Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Julai 29, 2011

Ramadhan Dan Taqwa



Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Umumnya Ramadhan disambut meriah di Malaysia. Masjid dan surau akan dibanjiri
oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan
jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau
ceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akan menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud:

“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat
kepada orang-orang yang beriman”
(Surah Azzariyat: 57)

Dan firman-Nya lagi:
“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan
kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(Surah Al-Asr: 1-3)

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan
bermaksud:

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Demikian bunyi pengumuman yang dibuat oleh Rasulullah (saw) setiap menjelangnya
Ramadhan.

Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa
yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya
yang penting.Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranya
kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.

Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa
tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas
terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah
dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

Allah swt berfirman, maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa .
(Surah al-Baqarah: 183)

Ayat ini merupakan ayat yang menitahkan fardhu puasa pada tahun kedua hijrah. Di
samping menyatakan kewajipan puasa, ayat ini juga menyatakan tujuan dari ibadah
puasa kita “agar kamu bertaqwa”. Darjah taqwa ialah darjah tertinggi yang boleh
dicapai oleh seorang hamba. Orang yang bertaqwa dijanjikan surga oleh Allah:

“ Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan syurga-syurga yang
penuh kenikmatan di sisi Tuhannya”
(Surah al-Qalam:34)

“ Dan bersegeralah kepada keampunan dari Tuhan-mu dan syurga yang bidangnnya
seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah ali-Imran: 133)

Orang-orang yang bertaqwa akan memperolehi hidayah yang Allah turunkan di dalam alQuran:

“Alif, Lam, Mim. Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan di dalamnya petunjuk bagi
orang-orang yang bertaqwa. “
(Surah al-Baqarah: 1-2)

Orang-orang yang bertaqwa bukan sahaja mendapat kejayaan di akhirat bahkan layak
mendapat bantuan Allah di dunia lagi. Firman Allah bermaksud:

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan
keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Surah at-Talaq: 2-3)

Orang-orang bertaqwa merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah:
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
bertaqwa dari kalangan kamu”
(Surah al-Hujurat: 13)

Oleh itu, taqwa adalah darjat yang begitu tinggi, yang melayakkan seseorang menjadi
orang paling mulia, dijanjikan syurga, diberikan hidayah dan keampunan serta diberikan bantuan sejak di dunia lagi. Pasti untuk memperolehinya agak sukar.
Namun kini peluangnya terbuka luas dengan tawaran istimewa dari Allah SWT.
Janji Allah, jika kita berpuasa dengan sebenar puasa, pasti kita kan mencapai darjat
taqwa. Marilah sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan agar puasa kita
Ramadhan ini mampu melonjakkan kita ke darjat taqwa.Amin.

mpf


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. benda macam nie xde dalam Papagomo..dia mencarut dan maki je hari2..

    Terhangat Dari Microwave :
    Kawasan Bagi Melihat Anak Bulan Seluruh Malaysia!!
    Teka-Teki!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive