Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 21, 2011

Tak Ada Makna Umum Laksana Reformasi Kalau Tidak Dengar Keputusan PSC


SHAH ALAM 20 OGOS : Jangan hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Itu ingatan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersabit pengumumannya bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa pun.

Najib sebelum ini dilihat mahu melaksanakan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya pada Oktober ini setelah kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipersoal.

Namun belum pun reda pertikaian rakyat tentang isu daftar pemilih yang bercelaru dan pengakuan lima bekas anggota tentera yang disuruh memangkah ribuan kertas undi pos, Najib sebaliknya berkata, pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat terhadap PSC yang ditubuhkan.

"Kalau dia (Najib) mahu tengok satu perjalanan yang lebih bersih dan adil maka dia kena tunggulah apa-apa saranan daripada jawatankuasa parlimen ini dan melaksanakan (keputusan) supaya semua pihak berpuas hati tetapi sekadar nak tubuh, lepas itu nak buat pilihan raya lebih awal jadi tak ada maknalah (ia ditubuhkan).

"Kita bercakap mengenai satu perubahan cara pilihan raya yang rata-rata pemimpin BN bercakap tak perlu, semua (kata) sudah ok. Jadi kalau kita menyerahkan majoriti jawatankuasa kepada orang yang tak berminat dengan satu perubahan yang positif kepada perjalanan pilihan raya, kita tak nampak jawatankuasa pilihan raya ini akan berjaya (tapi) dimanipulasi dan tidak ada apa yang signifikan yang akan dilakukan pada pilihan raya akan datang,"jelasnya kepada Tv Selangor.

Menurut Najib, pilihan raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak perlu terikat dengan keputusan yang dibuat oleh PSC mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya negara.

Perdana menteri berkata, kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan dengan cepat di samping masa yang singkat.

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' semalam.

Namun menurut Hatta, reformasi pilihan raya memerlukan kesungguhan dan iltizam yang tinggi dan bukanlah sekadar penubuhan jawatankuasa yang kemudiannya tidak didengari keputusannya pada pilihan raya umum ke-13.

Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat tidak akan berhenti daripada terus mempertahankan syarat-syarat yang dikemukakan sebelum ini dan akan membuat keputusan sama ada akan menyertai jawatankuasa itu atau tidak.

"Kita akan memperjuangkan dan berhujah, biar rakyat sendiri meneliti betapa seriusnya kita (Pakatan Rakyat), betapa seriusnya mereka (Barisan Nasional).

"(Tetapi) sama ada kita menerima untuk menyertai jawatankuasa ini kita akan tengok macam mana perkembangan selanjutnya apabila kita membuat desakan-desakan ini,"katanya lagi.

Najib semalam memberitahu, adalah mustahil untuk Pakatan Rakyat meletakkan wakil mereka untuk mengetuai jawatankuasa itu seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Katanya, individu yang akan dilantik mengetuai jawatankuasa itu tentunya dari parti majoriti di parlimen.

Malah ujarnya, pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive