Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mac 27, 2015

SOLAT ORANG MUNAFIK


SOLAT ORANG MUNAFIQ

Bukan semua solat yang dikerjakan oleh orang kebanyakkan itu menghindarkan dirinya dari perbuatan mungkar. Kerana dikalangan orang yang solat juga terdapat orang munafiq. Iaitu orang yang berpura-pura dengan solatnya. Justeru itu tidak menghairankan bapa kepada orang munafiq iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul sendiri pernah solat di belakang baginda Rasulullah SAW.

Gambaran yang lebih jelas telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran. Bagaimana kita mampu mengenali ciri-ciri solat orang yang munafik. Di dalam surah al-Nisa’ ayat ke 142 Allah menyatakan bahawa :

“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ ( dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”

TANDA SOLAT MUNAFIQ IALAH SOLAT DENGAN MALAS

Sebab itu diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih dari Ibn Abbas bahawa dimakruhkan kita melaksanakan solat dalam keadaan malas. Namun hendaklah dikerjakan dalam keadaan wajah ceria, kemahuan yang tinggi dan begitu gembira. Ini kerana ia sedang bermunajat kepada Allah. Sesunggguhnya Allah di hadapannya, mengampuninya dan memperkenankannya jika ia memohon.

Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah sudah pasti tidak dapat ditipu oleh orang munafiq. Malah Allah mengetahui segala rahsia batin. Sebab itu dinyatakan tanda-tanda orang munafiq dalam melakukan ibadah solat. Antaranya ialah jika mereka melakukan solat, mereka akan melakukan dengan malas. Ini kerana di dalam hati mereka tidak mempunyai niat yang betul. Tidak memiliki iman. Malah tidak merasa takut dan tidak memahami maknanya.

Sebab itulah pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang munafiq kerap kali kelihatan hanya pada waktu solat Zohor, Asar dan Maghrib. Namun keupayaan mereka tidak memungkinkan mereka untuk bangun dan berjemaah solat Subuh dan Isyak. Ini kerana apabila solat dilakukan bukan dengan kemahuan hati yang ikhlas, maka bila datangnya waktu yang malas, mereka meninggalkannya.



2 ulasan:

  1. Tanpa Nama28/3/15 9:35 PG

    Solat dlm keadaan malas,
    solat dgn tergesa gesa,
    solat dlm keadaan lalai,
    disebutkan sbg ciri solatnya org org munafik.
    Tp yg solat sedemikian tidak semestinya seorg yg munafik.
    Dgn kata lain, simunafik akan bersolat sedemikian tp yg solat sedemikian tidak semestinya munafik. Analoginya, org Melayu berbahasa Melayu tp yg berbahasa Melayu tidak semestinya seorg Melayu.
    WaAllahu'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya PAK SUKIMAN POULUS seorang TKI Malaysia
      saya pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asa. apa lagi dengan keadaan susah..
      gaji itupun buat biaya anak sekolah di kampung sedangkan hutang banyak sama majikan
      kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan nomor MBAH SUTAR ROJAK
      katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui permainan ANGKA TOGEL
      dengan keadaan susah, terpaksa saya hubungi dan minta angka TOGEL GHAIB kepada MBAH SUTAR dan
      angka yang di berikan selama 2X yaitu TOTO 6D DAN SGP 4D ternyata betul-betul tembus 100%
      alhamdulillah saya di bayar 100ribu ringgit malaysia.
      awalnya saya sempat tdk percaya dan saya kira ini hanyala mimpi
      karna selama 4tahun saya di malaysia baru kali ini saya lihat uang ringgit sebanyak ini.
      inilah kisa nyata dari saya.. sebagai TKI di negri Orang memang sangat-sangat susah
      oleh karna itu saya sampaikan kepada teman2,saudara2 di indo maupun di luar negeri
      apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah
      MBAH bisa membantu meringankan masalah anda melalui ANGKA TOGEL GHAIBNYA yg penting anda yakin .
      isya alah MBAH SUTAR pasti membantu kalian semua. bagi anda yang betul2 mau dibantu dan betul2 yakin sama MBAH SUTAR
      silahkan anda hubungi MBAH SUTAR di NOMOR PRIBADI beliau di 0853-4288-2547 .
      silahkan hubungi MBAH SUTAR ROJAK untuk MEMBUKTIKANNYA ......











      Padam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive