Khamis, Julai 21, 2011
Nekad rampas motor polis
SEREMBAN: Seorang penjenayah bertindak nekad cuba merampas motosikal anggota polis untuk meloloskan diri sebelum dia cedera akibat ditembak dalam kejadian di bandar ini, semalam.
Tidak cukup dengan itu, sejurus ditembak, lelaki berusia 40 tahun yang baru selesai menyamun seorang wanita hamil di Kuala Pilah enggan mengalah dengan menyembunyikan diri dalam sebuah kedai keranda, namun berjaya ditahan.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, suspek dan dua rakannya yang menaiki kereta Perodua Kancil dikesan unit peronda polis (MPV) berdekatan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini.
Ketiga-tiga penjenayah itu enggan berhenti apabila diarah polis sebaliknya melarikan diri hingga menyebabkan tembakan terpaksa dilepaskan ke arah tayar kereta berkenaan.
Kenderaan yang pancit itu kemudian terbabas di belakang Masjid Jamek Seremban sebelum mereka keluar dan berpecah untuk melarikan diri.
Tindakan seorang daripada suspek cuba merampas motosikal anggota polis yang kebetulan berada di kawasan itu menyebabkan dia cedera ditembak pada betis kanan, manakala dua rakannya berjaya lolos.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, penahanan suspek dilakukan hasil maklumat berhubung kes samun membabitkan seorang wanita hamil di Taman Impian, Kuala Pilah, kira-kira jam 9.30 pagi. “Dalam kejadian itu, seorang daripada penjenayah mengacu parang sebelum menampar muka dan menendang perut suri rumah itu di depan rumahnya.
“Suspek yang berjaya menyamun dua rantai mangsa kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta Perodua Kancil. Namun, kejadian itu disedari saksi yang melaporkannya kepada polis.
“Ekoran maklumat itu, polis menghebahkannya kepada semua kereta peronda untuk mengesan kereta terbabit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Menurut beliau, kereta yang dilaporkan disamun di sekitar Klang, Selangor, itu dikesan di sekitar bandar ini sebelum seorang daripada suspek yang cedera ditembak ditahan bagi membantu siasatan.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Semenyih itu mempunyai rekod lampau termasuk pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor dan dikenakan hukuman buang negeri di Jeli, Kelantan.
“Suspek kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital dan kami sedang memburu dua lagi rakannya yang masih bebas,” katanya. Kata Hamdan, pihaknya turut merampas beberapa barangan antaranya tiga parang, tiga pemutar skru, satu kapak dan sepasang sarung tangan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 394 akta sama,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua suspek yang dilihat mencurigakan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPK negeri di talian 06-7682222 balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.
HM
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Julai
(169)
- Tahanan EO: SB gagal 'brainwash' saya
- Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
- LAWAK AHAD: Kerani Robot Yang Cun
- Peniaga gagal serah seluar dalam, coli pada Guan Eng
- Pondan gagal tukar nama, masuk ICU
- Polis Diberi 24 Jam Mohon Maaf Kepada Mohamad Sabu
- Malaysia Tewas - Imigresen kena Ambil Action!
- Ramadhan Dan Taqwa
- Ekonomi Lembab Kerana Kerajaan "Main Politik"
- MP Jeyakumar mogok lapar
- KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PERINGKAT ASI...
- LIVE: MALAYSIA vs SINGAPURA
- Padan Muka Wan Ahmad Kena Sorak
- Tembelang Shafie Afdal Terbongkar
- ULAT DAH MULA MAKAN TIKET BOLA?
- Transformasi Ala Najib.. 28,588 kontraktor Kelas F...
- PAS Dedah Nama Daftar Pemilih Bertindih
- 10 DITAHAN PAKAI BAJU KUNING
- APA SELEPAS 9 JULAI? NI DIA JAWAPANNYA...
- You yang layan kami macam musuh
- DIBOOOOO SELEPAS 9 JULAI
- LU KENA BEB!!!
- Mafrel persoal keengganan SPR guna dakwat kekal
- Tukar Facebook Chat Kepada Versi Lama
- ALASAN PAMERAN SULIT TIDAK LOGIK
- Biometrik: Najib Menyuluh Apa Yang Sudah Terang
- UMNO BN Jangan Anggap Rakyat Bodoh!
- Isteri ramping rahsia rumah tangga bahagia?
- AWAS!!! IMEJ SEKSI DI FACEBOOK
- 15 alat sulit ‘mak nyah’ dikebumikan secara terhormat
- Video Polis Sesuai Zaman TV Hitam Putih
- Hantar pulang Bourdon bukti Najib takut rahsia Sco...
- AWAS IMEJ SEKSI DI FACEBOOK
- Lebih 80 Ditembak Mati, 7 Terkorban Dalam Letupan ...
- LAWAK AHAD: AYAM
- LELAKI KURANG SIUMAN SIMBAH ASID
- KEPUTUSAN KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014 PERINGKAT ASIA
- LIVE: SINGAPURA VS MALAYSIA
- Penangkapan Bourdon memburukkan lagi imej negara
- Tontoni klip ini dan ayuh tawan Kota Singa
- Belaian bidan gebu
- Beng Hock : Paksa Hingga Bunuh Diri Sama Dengan Me...
- Peguam 'Scorpene' ditahan, akan diusir pulang
- Rakyat ada jawapan insiden 9 Julai untuk hukum BN!
- Mat Sabu: 'Tunggu kita saman di mahkamah'
- SUKAR BANGUN SUBUH? TIPS UNTUK ANDA
- Video Polis Tidak Menjawab Kesakitan Rakyat
- Kepala Budak 3 Tahun Terkoyak Diseret Van
- LIVE: MALAYSIA vs CHELSEA
- Brutal: Lelaki 'titanium' pula saman polis...
- Inilah 30 'Jasa' UMNO kepada orang Melayu yang pat...
- Kalau Nak Kenal.. Inilah Profesor Kangkung!!
- RAIS MENGALAH DENGAN ASTRO?
- Nekad rampas motor polis
- Peguam Perancis bakal dedah pembunuhan Altantuya
- Perang Facebook: Ratusan saja yang mahu Najib dike...
- FRU guna kanister Israel sahkan kezaliman BN
- UMNO-BN mahu ikut kata DAP?
- Remaja adakan parti selepas belasah ibu bapa hingg...
- Tahniah MB Azizan !! Terbongkar Enakmen Yang Disor...
- Pertahan Kg Baru Wasiat Terakhir Dr Lo'Lo'
- Dinosaur lawan Bapa Buaya pulak?
- Bersih 2.0:Pemuda Didakwa Pegang Pisau Mahu Saman ...
- Bersih 2.0 ajar 'anak Malaysia' lepasi garis takut
- Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan
- KEMATIAN BAHARUDIN BAGAI DIHINA
- MALAYSIA SAJA HALANG DEMOKRASI
- Bayangan awal Harimau Malaya
- KANTOI PALING MANTOI
- AMK Ajak SPR Debat Jika Benar-benar Telus Perbaiki...
- AL-FATIHAH BUAT DR LO LO'
- Hukum bogel
- Risalah lucah ditabur di masjid,sekolah
- LAWAK AHAD: MALAM PENGANTIN BARU
- Belasungkawa untuk Baharudin di KLCC
- Isu Scopene : Pegawai Kerajaan Dapat Sogokan Jauh ...
- LIVE: MALAYSIA vs LIVERPOOL
- Mati Ketika Sedang Berzina Dengan ikan Pari
- Gelombang kuning 'kejar' Najib di UK
- Rasuah Sorpene bakal didedah peguam Perancis 21, 2...
- NAJIB CAKAP CINA? KAH!KAH!KAH!
- Khalwat dengan kakak ipar
- LAYAN FILEM ANIMASI TERBAHARU
- Anak Amanah Allah
- BN dilanda Xantho Phobia
- BERSIH 2.0: REMAJA PATAH KAKI DICARI
- RAKAM AKSI WANITA DALAM TANDAS
- BOMBA PUN BERSUBAHAT...KAH! KAH! KAH!
- BERSIH DAN KENTUT-KENTIT PANAS
- Sebelas doktor tampil sahkan hospital diserang
- Kenyataan pengerusi jadikan SPR tambah buruk
- VIDEO JARINGAN: MALAYSIA 0-4 ARSENAL
- WTF ASTRO ?
- LIVE: MALAYSIA vs ARSENAL
- Bersih 3.0 jika SPR gagal penuhi tuntutan
- Bersih 2.0 : Tindakan Putrajaya Cetus Momentum Besar
- LAGI PENIPUAN AKHBAR CIBAI UMPORNO TERBONGKAR
- 5 TAHUN MENJANDA ADA LEBIH 200 TEMAN LELAKI
- WARTAWAN TV3SUKU DIBOOO SECARA LIVE
- SAPA KATA PENIAGA RUGI PASAI BERSIH?
-
▼
Julai
(169)