-kira 300 orang yang rata-rata berbaju T hitam sudah mula berhimpun di hadapan kompleks Pasar Seni.
Di antara personaliti yang kelihatan adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, peguam hak asasi Eric Paulsen dan Ketua AMK Perak, Zafril Eusoff.
Sementara di dalam Pasar Seni pula, urusniaga berjalan seperti biasa kerana tiada kedai yang ditutup dan pengunjung kelihatan tenang melakukan tinjauan ke atas barangan dan kedai-kedai.
3pm: Masjid Jamek - ADUN PKR Semambu Lee Chean Chung berucap di hadapan lebih 300 orang di stesen LRT Masjid Jamek dari bahagian atas sebuah trak.
Beliau menyeru orang ramai untuk mula perarakan ke Sogo pada pukul 3.30 petang.
2:45pm: Sogo - Kini lterdapat sekitar 300 orang berkumpul di luar Sogo. Sukar untuk membezakan berapa ramai peserta dengan pengunjung di situ.
Berkemundang laungan "Reformasi" dan "Hancur Najib".
2:30: Masjid Jamek - Lebih 10 orang ahli jawatankuasa anti-cyanide Rabu berada di Masjid Jamek untuk menunjukkan sokongan mereka.
Orang ramai berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai bantahan utama yang pertama bagi tahun 2015, yang diisytiharkan oleh polis sebagai haram.
Protes Kita Lawan di Sogo itu menuntut pembebasan ketua pembangkang yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Bagaimanapun, ia tidak jelas sehingga mana sokongan dari gabungan Pakatan Rakyat terhadap perhimpunan tersebut.
PAS tidak mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya untuk menyokongnya, manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan wakil rakyat, kebanyakannya dari DAP bahawa mereka mempunyai tugas di negeri itu untuk dilaksanakan hari ini dan perlu menumpukan perhatian kepadanya.
Protes itu dijangka bermula jam 3 petang, dengan para peserta berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo, dan perhimpunan ia mungkin berlanjutan hingga tengah malam.
Perhimpunan Kita Lawan sebelum ini, menyaksikan penangkapan aktivis Adam Adli Abdul Halim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa, dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad.
malaysiakini
Penat aku dtg berhimpun berlonggok nk dengar jwpn Dan hujah konkrit..cmna DNA brbentuk sperma airmani boleh ada dalam dubur saiful.
BalasPadamTapi semua ucapan ceramah takde jwpn. Hampeh.
DNA sperma airmani ye. Bukan DNA peluh.
Macam mana ada dalam jubor ko tak boleh fikir ke? 1. Doktor masukkan dna tu. Kena ingat ..bukan air mani tahu tak. Itu dna. 2. Sexpol sendiri masukkan dna ke dalam jubornya. Kena ingat..dna tu diberi oleh polis penyiasat. Tulah yg aku tau drp pihak polis. Ko jangan bodo dungu sangat benda macam ni pun nak pening kepala. Hamno memang bongok bebal.
Padammana satu betul nih. Sperma ker dna?
Padamwas2 la pulak...
ikut perbicaraan DNA bukan sperma.
PadamDNA X dan Y
apa susah sangat nak masukkan dna kat dubur.
Padambapak ko pun boleh masukkan dna ko kat dubor mak ko.
Dna yg ada dlm bontot saiful tu ada lah sperma (air mani anuar)..FAKTA. peguam anuar pun x blh nk denied
Padamsaya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D
PadamAlhamdulillah.berkat 15 juta rakyat turun demo tadi..najib dah berundur dah ptg tadi.
BalasPadamSyukurrrr
Biar mampos lagi baik beb.drp menyusahkan rakyat.
Padampenjual air tepi jalan sogo senyum lebar hari ini. Empat kali ganda pendapatan beb.....
PadamDNA yg ditemui dlm jubo sepul ialah DNA dr sperma airmani. Bukan DNA dr calitan peluh atau lain2. Sila baca penghakiman Dan hujah kedua pihak.
BalasPadam10.000K KAK...KAH..KAH, RUMAH KAWAN AKU KAHWIN SEMALAM LEBIH RAMAI LAGI.HANCUS LAH INI PKR.LAWAN TAIK KUCING APA,KENA HUJAN MACAM ANAK KUCING BERTABOR LARI.BANGANG PUNYA REPORTER MALAYSIAKINI,LORI MERAH KAT LORI FRU,CAIX LAIN MENGANGGUK,SEBAB DAH BIASA MENGGANGUK YES SIR PADA CINA MATA SEPET DAP.
BalasPadam