Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Julai 09, 2011

GAMBAR TERKINI: BERSIH DAH BERJAYA MENGGELABAHKAN REJIM BN






Bersih 2.0: Pemeriksaan diperketatkan



Polis memperhebatkan gerakannya memburu penyokong BERSIH 2.0 dengan memeriksa beberapa hotel di sekitar Lembah Kelang, malam semalam.



Setakat ini, Malaysiakini dimaklumkan tidak kurang tiga hotel diperiksa.



Di Hotel Puteri Park di tengah-tengah Kuala Lumpur, ahli PKR Vernon Kedit melaporkan menyoal parti itu yang mengadakan majlis mereka di situ.



Kedit berkata ketika itu mereka sedang mengadakan latihan untuk agen pilihan raya parti tersebut. Katanya, polis meninggalkan kawasan hotel sebelum tengah malam tetapi kembali semula pada jam 1 pagi ini.



“Mereka juga mengawal di kawasan pejalanan khaki,” katanya.



Turut menginap di hotel itu adalah menteri besar Perak yang disingkiran BN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.



Katanya, dia dikejutkan dari tidurnya oleh polis yang mencatatkan butiran dirinya tetapi tidak menangkapnya.



"Seorang anggota polis wanita masuk ke bilik saya dan merakamkan gambar saya ketika saya hanya memakai sarung,” kata Nizar.



Bekas ahli majlis teringgi pusat PKR Badrul Hisham Shaharin mengesahkan polis cuba menahannya di Hotel Brisdale kerana melanggar perintah larangan mahkamah supaya tidak berada di Kuala Lumpur.



“Saya daftar bilik di Hotel Brisdale tingkat 14. Bilik tersebut diserbu oleh sekumpulan anggota polis termasuk berpangkat dengan seragam penuh... Cari Chegubard bilik digeledah.



“Tetapi saya ketika itu di bilik lain terus keluar... Sekarang di luar hotel dah,” katanya dalam SMS kepada Malaysiakini.



Sementara itu di Swiss Inn di Jalan Tunku Abdul Rahman, peguam HR Dipendra melaporkan beliau ternampak beberapa polis memasuki dua bilik.



“Mereka memeriksa bilik depan, tetapi tidak di bilik saya,” kata Dipendra, sambil menambah dua anggota polis itu berpakaian seragam manakala dua lagi rakannya tidak.



Beliau juga tidak pasti apa yang dicari polis itu dan sama ada mereka merampas apa-apa barang.



Seorang lagi tetamu di Swiss Inn, yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata polis dikesan menyemak dan memantau senarai tetamu hotel di bahagian pendaftaran.



"Ada juga anggota polis yang mengambil gambar kami semasa kami masuk ke hotel. Semasa perjalanan ke bilik, kami ternampak seorang daripada polis mengetuk pintu beberapa bilik. Setakat ini, belum ada yang mengetuk pintu kami,” katanya. -mkini





Macamlah negara di ambang perang



KUALA LUMPUR, 9 Julai: Mula-mula Umno Barisan Nasional (UBN) berkata peniaga akan rugi dan jalan akan jadi jam dan sesak jika perhimpunan jalan diadakan di Kuala Lumpur.



“Kini polis menutup puluhan jalan, apakah ia tidak menyebabkan sesak?



“Apakah dengan tutup semua jalan, larangan masuk KL tidak merugikan peniaga?” soal Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan kepada Harakahdaily.



Suasana gila yang diwujudkan sekarang akibat tindakan kerajaan dan juga pihak polis yang tidak konsisten dan membingungkan, kata Tuan Ibrahim menzahirkan betapa UBN jadi serba tak kena.



“Mula-mula dulu serang habis-habisan Bersih 2.0 dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar sehingga tahap mereka dituduh pengkhianat, mengganggu, pemusnah negara dan lain-lain.



“Kemudiannya, selepas Agong bertitah, Perdana Menteri sendiri memberikan cadangan agar perhimpunan aman itu diadakan di stadium, pilih mana-mana stadium, bertempiklah sampai pagi pun kita tak halang.



“Sekarang apabila Bersih 2.0 memilih stadium, nada penipu mula zahir – Bersih 2.0 terus dituduh sebagai pertubuhan haram, tak ada permit, melanggar undang-undang lalu dikeluarkan satu perintah mahkamah senarai semua pimpinan yang dilarang memasuki Kuala Lumpur, dan mula menyekat kereta tertentu.



“Inilah tanda Umno Barisan Nasional semakin gila, gila yang tiada lagi ubat,” kata beliau dengan sinis.



Rakyat juga tertawa dengan gelagat UBN terhadap Bersih 2.0, yang disifatkan Tuan Ibrahim sebagai tanda jelas bahawa parti pemerintah tersebut berada dalam kini keadaan betul-betul panik bagaikan bakal dimusnahkan dengan pilihanraya yang bersih dan adil.



“Belum pernah dalam sejarah negara, ada rakyat sendiri tidak dibenar masuk dan bergerak bebas ke ibu kota dengan puluhan jalan ditutup, sekatan jalan raya di seluruh negara, stesen bas dipindah, permit bas dibeku, apa-apa yang kuning dilarang dan lebih kronik lagi semua polis, FRU dan tentera diarahkan untuk standby …’macamlah’ negara berada di ambang perang,” kata beliau.



Bahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini turut menggambarkan suasana sedemikian dengan menggunakan 'KL darurat hari ini?' sebagai tajuk utama.



Selain menutup puluhan jalanan, polis semalam turut mendapat perintah mahkamah untuk menghalang hampir semua pemimpin tertinggi PAS termasuk dalam 91 individu untuk berada di ibu negara hari ini untuk perhimpunan aman di Stadium Negara.



Putrajaya juga bertindak untuk menutup Puduraya untuk sementara waktu mulai tengah malam semalam dan dipindahkan ke lokasi lain dipercayai untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0.



Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memaklumkan pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur.



Justeru itu, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan.



Selain Hentian Puduraya, warga Kuala Lumpur boleh menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Jalan Duta, Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan Hentian Pekeliling.



Dengan ketakutan melampau yang ditunjukkan muktahir ini, Tuan Ibrahim berkata UBN kini boleh diibaratkan sebagai orang sakit tenat yang baru sahaja dimaklumkan oleh doktor yang hayatnya hanya ada beberapa bulan saja lagi.



“Bayangkan 'pesakit' hanya menghitung saat dengan penuh ketakutan dan kengerian - itulah realiti kepada reaksi Umno Barisan Nasional terutamanya Umno hari ini,” selar beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, sambil menyeru rakyat untuk ‘membungkus’ UBN yang gila ini pada Pilihan raya Umum ke 13 supaya ia tidak meracau lagi.



Sementara itu, polis menutup puluhan jalan yang menghala ke pusat bandaraya mulai jam 12.01 tengah malam tadi iaitu Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru, Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban, Bulatan Sungai Besi, Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pudu, Bulatan Pudu/Jalan Pasar, Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi.



Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak, Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar), Jalan Tun Razak/Kondo Ezora, Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, Bulatan Kampung Pandan, Jalan Selatan, Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang, Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang, Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92, Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng, Jalan Tun Razak/Jalan Eaton, Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor, Jalan Tun Razak/Lorong Kuda, Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso).



Jalan Tun Razak/Jalan Ampang, Jalan Tun Razak/Megan Phileo, Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Tun Razak/terowong KLCC, Jalan Tun Razak/Perkeso, Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Jalan Tun Razak/parking IJN, Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru, Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL, susur Tun Razak/Bulatan Pahang, Bulatan Pahang, Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang, Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling, susur Pekeliling/Jalan Ipoh, Jalan Ipoh/Jalan Rahmat.



Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail, Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching, Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell), Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat), Jalan Tun Ismail/Jalan Putra, Jalan Putra/Jalan Raja Laut, Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman.



Jalan Mahameru/susur Parlimen, Jalan Duta / susur Jalan Parlimen, Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara), Jalan Mahameru/susur Wisma Tani, jejambat Wisma Tani, Jalan Mahameru/susur Carcosa, susur Jalan Damansara/Jalan Travers, Jalan Bangsar/Jalan Travers, Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama), Jalan Kl Sentral/Muzium Negara, Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U), Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra, susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman, Jalan Sulaiman (KTM). -hd



Kredit foto malaysiakini

























abnnasution


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive