Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 28, 2011

Tembelang Shafie Afdal Terbongkar



Akhirnya, tembelang Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal terbongkar apabila memberikan kelulusan tender kepada saudara terdekat dan kroninya yang memalsukan dokumen kontrak; bukan sahaja untuk menyertai korum, malah mendapatkan kontrak bernilai RM56 juta sekalipun syarikat berkenaan tidak mempunyai sumber kewangan kerana mencatatkan rugi bersih RM286,000.   Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi, (gambar bawah)
yang menghubungi Sabahkini.net selepas membuat laporan di Balai Polis
Semporna terhadap syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, Ahli Lembaga Tender
KKLW dan Shafie Apdal menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
agak lembab menjalankan siasatan sehingga beliau terpaksa membuat
laporan susulan.





 “Tim pemantauan PKR telah lama menjalankan siasatan dan akhirnya kita dapat banyak perkara yang tidak betul, terutama penglibatan keluarga Shafie dan kroninya sehingga banyak tender KKLW diberikan kepada kontraktor yang tidak berpengalaman dan merencatkan pembangunan di Sabah,” ujar Citra lagi yang memaklumkan bahawa kenyataannya dalam Sabahkini.net bertajuk ‘Sampai Bila Rakyat Guna Jalan Kerbau?’ bukan merujuk kepada jalan utama Jeroco, sebaliknya jalan yang menuju ke jalan Jeroco yang di bawah pengendalian KKLW.




Citra menjelaskan bahawa beliau terpaksa membuat laporan polis bagi menghentikan kegiatan yang tidak sihat Shafie dan menjalankan tugasnya sebagai ahli PKR yang bertanggung jawab menegur kerajaan yang membazirkan wang. 






BUKTI....Salah satu bukti yang diserahkan kepada PDRM




Dalam laporan polisnya di Balai Polis Semporna tetapi diberi nombor laporan Putrajaya iaitu Presint 7/ 77006253, Citra mendakwa bahawa; “Pada hari ini lebih kurang jam12.30 tengahari, 25 Julai 2011, saya mendapat maklumat daripada tim pemantauan PKR bahawa syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd, nombor syarikat 789094-K telah mendapat dua projek serentak iaitu, Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) masing-masing bernilai RM21 juta dan RM35 juta. 




Pemilik asal syarikat ini ialah Hj.Hassan Bin Osman iaitu saudara terdekat/kroni Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Memandangkan beliau (Hj Hassan) telah muflis, maka beliau melantik anaknya, Khairul Aziah Bte Hassan sebagai Pengarah Urusan dan Pemilik Saham syarikat berkenaan. 




Saya datang ke balai membuat laporan agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Hj Hassan dan semua pengarah syarikat Sama Sama Maju Sdn Bhd kerana dipercayai mengemukakan dokumen palsu seperti penyata bank, caruman KWSP, sijil jurutera dan sebagainya untuk mendapatkan tnder berkenaan. Syarikat ini juga turut dibenarkan menyertai tender terbaru, iaitu Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Tulid, Lanas, Sook di Keningau dengan mengemukakan harga tender RM87.4 juta sekalipun mengemukakan dokumen palsu. 




Laporan ini dibuat agar PDRM dan SPRM menyiasat dan menangkap Mentri KKLW Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana bersubahat, menyalahguna kuasa dan mempengaruhi Lembaga Tender KKLW meluluskan kontrak berkenaan kepada saudara terdekat/kroni. 




Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat dan menangkap Ahli Lembaga Tender KKLW yang membenarkan banyak syarikat tidak berkelayakan menyertai dan mendapatkan tender KKLW. Sekian laporan saya.”/sabahkini


addin7

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive