Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 13, 2009

2 BUKIT TUNGGU HABUAN

Masa kempen pilihanraya kecil baru-baru ni,tiap-tiap hari kerajaan umum nak bagi macam-macam habuan. Pakej rangsangan peniaga la,kontraktor la,tabung nelayan la,cek tunai dalam masa sehari la.Lani senyap sekejap. Tup-tup ada pulak pilihanraya kecil, dua tempat pulak tu.Tengok la dekat nak pilihanraya kecil 2bukit ni nanti, mesti macam-macam habuan pulak disurehebohkan oleh kerajaan BN.

Pak-pak menteri pun akan sentiasa terangsang untuk berada di Bukit Gantang ataupun Bukit Selambau berkampung di sana. Mereka dah takkan pandang Bukit Bintang atau Bukit Damansara maupun Bukit Antarabangsa.Masa tu la nak tunjuk mesra rakyat.Kononnya la,bila masuk tv bagi beras sekampit dua kepada penduduk kampung atau estet.

Hari ni kalau hangpa pi Bukit Gantang ka,Bukit Selambau ka masih belum nampak seorangpun kelibat pak-pak dan tuk-tuk menteri di sana. Masih awal lagi kot untuk berbakti ataupun meninjau nasib rakyat.Tunggu pilihanraya baru turun...

PERTARUNGAN SERENTAK 7 APRIL

Pertarungan serentak pilihanraya kecil di dua buah bukit iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan diadakan pada 7 April 2009. Tarikh untuk menamakan pahlawan masing-masing adalah pada 23 Mac 2009.

Harus diingat ini bukanlah pertandingan makan durian.

Khamis, Februari 12, 2009

TIADA PERMIT,TIADA GAS PEMEDIH MATA



Lebih 1,500 ahli Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) dan UMNO Selangor mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan sokongan kepada Institusi Raja-Raja Melayu dan membantah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang hendak menyaman Sultan Perak berhubung dengan perlantikan Menteri Besar Perak. Perhimpunan yang dimulakan di hadapan bangunan UMNO Selangor itu kemudiannya berarak ke Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam bagi membuat laporan polis terhadap Karpal.

Tapi tak thrill la...tak nampak asap pun..tak nampak pun gas pemedih mata di lancarkan sewaktu demonstrasi.Mana syok beb!!! Tak pedihkan mata...Aku rasa permit pun takdak ni? Boleh lepas pulak tu...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive