Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 23, 2011

Umno Semakin Hilang Punca,Saat Terbaik Tawan Putra Jaya

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO kini terumbang-ambing untuk mencari isu baru yang boleh digunakan bagi memburukkan imej PR. Setakat ini kesemua isu yang dibawa oleh Umno gagal samasekali dan kebanyakannya memakan diri sendiri.
 PRU ke 13 nanti, satu-satunya PRU yang paling selesa untuk PR menguburkan Umno/Bn dan kita hanya perlu bekerja lebih kuat lagi agar segala maklumat dan tipu daya mereka disampaikan kepada seluruh rakyat.


Umno cuba bermain dengan isu JAIS memasuki gereja kononnya untuk menggambarkan Kerajaan PR Selangor di bawah PKR gagal tangani isu murtad. Apabila Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas dengan menyerahkan siasatan kes ini kepada JAIS dan tidak melatah dengan mainan politik Umno, maka gagal lagi helah parti sekular ini. Kerajaan Negeri Selangor merujuk isu ini kepada Sultan Selangor selaku Ketua Agama, dan dibentuk pula Majlis Syura yang melibatkan Mufti Selangor, maka bertambah kecewa Umno untuk terus bermain dengan isu yang dianggap kontroversi ini.

Tindakan bijak PAS yang tidak terperangkap dengan helah Umno untuk memecahbelahkan hubungan di antara Exco Agama Dr Hassan Ali dengan pimpinan PAS serta Kerajaan Negeri Selangor tentunya mengecewakan Umno. Akhirnya isu ini menjadi basi dan tidak lagi sehangat awalnya. Apa yang timbul, Umno dipersalahkan kerana lebih 50 tahun mereka memerintah negara ini namun parti ini tidak pernah serius dengan gejala murtad. Tidak kurang dari dua atau tiga kali PAS pernah usulkan di Parlimen agar Undang-Undang Murtad ini dipinda, namun Umno tidak pernah peka dan sensitif. Sekarang, Umno cuba untuk menjadi hero membela Islam kononnya.

Timbul pula isu melarang penggunaan pembesar suara sewaktu membaca Al-Quran diwaktu Subuh di P.Pinang. Umno terus menonjolkan diri untuk menjadi juara membela Islam di P.Pinang pula. Zahid Hamidi secara tiba-tiba bersuara di dalam hal ini dengan menggunakan akalnya yang cetek di dalam membicarakan soal hukum agama. Beliau mahu menunjukkan kehebatannya dalam aspek hukum mengatasi Majlis Fatwa P.Pinang. Perangkap tidak menjadi, rupa-rupanya larangan tersebut telah lama dikuatkuasakan di Perlis sebuah negeri di bawah Umno. Gagal lagi Umno di dalam isu ini.

Jelas, Umno semakin terdesak tambahan pula apa yang mereka cuba rahsiakan selama ini terbongkar. Skandal SPR dan JPN ternyata meresahkan Umno kerana kesemua bukti yang didedahkan oleh PR tentang salah laku dan ketidak kecekapan badan ini amat sukar ditangkis lagi. Najib akhirnya terpaksa akut untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas di Parlimen untuk menangani isu yang sudah terbongkar ini. Namun, putar belit Najib terserlah apabila menyebut PRU akan diadakan tanpa mengira apa jua yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas ini nanti. Ertinya, Jawatankuasa Khas yang ingin ditubuhkan tersebut hanya topeng semata-mata untuk meredakan tekanan yang dihadapi oleh SPR dan JPN.

Harus kita ingat, tiada apa lagi yang boleh kita percaya dari mulut Najib. Kita harus fokus untuk terus bekerja kuat meyakini rakyat bahawa negara ini lebih selamat jika Umno/Bn dapat disingkirkan dari Putrajaya. Inilah saat paling baik buat PR, dan jangan lepaskan peluang ini. Jangan benarkan Umno bernafas walaupun sesaat./wfauzdin.blogspot.com



DD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

1 ulasan:

  1. cara terbaik, dua2 parti sama2 perbaiki salah diri dan berkhidmat untuk rakyat

    Entri Terhangat!! :
    Justin bieber Break ??
    Justin Bieber Disemadikan.....!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive