Seolah-olah ini bukannya tulisan seorang penjihad Islam,tetapi seperti golongan atheis yang seringkali menghina Tuhan.Supaya kita semua jelas akan apa yang aku cuba perkatakan,marilah kita sama-sama melihat tulisan terbaru Zulkifli Nordin yang bertajuk "Haq dan Kebenaran".Di sini aku petik semula tulisannya:
Salam 2 all.
Tiba-tiba lalu bot penyelamat bomba, "cepat naik Pak Yangoat, air makin naik". "Takpa, kejap lagi ALLAH akan tolong", sambil mulut Pak Yangoat berkomat kamit mohon bantuan. Akhirnya air sudah keparas dada, tiba-tiba datang helikopter TUDM sambil mencampakkan tangga penyelamat, "cepat naik Pak, air besar akan naik kejap lagi". "Takpa encik, ALLAH akan bantu saya", lalu Pak Yangoat terus menadah sambil kumat-kamit mohon bantuan. Dan datanglah air besar, hanyut dan mati lemaslah Pak Yangoat.
Dihadapan ALLAH, Pak Yangoat komplen, "ya Robb, aku hambaMu yang tunduk pada Mu. Tiap masalah aku pasti aku solathajatkan, hingga lebam dahiku. Kenapa Kau tidak menolong aku dikala aku kesukaran menghadapi banjir, hingga aku mati kelemasan, mengapa ya ALLAH!". Lalu ALLA Yang Maha Esa menjawab, "Aku dah hantar sampan, Aku dah hantar bomba, dan Aku hantar helikopter TUDM lagi, kenapa mike tak naik yop!!!".
Teman saja bawak cerita diatas yop, bila terkenangkan dah berkenjah solat hajat dibuat untuk mendapatkan kebenaran dalam isu membabitkan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Seingat teman, solat hajat dah dibuat merata tempat. Malah malam pertama Anwar dipecat Tun Mahathir, solat hajat dibuat diBukit Damansara, diimamkan oleh Ustad Razali Nawawi. Segala macam imam sudah mengetuai solat hajat. Termasuk ke segala pesantren dan pondok di Selatan Thai, Indonesia, Filipina, sampailah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menganjurkan solat hajat untuk ALLAH tunjukkan kebenaran dalam isu manusia anugerah tuhan ini!
Malah mangsa liwat Anwar iaitu stafnya sendiri Saiful Bukhori Azlan pun pernah buat solat hajat di hadapan Ka'bah dan di Masjid Nabawi memohon kebenaran di tunjukkan oleh ALLAH. Bukan sahaja solat hajat, sumpah la'nat pun Saiful dah buat. Paling akhir Rabu Jamadil Awal 1432 bersamaan 06 Apr 2011, sekali lagi solat hajat dibuat secara besar-besaran untuk mendapatkan petunjuk haq dan kebenaran. Tetapi sehingga kini mereka yang taksub masih tidak dapat melihat kebenaran.
(tulisan asal masih panjang,sekiranya ingin membaca tulisan penuh sila ke blog Zul Nordin)
Aku tidak pasti apa pandangan orang lain akan "lawak" yang dibuat oleh Zul Nordin dalam blognya itu.Tapi bagi aku secara peribadi,tulisannya tidak boleh diterima apabila nama Allah digunakan dalam lawaknya tersebut.Tindakan melakukan lawak sebegini adalah kebiasaannya dibuat oleh orang-orang Atheis dan orang Kristian yang sering mempersendakan Tuhan mereka sendiri dalam Jokes mereka.
Sekiranya kita orang Islam sendiri turut sama mempersendakan Tuhan dalam melawak,apa bezanya kita dengan kafir dan atheis?Apakah sudah tidak ada lawak jenis lain yang boleh dibuat perumpamaan oleh Zulkifli Nordin hingga menggunakan nama Allah?
Nah,sila lihat satu lawak yang aku ambil daripada himpunan jokes di internet.Aku mahu kita semua perhati dan renungkan,apa beza lawak Zul Nordin dan lawak kafir orang putih:
Aku tidak tahu pandangan orang lain,namun bagi aku lawak bodoh Zulkifli Nordin tetap tidak patut pada pandangan aku!
SUMBER: propartiislammalaysia
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
lawak yang diatas itu sendiri adalah himpunan lawak mat saleh yang telah ditukar dan diolah bahasanya oleh Zul Nordin.
BalasPadamLantaklah papun tapi mana boleh pakai kenyataan orang yang PASTI 110% pelaku dlam video tersebut DSAI sedangkan menontonnya pun tidak.
Ada pengkomen tanya taknak analisa fasal video XXX tu ke.... aku jawab... aku tak tengok jadi kenapa atau bagaimana aku nak komen?
Hakikatnya kita biorkan aje Zul Kulim tu.
Aku cuma berdoa keluarganya tidak terkena tempias atas sikapnya terutama selepas PRU13. Nak jadi calon bebas pun tak tentu ada penyokong masa nak hantar borang calon.
orang ni kalau dok becakap sorang tu..lah jadi dia.tah tah tah dia dah kena tempeh solat hajat tu,kita pun tak tau. yang dok merapu sorang2 tu sapa pun tak tau yang dia dah kena.sapa2 yang dekat dgn dia boleh la..pi tengok.
BalasPadamDSAI dan pakatan rakyat (temasuk PAS) kan sokong 'ALLAH' digunakn oleh puak kristian!!! dan dlm dialog itu, org yg bdoa itu mmbawa watak lelaki yg mnyokong pgunaan kalimah 'ALLAH' oleh kristian, jd boleh jadi 'ALLAH' yg dimaksudkn oleh lelaki itu adalah 'ALLAH' org kristian yang ada ada anak jesus. bukan ALLAH yg esa Tuhan org Islam. maka sbnrnya zul tidak menghina ALLAH yg Esa Tuhan sekalian alam.
BalasPadam-wau
jin kupiah ni tidak sedar akan cara Allah memakbulkan solat hajat hambanya. tidak semesti mangsa jadi batu atau kena petir.
BalasPadamboleh jadi dibalas perlahan2, boleh jadi dimatikan dgn trajis seperti otak membesar dan mati. boleh jadi dikenakan kemalangan ke atas kaum keluarga terdekat.
dan hukuman paling berat ialah dibiarkan org2 jahat terus sesat seperti firaun. semakin sesat semakin bongkak kerana Allah 'berdiam diri'.
inilah balasan org yg berjuang melawan murtad tetapi tidak iklas. akhirnya tidak hairan jika gejala murtad itu akan meresap ke dlm diri jin kupiah ini satu masa nanti.
anwar memang anugerah Allah. takkan lah anwar itu dicipta oleh syaitan? wan azizah menyebut itu berlandaskan akidah, jin kupiah tempelak berdasarkan nafsu serakah penjilat dunia kotor umporno.
APAKAH ORG2 YG MENYOKONG DAN MEMBELA ANWAR SEKARANG AKAN SERUPA BERMATI-MATIAN MENYOKONG SEKIRANYA ANWAR MASIH DLM UMNO?
BalasPadamBOLEH KASI JAWAPAN YG ADIL DAN WARAS
Agak-agak la si Zoo-l bi pun...JANGAN la jadi bodoh piang, tak tau nak buat lawak takat mana Islam bagitau. Apa drag nama Allah dlm joke hang yg kononnya nak habaq orang suruh berusaha jgn berdoa saja. Agak-agak la mangkuk! Wa sendiri pun suka cynical jokes TAPI takat baca saja la. Biaq pi la omputih yg tak beriman nak tulis any jokes anti-Christ, anti-God like .. god-damn-it!
BalasPadambuang ler kupiah tu, tak ada berkat dah..kalau gini ler perangai tak yah ler nak dapat syafaat nabi...
BalasPadamKalau kita renung2kan ada betul jugak cerita Zul tuh..Cuba lah renungkan dgn hati bkn dgn emosi..
BalasPadamIngin juga saya bertanya penulis blog ini, mungkin orang pati ISLE, apakah yg tidak kenanya dengan apa yg dikatakan oleh Zul Nordin? Zul cuba nak ceritakan yg kita kena gunakan akal dalam hidup melayari hidup ini, tidak boleh meyerah dan menyerah secara membabi buta. Allah tidak akan menolong kamu jika kamu tidak menolong diri sendiri!
BalasPadamZul cuba nak ceritakan yg pak janggut kambing tu seorang yg bodoh, dan tidak menggunakan akal yg diberikan oleh Allah. Apa kamu ingat yg akal diberikan Allah kpd pak janggut kambing itu perlu digunakan untuk mencaci orang dan menyalahkan orang sajakah? Tidak, Allah tidak pernah menghadkan begitu! Pak janggut kambing perlu menyelamatkan diri biar siapa pun yg memberi pertolongan, tak kira orang pati ISLE atau orang parti pas. Pak janggut kambing lupa yang Allah jualah yg mendatangkan banjir besar itu. Namun, pak janggut kambing tidak dapat menilai itu semua kerana kebebalannya dan sangkaannya dia dah cukup alim, warak dan ISLE dengan janggut sejemput itu.
masmerah
Jokes Zulkifli Nordin tu dia kutip dalam satu komedi yang ditayangkan di tv beberapa minggu sebelum ini. Hina betul Zulkifli Nordin menciplak jokes mengaku seolah-oleh jokes tu dia yang punya. Tapi aku memang tidak boleh menerima jokes yang sedemikian.
BalasPadamjgn lah kalian tetrmakan dgn kata2 zool ku lim ni . ingat dia telah mempersendakan Allah swt dlm tulisan nya bahawa bila pakk yangoat itu mati dan bertemu Allah dan buat komplen di hadapan Allah mengapa Allah tak makbulkan doa nya, dan menurut zool ku lim bahawa Allah pun berkata pd pak yangoat aku dah hantar sampan, aku dah hantar bomba dan gitu jugak aku hantar helikopter TUDM tp kamu menolaknya, sebagai org islam adakah zool ku lim ni mendengar perbualan antara pak yangoat dan Allah swt dfi alam Barzah? sehingga mengeluartkan kenyataan sebegini? perghh!.. KASYAF betul zool ku lim ni yer, berani membuat kenyataan mcm ni makna nya seandainya Allah Tak mengeluarkan kata2 itu maka kamu telah melakukan DOSA YG AMAT BESAR dan boleh menjurus kpd kesyirikan dan kpd pencacai2 umno/BN yg ikut skali sama jugak lah telah melakukan dosa2 besar krn telah mempermain2kan Allah swt...bertaubatlah segera..
BalasPadamzul-kulim ni dah sesat.... kalau nak buat perumpamaan pon pikir dulu .....jangan main sebur jer....bole membawa kpd rosaknye akidah bila org yg x pandai menilai membaca tulisan yg dianggap lawak/perumpamaan .... banyak lagi contoh2 atau perumpamaan yg boleh ditulis ....jangan la menampakan kebodohan emosi bila x sedar ape yg di tulis..
BalasPadaminilah yang dikatakan dunia masa kini...
BalasPadamJANGAN INGAT SEMUA MELAYU TU ISLAM..
JANGAN INGAT SEMUA PAKAI KUPIAH TU ALIM..
JANGAN INGAT SEMUA YANG SELEKEH TU TAK TAU AGAMA.
JANGAN INGAT SEMUA PAKAI JUBAH TU WARAK...
YANG PASTI LA NIE BUKAN SEMUA MELAYU TU ISLAM...
semua tu dah jadi FESYEN MASA KINI..
nak bukti..
dalam tv3 hari2 tunjuk waktu asar, maksud ayat alquran...
"YG MEMBEZAKAN ANTARA ORANG ISLAM DAN KAFIR ITU ADALAH SEMBAHYANG 5 WAKTUNYA"..
maknanya disini Allah dah bagitau pada yang mahu pikir dan percaya pada Allah..orang Islam sembahyang 5 waktu tp kafir tak sembahyang..
kalau melayu tak sembahyang maknanya kafir lah tu,walaupun berbuih mulut mengaku Islam, lantak dia lee, itu hak die nak bercakap tp kita yang ada akal nie paham2 lee, Islam ke tak..
1 lagi Allah dah bagi tau tanda2 orang munafik ialah...
1- cakap suka menipu..
2- janji tidak ditepati..
3- menduakan Allah..
kalau ada pada sesiapa tanda2 tu maknanya munafik lah tu bukan lagi Islam lagi dah..
ini maksud ayat2 Al-quran yang Allah dah turunkan.
kalau tak percaya dan kalau nak pertikaikan lagi maka jadilah golongan kafir yang tak percaya Al-quran dan suka mempertikaikan Al-quran..
Barangkali blogger ini tidak faham isu yg ingin disampaikan. Ini bukan lawak tapi adalah contoh. Betapa Allah telah tunjukkan jalan untuk bebas dari dugaan. Tetapi manusia ini tidak mengerti apa yg Allah cuba berikan.Sesuatu yg kita minta takkan dtg secara bergolek. Allah mahu manusia berfikir dan yakin sesuatu penyelesaian atau kebenaran akan dtg juga akihirnya. lambat atau cepat...
BalasPadam