Ahad, Ogos 28, 2011
Berita 'murtad' TV3 palsu, kata NGO
Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.
Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud.
Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.
"Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.
Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.
"Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu," kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.
"Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.
"Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud," katanya.
Fariz (kiri) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.
"Nama surau 'Al-Musyrikin' seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.
"Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti 'al-Musyrikin' (kafir).
"Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin," kata Fariz.
Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.
"Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.
"Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana," kata Fariz.
NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.
Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3.
MK
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2011
(1908)
-
▼
Ogos
(154)
- Terpacak
- Najib Hilang Sokongan, Rakyat Mahu Kjaan Baru
- Lihat Teks Penuh Ucapan Mat Sabu, Utuseks memandai..
- Sikit Punya Hal Tetapi Besar Kesannya
- Derita model seluar dalam
- Tahap puas hati terhadap Najib jatuh enam mata
- AIDILFITRI - Antara Ibadah dan Adat
- Pesanan Hari Raya dari Tuan Guru Nik Abd Aziz
- SALAM AIDILFITRI
- GUNA KANAK-KANAK JUAL MERCUN
- Penerbit cabul wanita diarah bayar RM9 juta
- Blogger UMPORNO salah fakta pasai tak faham Bahasa...
- KECOH!!! Ceramah politik di Masjid Alor Mengkudu
- Safiq Rahim ke Eropah
- LOKASI SPEEDTRAP SEMPENA HARI RAYA 2011
- LAWAK AHAD: OUTSTATION
- Berita 'murtad' TV3 palsu, kata NGO
- 'Burukkan' MP, TV3 Digesa Mohon Maaf
- Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih
- Kes Liwat II – Buat Saja Macam Filem Tamil
- Naik berahi dalam bas
- UMNO terdesak hingga tersedak
- Apa ada pada puasa ?
- Liwat Fasa 2: Anwar Ibrahim Sedang "Perangkap" Naj...
- Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam
- Garuda Periksa Payudara Calon Pramugari
- Bukan anak kite je mati andeh!
- Wartawan TV3 dakwa kena gangguan seksual
- Mengapa Hujah SPR Ada Kepincangan?
- Najib, Rosmah Akan Beri Keterangan Di Mahkamah
- 4 hari kurung kekasih suami
- Solat Dalam Keadaan Mengantuk
- Lebih ramai Melayu sertai DAP, makin susah UMNO ma...
- PENGARAH JPN BERKEMPEN UNTUK BN?
- POLIS GUNA PATUNG MONYET
- Tungging terbalik Najib untuk kekal berkuasa
- BAPA TOLAK 3 ANAK KE DALAM KOLAM
- ARTIS KOMEDI NEGARA DIGILAI WANITA?
- Lawak yg kena keluaq modai
- Umno Semakin Hilang Punca,Saat Terbaik Tawan Putra...
- PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi Jais
- Anwar kemuka bukti dakwaan Saiful palsu, jalin hub...
- LAGI BLOG BERTUKAR MENJADI LUCAH (U)
- Harga barang naik tapi kerajaan boros
- Jari Kaki Saya Pun Ketawa Dengar SPR Kata Kesilapa...
- Penemuan 50 kubur dalam hutan
- PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT JGN TIDOQ!!!
- TANDA-TANDA KECIL NAK PILIHANRAYA
- LAGI BLOG BERTUKAR MENJADI LUCAH
- UMNO dah mula retak?
- Maut kena petir waktu guna telefon
- LAWAK AHAD: BUDAK DI DALAM
- Tak Ada Makna Umum Laksana Reformasi Kalau Tidak D...
- Wanita dakwa dicabul 11 polis
- Sidang DUN Perak Seperti Main-Main
- Lima Polis Didakwa Rompak Warga Bangladesh
- How to use your Samsung Galaxy S2 as a portable Wi...
- LINK BACAAN AL-QURAN DAN TERJEMAHAN
- MALAYSIA TANAH AYAQ KU
- PATUTLA BN DOK MENANG SELAMA NI...KAH! KAH! KAH!
- Rasullulah SAW Pengsan Dengar Siksaan Neraka
- Wawancara di TV3: Hakim mesti bertindak, kata Karpal
- Kes Qazaf - Anwar di Mahkamah Syariah Tolak wakil ...
- 3 beranak maut nahas selepas beli baju raya
- Dipenjara rakam wanita buang air kecil
- Kes Fitnah Liwat II : Bekas IGP Juga Enggan Jadi S...
- PENGAKUAN BBC bakal talkinkan umno apco.. kah kah kah
- Lebih banyak penyelewengan Felcra akan didedah
- Dakwa dibogelkan, ahli PSM serah memo ke Bukit Aman
- APA KEJADAH BERPAKAIAN SEKSI DEPAN MASJID?
- PKR Dakwa Ada Bukti BN Seludup Pengundi
- VIDEO: POLIS CARI MAKAN
- Sejarah Nuzul al-Quran
- Imam kecewa selepas ditangkap dalam BERSIH
- Zaman tipu lembu berkaca mata hijau sudah berlalu
- Talian hayat Umno terlondeh satu persatu
- BLOG POLITIK BERTUKAR JADI BLOG LUCAH
- Bongkarr..Maklumat "Dalaman" JAIS,Umno Terlibat..?...
- Pemimpin Umno BN takut bahas, sidang DUN Perak cum...
- LAWAK ANTARABANGSA; MCA DAN GERAKAN DAH TAK RELEVE...
- Jawapan SPR macam Pak Pandir
- Di London Rakyat Mengamuk. Di Malaysia Polis Yang ...
- BERSIH 2.0: SAPA2 YANG TAK DAPAT RM50 SILA TANYA R...
- Panas!! Cara SPR Membantu BN Menipu
- LIN DAN TEWASKAN LIM CHONG WEI
- Zahid Hamidi Jahil hukum agama ?
- Isu larang guna mikrofon baca al-Quran, Zahid Hami...
- LAWAK AHAD: KISAH DUIT UNTUK RENUNGAN SEMUA
- BN tak tahu beza rusuhan, himpunan aman
- Blog Webmarhaen Melucah Di Bulan Posa?
- Campak kaki bapa luar rumah
- Jangan sempitkan Islam dengan politik kaum
- Bekas komando TUDM pula dedah penipuan undi pos
- Kemaruk Seks: Belasah isteri waktu sahur
- Simbah asid selepas perkosa
- Gerakan Cegah Murtad ditubuh
- Belum Ada Petunjuk Bila Boleh Temubual Najib, Rosm...
- Banduan penjara di Kelantan dakwa dibogelkan
- Kelebihan Bersahur
- PM ada 11 pegawai media mengejutkan
-
▼
Ogos
(154)