Ahad, Januari 11, 2009
Vigil anti perang, polis tahan 21 orang
Sat | Jan 10, 09 | 9:03:01 pm MYT
Terkini|KUALA LUMPUR, 10 Jan (Hrkh) - Seramai 21 orang ditahan polis sebentar tadi di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur ketika orang ramai berhimpun untuk vigil anjuran Gabungan Anti Perang.
Menurut Norlaila Othman salah seorang aktivis yang turut ditahan, pihak polis telah membuat provokasi sehinggakan kumpulan yang berhimpun tidak berkesempatan untuk bersurai.
Sebelum itu, Harakahdaily dimaklumkan para peserta perhimpunan telah berhimpun di sekitar bangunan Majlis Peguam dan mula berarak ke Dataran Merdeka.
Ketika menghampiri kawasan Dataran Merdeka, para aktivis mula memasang lilin dan membuka 'banner' 'anti perang' tetapi telah dihalang oleh pihak polis atas alasan perhimpunan tersebut adalah perhimpunan haram dan tidak mendapat permit.
Ketika itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Mohd Nasir Hashim cuba untuk berunding tetapi tidak dilayan.
Sementara itu, anggota cawangan khas yang turut berada di lokasi perhimpunan telah mula membuat provokasi dengan membuat bising,marah-marah dan merampas 'banner' yang dibawa.
Tambah Norlaila, setelah itu, seluruh kawasan tersebut telah dikepung oleh pihak polis dan tidak memberi peluang untuk para aktivis beredar.
Katanya, pihak polis kemudian telah mengeluarkan arahan untuk menangkap semua yang berkumpul.
Antara yang ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi ketika ini ialah Charles Santiago, Dr Nasir, Norlaila, Ahli Parlimen Kuala Langat,Abdullah Sani;Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),S Arutchelvan;Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,Kamaruzaman Mohamad; Aktivis PSM, Nashita dan anaknya Ammar. - mks
Sabtu, Januari 10, 2009
PAKEJ MERANGSANG UNDI

Datuk Seri, penyokong anda ini perlukan pakej rangsangan fiskal dengan segera untuk memperbaiki teratak usangnya. Inilah masa yang sesuai untuk menghuluqkan segala bantuan, dana dan pakej rangsangan supaya rakyat lebih terangsang untuk mengundi bn. Maklumlah sejak akhir-akhir ini rakyat sudah tidak bernafsu terhadap bn.
SMS MURTAD
Isi sms tersebut berbunyi begini:
Lina Joy(Azlina Johari)n Dato'Azhar Mansor yg mhon murtad,tlh mnang d court.P'tbuhan mlyu kristian(IFC) tlh dluluskn utk dtbuhkn Marilah semua ke www.myislamnetwork.net utk BANTAHAN!Ckup 1juta petisyen IFC akn dbubarkn,skrg bru 30ribu,sbr2kn,biar krdt t'gadai! Jgn islam t'gdai! Forward plez!
Bila aku check kat www.myislamnetwork.net ternyata sms tu palsu. Pihak MyIslamNetwork.net berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah sedemikian rupa dari mereka yang tidak bertanggungjawab.
Pengumuman MyIslamNetwork.net
Assalammualaikum & Salam Sejahtera;
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada MyIslamNetwork.net terutama sahabat-sahabat yang menghantar info, terlibat dalam diskusi forum dan perbincangan. Laman ini dalam proses penambahbaikan dan penukaran format CMS. InsyaAllah sedang dikemaskini untuk manfaat semua.
Namun demikian pihak urusetia MyIslamNetwork.net menerima aduan bahawa masih wujud individu-individu yang tidak bertanggungjawab menghantar SMS palsu tuduhan tentang Persatuan Melayu Kristian dan makluman murtad individu tertentu, justeru sms tersebut meminta orang ramai mengunjungi web ini untuk membuat petisyen secara online. Ingin dimaklumkan bahawa:
(a) SMS itu adalah palsu tidak diedarkan oleh mana-mana NGO-NGO Islam gabungan PEMBELA dan sidang redaksi MyIslamNetwork.
(b) SMS yang sama telah diedarkan sebelum ini di mana penafian yang sama telah dibuat sewaktu sebelum keputusan kes Azlina Jailani.
(c) Petisyen Rakyat yang diselenggara oleh MyIslamNetwork.net telah pun menepati jumlahnya dan telah dihantar ke Majlis Raja-Raja tahun lepas beserta memorandum. (Sila rujuk koleksi arkib dari web). Tandatangan tersebut telah disusun kepada 81 julid buku dengan penandatangan hampir 800,000 orang.
MyIslamNetwork.net berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah sedemikian rupa dari mereka yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Editor [ webmaster@abim.org.my This e-mail address is being protected from spambots, you need JavaScript enabled to view it ]
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE