Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 08, 2011

ANALISIS: KTM Komuter Celaru: Kementerian Pengangkutan Haru-Biru!!

ANALISIS





Secara ringkas, boleh dikatakan mutu perkhidmatan KTM Komuter kini sebenarnya mirip mutu keretapi di Indonesia terutama di Pulau Jawa pada awal 1980 an.



Daif, sesak macam dalam tin sardin, busuk, serba kekurangan, malah sangat tidak efisen dari segi apa jua spesifikasinya termasuk lebih 15 set tersadai pada satu-satu masa, menunggu alat ganti entah bila kunjung tiba.



Tekanan yang dirasai sejak zaman Ling Liong Sik menjadi Menteri Pengangkutan, hinggalah Kong Cho Ha yang masih pening memikirkan bagaimana penyelesaian terhadap mutu perkhidmatan KTM Komuter masih belum menampakkan cahaya di hujung terowong.



Langkah membeli 38 set lokomotif keluaran negara China, hanyalah penyelesaian sementara yang tidak akan menyelesaikan isu berbangkit tentang prestasinya sendiri.



Cho Ha seharusnya meneliti kandungan dalam cadangan penstrukturan semula sistem pengangkutan di Lembah Klang yang semakin menyesakkan nafas lebih 4.7 juta penghuninya.



Walaupun penyelesaian pembelian set lokomotif hanya menyelesaikan 20 peratus daripada masalah asas perkhidmatan itu, ia masih jauh dari tahap memuaskan.



Rakyat mahukan penyelesaian jangka panjang di sebalik pengumuman penjimatan dan potongan subsidi petrol RM4 bilion yang diumumkan bekas Perdana Menteri Pak Lah hingga dipaksa rakyat membeli bahan bakar itu pada harga paling tinggi dalam sejarah, RM2.70 seliter pada 2008.



Persoalannya, ke manakah wang sebanyak itu dibelanjakan??



Apa hasil yang terlihat depan mata dengan nilai sebesar itu yang secara perbandingannya boleh membeli seluruh kawasan elit Bukit Bintang di Kuala Lumpur.



Belum lagi terlihat skandal pembelian set lokomotif dari China ini, setakat ini, tetapi adalah diharapkan tekanan yang diterima Cho Ha dapat dijadikan pengajaran, betapa hingga TIGA menteri pun masalah yang melanda KTM Komuter masih belum lagi selesai.



Kita lihat apakah janji Cho Ha dalam memperbaiki mutu perkhidmatannya akan menjadi satu pencapaian palsu kementerian, atau hanya manis di bibir saja, tidak lama lagi.



JALAN PULANG





Apabila tren yang baru dibeli daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive dari China memulakan perkhidmatan bagi laluan KTM Komuter menjelang akhir tahun ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan tempoh menunggu lebih 30 minit yang begitu menyeksakan di kalangan pengguna tren ketika waktu puncak.



Pengguna sepanjang laluan Rawang-Sungai Gadut, Batu Caves-Pelabuhan Klang, Sentul-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Rawang akan mendapat manfaat daripada muatan tambahan tren itu yang secara teknikal dikenali sebagai Unit Tren Elektrik atau EMU.



Sebanyak 38 EMU yang pertama akan tiba bulan depan dan akan diuji sebelum memulakan perkhidmatan.



Kira-kira 100,000 pengguna akan bersesak-sesak dalam tren Komuter KTM setiap hari pada Isnin hingga Jumaat untuk bergerak dalam kira-kira 20 set EMU bagi tiga tren yang ada kepada mereka.



Daripada satu jadual selang 15 minit pada satu-satu masa, yang secara teori memerlukan sekurang-kurangnya 36 EMU untuk disediakan setiap hari oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd atau KTMB, ia melambatkan kepada selang 20 minit atau secara teori bermakna 25 EMU.



Malah KTMB juga tidak mempunyai 25 EMU.



Sejak September 2009, kebolehsediaan mereka menurun kepada sekitar 21 EMU setiap hari kerana tren yang rosak yang tidak dibaiki daripada 62 EMU pada satu-satu masa.



Pada hari yang malang, ia boleh menurun kepada 15 hingga 18 EMU sehari.



Justeru, kelewatan 40 minit atau lebih pada sesetengah sektor bukan sesuatu yang jarang berlaku dengan tren KTM komuter yang sentiasa sesak dengan penumpang pada Isnin hingga Jumaat.



Ia menguatkan kenyataan bahawa tiada kekurangan penumpang bagi tren KTM komuter memandangkan kosnya yang secara relatifnya murah kerana ia cuma RM6 dari KL Sentral ke Seremban.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata bahawa kerajaan memutuskan untuk memperbaiki keadaan melalui beberapa inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam.



Selain meningkatkan kapasiti, Kong berkata, langkah-langkah juga dibuat bagi meningkatkan bilangan penumpang setiap hari kepada 600,000 pengguna kenderaan awam di Lembah Klang menjelang akhir 2012.


Jumlah penumpang harian ketika ini adalah kira-kira 240,000 bagi pengangkutan awam di Lembah Klang, dianggarkan mewakili 10 hingga 12 peratus daripada jumlah penduduk di pusat bandar yang tersibuk di negara ini.



Kong menjelaskan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang sudah pun melimpah ruah terutama bagi khidmat tren (KTM Komuter, RapidKL, LRT dan Monorel).



Beliau menjelaskan keadaan yang sedemikian mendesak memerlukan tambahan kapasiti bagi lebih 360,000 orang untuk menukar daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.



Mengulas potensi peningkatan, 58 peratus atau 207,000 merupakan penumpang tren dan 42 peratus atau 153,000 bagi bas.



Tren akan menjadi penyumbang terbesar dengan KTM Komuter menyumbang sekitar 95,000 penumpang, laluan LRT Kelana Jaya 62,000 dan LRT Ampang 33,000.



Langkah pertama ke arah meningkatkan kapasiti itu berlangsung pada akhir 2010 apabila empat gerabak set tren diperkenalkan pada laluan LRT Kelana Jaya, laluan tren paling sesak di Lembah Klang, berbanding dua gerabak set tren.






jalanpulang1978


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. rakyat kelate8/8/11 9:43 PG

    menyokong kerajaan negeri kelantan dalam tuntutan royalti minyak ini sedang Online di alamat http://www.ipetitions.com/petition/royaltiminyakkelantan/

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive