Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 18, 2011

Dipenjara rakam wanita buang air kecil



Seorang pekerja am dihukum penjara 13 hari dan didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di Klang setelah mengaku bersalah merakam video seorang wanita sedang membuang air kecil di tandas sebuah hospital menggunakan telefon bimbit, bulan lalu.

Khairulsfairuse Ahmad Madli, 30, didakwa merakamkan video tersebut menggunakan telefon bimbit jenis Sony Ericsson di dalam tandas wanita Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras di sini pada pukul 10.45 pagi, 7 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Husin mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd. Nasir turut mengarahkan rakaman video itu dipadam dan dihapuskan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa ternampak kelibat seorang lelaki sedang merakamnya membuang air kecil dengan menggunakan sebuah telefon bimbit.

Mangsa yang terkejut dengan perbuatan itu menjerit dan melarikan diri namun sempat mengunci pintu tandas wanita terbabit.

Tertuduh yang tidak dapat melarikan diri kerana terkunci, akhirnya diberkas oleh pihak polis selepas pengadu membuat laporan kepada pihak berkuasa.



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. malunyer... org kencing pun jadi... ape nak jadi...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive