Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 03, 2009

JUARA TREBLE DIUJI MALAM INI



Ujian pertama buat skuad Kedah yang tidak dilengkapi senjata penggempur import. Bahan mentah tempatan sepenuhnya bakal menguji setakat mana kejaguhan treble yang dipertahankan selama dua tahun berturut-turut.Selama dua tahun itulah pasukan yang dahulunya gergasi seperti Selangor hanya menggigit tulang setelah semua trofi kejuaraan disapu bersih Sang Kenari yang berdarah hijau kuning.

Kebetulan satu-satunya trofi yang terlepas musim lalu kepada Perlis iaitu Piala Sultan Ahmad Shah akan cuba dirampas malam ini dalam perlawanan sumbangsih sebagai pembukaan TM Liga Super 2009. Lawan yang mencabarnya malam ini ialah Gergasi Merah Selangor yang juga membariskan jentera tempatan.

Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah berkata, Kedah tetap mampu meneruskan kecemerlangan seperti mana dua musim lalu walaupun tanpa pemain import.

Menurutnya, Kedah pernah membuktikan kehandalan walaupun hanya membariskan pemain tempatan dalam beberapa perlawanan penting musim lalu. ''Kita muncul juaraPiala FA musim lalu walaupun hanya membariskan seratus peratus pemain tempatan.

''Ini membuktikan kita mampu bergelar juara walaupun tanpa pemain import,kita mempunyai pengalaman dapat beraksi dengan baik walaupun hanya menyandarkan kekuatan di bahu pemain tempatan.''Walau apa pun perlawanan esok (hari ini) penting buat Kedah, pertamanya kita mahu menebus kehampaan kerana kalah kepada Perlis dalam Perlawanan Sumbangsih musim lalu.

''Keduanya, kita akan beraksi sebaik mungkin bagi merangkul piala yang tidak pernah kita menang, kita mahu melengkapkan koleksi trofi selepas pernah menjulang semua piala,'' katanya.

Skuad Selangor juga tidak terkecuali ghairah untuk memulakan musim ini dengan kemenangan pertama merangkul Piala Sultan Ahmad Shah.Kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah sudah melaung amaran buat Kedah dan tegas mengatakan pemain Gergasi Merah itu tidak gentar untuk bertandang ke Stadium Darulaman, Alor Star.

“Sepanjang lapan tahun bersama skuad Selangor, saya dapat rasakan bahawa pasukan musim ini adalah antara yang terbaik. Semangat juang,persefahaman,kesungguhan dan komunikasi antara pemain cukup mantap.



Sekali lagi pertembungan dua negeri Pakatan Rakyat akan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan.Penyokong Hijau Kuning dan Merah Kuning dijangka akan memenuhi setiap ruang Stadium Darulaman untuk menyaksikan pertarungan menarik malam ini.Bagi yang tidak berkesempatan ke sana,sama-sama kita nantikan perlawanan malam ini yang dijangka akan disiarkan secara langsung di biaqpila.blogspot.com melalui Kedah FM.
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive