Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 08, 2011

Wanita Mati Dikerat : Lapan Ditahan Bantu Siasatan


KUALA LUMPUR 7 OGOS : Polis menahan lapan lelaki warga asing semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita dikerat di sebuah unit pangsapuri di Ampang, Rabu lepas dan menemui sejenis alat yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan kejam itu.

Tujuh dari lapan lelaki itu ditahan dalam serbuan kira-kira 12.20 tengah malam semalam di sebuah rumah, yang terletak dalam blok yang sama dengan lokasi pembunuhan kejam itu, manakala seorang lagi di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, alat tersebut yang ditemui ketika serbuan dilakukan di rumah suspek bagaimanapun bukanlah sejenis senjata.

Bagaimanapun, alat itu dipercayai digunakan untuk membunuh dan mengerat mangsa.

Katanya, suspek berumur antara antara 26 hingga 38 tahun merupakan pekerja pembersih di kawasan apartment tersebut, pekerja restoran serta pekerja hotel dan telah menetap di Malaysia antara dua minggu hingga satu tahun.

Kesemua mereka di tahan reman sehingga Sabtu depan.

Mengulas lanjut berhubung pemilik rumah tempat mayat wanita tersebut ditemui, Mohd Adnan berkata polis telah mengambil keterangan dari pemilik unit pansapuri itu yang merupakan seorang warga tempatan.

Polis mendapati pemilik rumah itu tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Manakala hubungan antara kanak-kanak yang turut ditemui dengan mangsa, beliau berkata ia masih dalam proses patalogi serta motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Rabu lepas, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing berumur 30 an dan seorang kanak-kanak lelaki yang dianggar berusia antara lima dan enam tahun.

tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. Highlander8/8/11 1:13 PTG

    Apalah nak jadi dgn dunia sekarang ni!Senang2 je bunuh orang!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive