Oleh Syed imran
Awal-awal lagi saya dah jangka pasti  ada pemimpin UMNO yang akan jadikan bahan pol

itik murahan berikutan  keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan bahawa bacaan al-Quran  menggunakan pembesar suara sebelum waktu solat subuh adalah dilarang  menurut hukum syarak.
 
Tetapi saya tidak pula menyangka  yang pemimpin tersebut adalah naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad  Zahid Hamidi, seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam.
 
Yang lebih mendukacitakan saya  apabila Zahid mengaitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  selaku ketua agama bagi negeri Pulau Pinang dan mempersalahkan  pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.
 
Saya hairan kenapa Zahid  tiba-tiba mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa yang tidak berada di  bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Zahid mengaitkan pengeluaran fatwa  itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau JAIPP dan  kerajaan negeri.
 
Di sinilah letak kesilapan besar  oleh Zahid kerana JAIPP bukanlah badan atau pihak yang mengeluarkan  fatwa tersebut tetapi hanya mengedar pekeliling fatwa berkenaan kepada  semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang.
 
Yang buat fatwa adalah Majlis  Fatwa bukan JAIPP, oleh itu JAIPP tidak boleh dipersalahkan kerana ia  tiada kuasa atau hak untuk mengeluar fatwa.  Tak kan inipun Zahid tidak  tahu. 
 
Zahid juga kurang bijak dan  salah apabila dia menuduh kononnya larangan yang dikeluarkan oleh JAIPP  adalah atas arahan pentadbiran kerajaan negeri. Amat jelas Zahid bermain  politik murahan kerana pentadbiran negeri tiada kaitan dan kena-mengena  dengan pengeluaran fatwa. Ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa  Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul  Malik Abul Kassim.
 
Sebuah NGO yang dinaungi oleh  semua jawatankuasa kariah masjid seluruh Pulau Pinang diketuai oleh  Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Yusof  Latif   menerima dan menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan  menasihati semua masjid dan surau akur akan larangan itu. Jadi, kenapa  Zahid Hamidi pula yang melenting tak tentu pasal jika bukan kerana dia  sengaja mempolitikkan isu.
 
Zahid juga menuduh kerajaan  negeri Pulau Pinang sebagai tidak sensitif  terhadap agama Islam dan ia  seharusnya merujuk fatwa itu kepada Agong. 
 
 
Dalam pada itu, Mufti Kerajaan  Negeri Perlis Dr Juanda Jaya menyokong tindakan Majlis Fatwa Pulau  Pinang agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara  sebelum waktu solat subuh.
 
Perlis sokong kenyataan itu dan  Perlis dah lama kuatkuasakan larangan itu di masjid dan surau, kata Dr  Jaunda sambil menjelaskan bahawa mikrofon masjid hanya boleh laungkan  azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja, pertama 30 minit sebelum  subuh dan kemudian azan subuh. Saya ingin tahu daripada Zahid adakah  kerajaan negeri Perlis juga tidak sensitif terhadap agama Islam ....
 
Dr Juanda berkata ia adalah amalan yang menepati kehendak sunah Nabi Muhammad s.a.w. 
 
Sementera itu, mantan Mufti  Perlis Prof. Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin juga menyokong fatwa  tersebut yang disifatkannya sebagai arahan nabi dan selaras dengan  kehendak syarak.
 
Dr Asri, anak kelahiran Pulau Pinang, berkata apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.  
 
http://kudaranggi.blogspot.com 
 
DD
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
 
kejap lagi pulau pinang jadilah cam singapore...azan pun tak boleh...baca alquran pun tak leh..syabas DAP....ko memang terer cam freemason dalam mempermainkan islam.....
BalasPadamMesut Ozil: Perlis Negeri naungan UMNO dan lame wat larangan baca al-quran di pembesar suara... adakah UMNO terer macam Freemasom jugak?????
BalasPadam