Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 24, 2011

Tungging terbalik Najib untuk kekal berkuasa



Oleh Charles Santiago

23 OGOS – Manipulasi adalah taktik lumrah di kalangan diktator. Di Malaysia, orang yang melakukan manipulasi ini adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Seperti imbasan kembali Malaysia pada tahun-tahun 1980-an, yang mana negara masa itu diperintah oleh Dr Mahathir Mohamad yang melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, Najib kini bersekongkol dengan kumpulan kaki buli untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat.

Inilah pujian paling jujur yang boleh saya berikan kepada Perdana Menteri kita.

Belum pun sempat kita menilai pengumuman Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya, beliau telah pun membuat aksi putaran dengan mengatakan pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada keputusan PSC.

Kenyataannya memberi petunjuk jelas kepada kita bahawa Najib tidak serius dalam soal melakukan perubahan untuk sistem pilihan raya negara kita. Dan mengapa perlu dia membuat perubahan?

Menipu undi, pengundian hantu, undi pos dan ketidakadilan dalam sistem adalah perkara-perkara yang Najib perlukan untuk mengekalkan jawatannya sebagai orang paling penting di negara ini.

Penyalahgunaan amalan dalam sistem pilihan raya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Ia telah diamalkan sejak sekian lama oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk bergayut kepada kuasa tanpa perlu mematuhi undang-undang.

Melalui kenyataan Najib, kita boleh membuat andaian bahawa pilihan raya umum yang akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah politik Malaysia.

Atau kita boleh mengandaikan alasan-alasan untuk kenyataan beliau yang tungging terbalik itu, yang banyak dikeluarkan sejak beberapa bulan lalu, bahawa sudah wujud perpecahan besar dalam UMNO, dan Perdana Menteri sedang menghadapi tekanan berat untuk tunduk kepada para pemimpin partinya sendiri.

Tidak berapa lama dahulu, dunia menyaksikan revolusi bumi Arab. Beratus ribu rakyat berhimpun di jalanan untuk menuntut hak mereka daripada para pemimpin yang dikatakan tiada siapa yang mampu menggantikan mereka. Saya bercakap tentang Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi dan Zine al-Abidine Ben Ali.

Para penunjuk perasaan telah digerakkan oleh semangat enggan hidup sebagai hamba. Mereka bersemangat mahu menghentikan tindakan mana-mana pemimpin yang memijak harga diri dan hak asasi mereka.

Kebangkitan rakyat Arab itu tidak akan berhenti sehingga para pemimpin yang memerintah mereka melalui pemerintahan diktator, kuku besi dan korup, dijatuhkan.

Kita juga telah menyaksikan sejarah di negara kita pada 9 Julai lalu di mana berpuluh ribu rakyat Malaysia berhimpun secara aman di jalan raya untuk menuntut supaya jumlah undi yang mereka berikan sama dengan keputusan jumlah undi yang dikira.

Mereka meredah gas pemedih mata, meriam air dan anggota polis anti-rusuhan yang menghayun cota untuk menuntut supaya kerajaan tidak memijak hak mereka untuk mengundi dalam sistem yang bebas dari salah guna dan penipuan.

Sebaliknya, kita telah melihat bagaimana Najib dan menteri-menterinya telah menolak mentah-mentah apabila isu warga asing yang menjadi pemastautin tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi didedahkan.

Najib dan para menterinya juga tidak menyatakan pendirian tentang pengakuan pegawai-pegawai tentera yang menyatakan mereka telah mengundi bagi pihak beratus-ratus pengundi lain.

Melalui aksi terbarunya, Najib telah menghancurkan segala khayalan bahawa sistem pilihan raya di negara ini adalah bebas dan adil. Ia adalah pengakuannya yang sudah termaktub.

Kita sebagai rakyat perlu bangun dan menuntut supaya kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO tidak memijak hak kita untuk mengundi dalam satu sistem yang tidak bersifat anti-rakyat dan tidak korup.

Kerana apabila rakyat bangun secara aman, Najib dan kerajaannya akan tumbang. – Roketkini.com

Penulis adalah Ahli Parlimen DAP Klang

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive