Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 19, 2011

Bersih 2.0 ajar 'anak Malaysia' lepasi garis takut


Himpunan Bersih 2.0 telah berjaya melepaskan anak muda daripada garisan takut pemerintah Umno - Barisan Nasional, kata aktivis Hishamuddin Rais.

"Rakyat sudah melepasi garis takut," tegas beliau pada wawancara pada Penangdaily.com.
Justeru itu katanya, kejayaan Himpunan aman BERSIH 2.0 bukan lagi boleh diukur pada kehadiran lebih 100,000 orang atau hanya 6,000 orang seperti didakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Signifikan terbesar bukan 10,000 atau 200,000 ribu (orang), tapi (lebih kepada sentimen bahawa) rakyat yang hadir (membuktikan rakyat) sudah melepasi garisan takut," ujarnya.

Beliau berkata, jika ada rakyat yang takut sekalipun pada Himpunan baru-baru, mereka mungkin adalah segenerasi dengan beliau.

Ini kerana. katanya, generasi beliau adalah generasi yang sempat menghadapi protes besar-besaran terhadap BN (yang dulu dikenali sebagai Perikatan) sejak tahun 1969.

"Selepas protes era 1969, inilah satu-satunya himpunan terbesar rakyat yang disertai Melayu, Cina, India dan semua kaum lain.

"Mereka mempunyai pengalaman bertarung dengan pemerintah yang tidak adil.

"Mungkin sebab itu, saya berasa generasi saya lebih berhati-hati dalam Himpunan kali ini kerana terlalu banyak tahyul pemerintah seperti 'Tragedi Hitam 13 Mei' berakar dalam fikiran mereka.

Berbeza dengan anak muda yang lahir pada sejak era 1980-an, beliau berkata, mereka lebih berani kerana mereka tidak pernah menempuhi beberapa 'tahyul' tersebut.

"Satu lagi, demontrasi anti Presiden Amerika adalah pertama selepas 1974....bukan tidak ada yang mati (antaranya) setiausaha parti buruh di jalanraya.

"Kematian seorang rakyat (Baharuddin Ahmad) dalam Himpunan baru-baru adalah pengalaman penting yang akan terus mengajar rakyat memilih proses pilihan raya atau jalan raya," ujar beliau.

Soluit untuk anak muda!


penangdaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive