Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 11, 2009

Mengapa PM terlalu bersungguh pertahan jawatan Wan Farid, bukan rakyat?

WAN NORDIN WAN YAACOB
Sun | Jan 11, 09 | 10:12:43 am MYT
(Analisis) : Sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan hanya cenderung memperjuangkan hak dan jawatan calon BN, Dato' Wan Farid Wan Salleh berbanding hak rakyat mengundang persepsi negatif.

Ramai di kalangan pemimpin setempat menyatakan hakikat ini dapat dilihat dalam komen terbaru Abdullah dibeberapa akhbar yang mempertahankan tindakannya memilih Wan Farid selaku calon BN.

Abdullah dalam laporan akhbar berkata, beliau menerangkan kepada mereka jentera BN kepentingan memastikan Wan Farid menang kerana Wan Ahmad Farid sudah berkorban dengan mengambil risiko kehilangan jawatan Timbalan Menteri dan Ahli Dewan Negara.

Katanya, beliau memberitahu Wan Ahmad Farid beliau mengambil risiko kehilangan jawatan berkenaan dan jika kalah tidak boleh minta semula jawatan Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Abdullah sebelum ini dikritik hebat kerana memilih Wan Farid berikutan dakwaan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu itu adalah bekas Setiausaha Politik PM dan rakan karib menantunya, Khairy Jamaluddin.

Paling lantang mengkritik pemilihan Wan Farid ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Wan Farid adalah calon terburuk yang dipilih Abdullah.

Di Kuala Terengganu sendiripun, isu imej Wan Farid sudah menjadi topik utama di kedai-kedia kopi, di markas dan UPU selain kalangan masyarakat setempat.

Namun Abdullah terus mempertahankan dakwaan itu dengan berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN berbanding dengan pihak pembangkang.

Abdullah berkata, beliau tidak tahu yang calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, sombong.

"Orang kata dia sombong, saya tidak tahu. Kalau saya tahu dia sombong, saya tidak ambil dia jadi setiausaha politik saya,? katanya.

Abdullah menegaskan demikian di majlis bersama pemimpin Wanita Umno di Kuala Terengganu 8 Januari lalu.

Antara isu yang ditimbulkan masyarakat setempat ialah sikap Wan Farid yang didakwa sombong dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai.

Bukan sahaja orang ramai, malah ada juga sebilangan penyokong Umno yang dikatakan merungut kerana sukar untuk bertemu dengan Wan Ahmad Farid.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan 17 Januari ini, Wan Ahmad Farid menghadapi saingan tiga penjuru dengan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon bebas Azharudin Mamat @ Adam.

Segelintir pemimpin masyarakat di sini mula menunjukkan nada protes kepada Wan Farid, begitupun Abdullah terus mempertahankannya.

Apakah yang akan berlaku terhadap Wan Farid 17 Januari ini, kuasa rakyat pastinya dapat menentukan kedudukan sebenar samada mereka akan memilih wakil rakyat sebenar atau sekadar memilih untuk memberi jawatan kepada wakil rakyat sahaja. _
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive