Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 27, 2010

PAS, NGO bantah acara maksiat Pesta Balok



KUANTAN: PAS Kawasan Indera Mahkota membantah Pesta Balok anjuran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana menganggap banyak pengisian programnya menjurus ke arah keruntuhan moral sehingga boleh mencemarkan kemuliaan bulan kelahiran Nabi ini.


Sehubungan dengan itu Yang Di Pertuanya, Nasrun Amir Abdullah, mahu pesta yang berlangsung di pantai Balok dari 26 hingga 28 Februari ini diisi dengan acara-acara yang mendatangkan faedah.

Dalam kenyataannya yang ditujukan kepada Yang DiPertua MPK, Nasrun berkata penganjuran Pesta Balok yang bermula pada 26 Februari ini jatuh pada hari kebesaran Islam iaitu hari Maulid Nabi Muhammad.

“Penganjuran program ini bertentangan dengan akhlak Islam yang menyuruh kita menghormati Rasul kelahiran kita, Nabi Muhammad SAW. Kami percaya bahawa kita yang beragama Islam sepatutnya mengisi hari tersebut dengan program yang lebih mendatangkan faedah seperti menganjurkan hari maulidurrasul dan pihak tuan masih boleh mengekalkan acara forum perdana dan pengisian lain yang bersesuaian”.

“Program-program sukan, pameran, jualan dan ceramah perdana merupakan program yang baik dan kami tidak membantah malahan kami menyokongnya”.

“Namun program Karaoke 60’an, Bintang Kecil dan Wayang Kulit dilihat tidak bersesuaian diadakan kerana ianya menjurus kearah keruntuhan moral dan akhlak muda-mudi”.

Serentak dengan itu Nasrun mengharapkan pihak MPK dapat menilai serta membatalkan program yang di lihat tidak bersesuaian dan mencemarkan bulan yang suci ini.

“Jika di Pulau Pinang apabila keluar berita kerajaan negeri tidak membuat perarakan Maulid Nabi, kita lihat aktivis Umno bukan main lagi marah. Di Pahang bukan sahaja tiada perarakan malah diisi dengan program maksiat. Jadi kalau Umno prihatin pertahan agama, silalah berdemo bantah MPK,” ujar Nasrun.

Sementara itu, Gabungan Badan Gerak Dakwah Pahang (BARAKAH) yang berpusat di Kuantan, turut menghantar memorandum kepada Yang DiPertua MPK membantah penganjuran pesta Pantai Balok.

Dalam memorandum yang turut dihantar kepada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Kadhi Daerah Kuantan, BARAKAH yang dianggotai oleh 14 buah badan gabungan bukan kerajaan (NGO) memandang berat penganjuran Pesta Pantai di Pantai Balok.

Ini memandangkan tarikh penganjuran tersebut jatuh, ketika umat Islam sedang meraikan tarikh kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Hari yang bersejarah dan mulia itu yang seharusnya diraikan dengan mengingati akhlak mulia,sifat kasih sayang dan risalah suci dan agung Baginda saw. Segala program yang dianjurkan semestinya berpaksikan sedemikian.

Menurut memorandum yang tandatangani pengerusinya Amidi Datuk Abdul Manan, BARAKAH melihat bahawa pesta ini sesungguhnya akan mencemarkan kemuliaan sambutan maulidurasul yang disambut diseluruh negara. Sepatutnya pihak Majlis Perbandaran Kuantan selaku Pihak Berkuasa Tempatan turut serta dan berkerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang meraikan sambutan maulidurasul ini sesuai dengan tema memantapkan ukhuwah perkasakan ummah dengan sambutan yang menepati syariat Islam dan tidak melalaikan.

Persoalannya, adakah pihak MPK berani untuk menganjurkan aktiviti seumpama itu jika ia jatuh pada Hari Kemerdekaan, Hari Hol, Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung atau Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang? Sudah tentu aktiviti yang diadakan akan mengambil kira unsur yang sesuai dengan tarikh tersebut.

Memorandum yang turut dihantar kepada Siasah itu turut mempersoalkan Adakah cerita wayang kulit dan persembahan kebudayaan yang dipertontonkan berkisar kepada kisah kelahiran Baginda Rasul? Jika ya, tahniah diucapkan. Adakah pertandingan karaoke lagu-lagu 60'an juga hanya membenarkan nasyid yang berkaitan dengan kelahiran Baginda? Begitu juga apakah kaitan pertandingan pukul bantal dan sebagainya dengan Maulidur Rasul? Walaupun ada ceramah perdana, namun ia jelas hanya sebagai selitan bagi mempelbagaikan aktiviti.

Di ketika Masyarakat Malaysia dan YAB Perdana Menteri telah melahirkan rasa terkejut terhadap akhlak buruk remaja ketika berlakunya pembakaran janin bayi baru-baru ini, seharusnya aktiviti yang dianjurkan menjurus kepada pembasmian anasir keruntuhan akhlak seperti percampuran bebas, hiburan melampau, lepakan tanpa tujuan murni. Sebaliknya BARAKAH melihat Pesta Pantai ini lebih condong kepada menggalakkan budaya hiburan yang melalaikan serta percampuran bebas lelaki dan perempuan.

sidangonline





Jumaat, Februari 26, 2010

ISU ROYALTY DARI KACAMATA PENGGEMAR TEH TARIK

Isu Royalty minyak yang masih hangat diperdebat sememangnya satu Isu besar. Sehinggakan bagi menangkis gesaan GEGAR ( Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat) pihak Kerajaan Pusat terpaksa memberi penjelasan melalui Iklan diAkhbar. Tidak dapat dinafikan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan Parti PAS berhak memperjuangkan sesuatu yang due bagi rakyatnya.

Perkara ini besar kemungkinan akan berlarutan hingga kepertimbangan Mahkamah. Dalam apa keadaanpun Tengku Razaleigh telah melunaskan tanggungjawab beliau dengan begitu berkesan sekali. Sebagai mantan Pengerusi PETRONAS beliau telah huraikan segala kebenarannya dan dilihat akan terus mempertahankannya.

Setakat ini tidak ada sebarang petunjuk yang Isu ini akan dapat diselesaikan. Apa yang membingungkan rakyat biasa seperti penggemar Teh Tarik mengapa apabila terkena kepada Negeri yang diperintah selain dari BN perkara sebegini terjadi. Lihat saja apa yang berlaku diTrengganu sebelum ini. Royalti Minyak yang popular itu telah diberhentikan kerana rakyat menolak BN pada PRU ke 10. Apabila BN kembali berkuasa diTrengganu Royaltipun muncul semula. Inilah topic yang sering dibincang dikedai-kedai kopi.

Kita kerap mendengar pemimpin-pemimpin Pusat berkata yang Negeri Kelantan adalah yang termundur dari segi pendapatan per kapita rakyatnya, terkebelakang dari aspek pembangunan sehinggakan ramai yang terpaksa tinggalkan Kelantan supaya tenaga yang kuat yang dimiliki tidak membazir begitu saja. Saya menumpang bangga sikap yang positif yang ditunjukkan. Sekurang-kurangnya mereka tidak terikat lagi dengan Perumpamaan Walaupun hanya Hujan Batu DiNegeri Sendiri - Baiklah diNegeri sendiri. Kenyataan yang terbaharu pula Negeri Kelantan dikenalpasti sebagai Negeri yang paling kotor. Jika wang royalty (Anggarannya RM200 Juta setahun) tersebut berjaya diperolehi maka secara praktikalnya segala masaalah yang ditonjolkan itu tidak mungkin ujud. Secara lojiknya juga wang sebanyak itu pasti dapat membahagiakan setiap orang.

Ternyata sukar bagi Wang Ehsan mengambil alih tanggungjawab Wang Royalty. Fungsinya tidak sama manakala perlaksanaannya pula ketara berbeza. Bagi pengunjung-pengunjung Warong dan Kedai Kopi hidangan Teh Tarik yang sedap lagi menepati citarasa, itu merupakan satu Ehsan.

ahmadzawawi





Ibu pejabat PAS temui blogger dakwa salah laku 3 pemimpin

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 26 Feb — Blogger yang seringkali mengkritik tindakan pemimpin PAS menyokong idea kerajaan perpaduan Umno-BN berkata, setiausaha agung parti sudah memberi “lampu hijau” ke atas aduan rasmi dibuat membabitkan tiga pemimpin kanannya, mendakwa wujud salah laku menjejaskan nama komponen Pakatan Rakyat itu.

Pengendali blog malaysianwaves.com, Abdul Rahman Talib yang turut dikenali sebagai “Tulang Besi” memberitahu The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali telah menyatakan kesediaan untuk menemui beliau sambil menyifatkannya sebagai “langkah positif.”

“Saya menerima panggilan daripada pejabat setiausaha agung beberapa hari lalu mengatakan bahawa Datuk Mustafa mahu menemui saya berhubung aduan yang dibuat (awal bulan ini)... saya melihat kesediaan beliau sebagai satu langkah baik,” kata beliau ketika dihubung di Jakarta.

Langkah itu disambut baik beliau kerana setiausaha agung yang mempunyai kata putus sama ada sesuatu aduan mempunyai merit untuk disiasat ataupun sebaliknya pernah mengetepikan beberapa aduan sebelum ini termasuk yang dikemukakan oleh Exco Pemuda PAS Abdullah Abdul Karim.

Beliau selain mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin parti itu menggantung Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad enam bulan sedangkan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hanya diberi amaran juga mendakwa aduannya pernah ditolak Mustafa.

Tindakan itu mencetuskan rasa tidak senang di kalangan segelintir pemimpin dan ahli PAS.

Abdul Rahman yang berada di Indonesia kerana urusan perniagaan memberitahu beliau akan terbang ke Kuala Lumpur hujung minggu depan jika masalah pasportnya selesai segera.

Difahamkan ini kali pertama sejak pertengahan tahun lalu pengadu yang membuat aduan ditemui setiausaha agung untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Mungkin Datuk Mustafa ingin mendapatkan maklumat lanjut dan mungkin hendak tanya beberapa soalan,” kata beliau sambil menambah sepatutnya “ini merupakan kaedahnya jika aduan rasmi dibuat.”

“Biasanya pendakwa raya akan menemui orang yang membuat aduan... akhirnya setiausaha agung (PAS) mengambil langkah yang betul,” katanya.

Dalam aduannya pada 12 Feb lalu, Abdul Rahman turut menyenaraikan supaya keseluruhan anggota Majlis Syura PAS yang menyokong usaha meneruskan dialog kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke-12 disiasat jawatankuasa disiplin parti.

Tiga pemimpin yang dimaksudkan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dan Hasan yang bulan lalu dikenakan tindakan amaran oleh jawatankuasa disiplin.

Idea dialog kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno mendapat sokongan berbelah bahagi dalam parti itu.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mereka yang menyokongnya menentang usaha sedemikian.

Nasharudin dan Hasan merupakan antara pemimpin dirujuk Nik Aziz agar ditukar dengan diadakan pemilihan khas menerusi Muktamar Agung Khas.

Muktamar khas tidak diadakan sebaliknya Hasan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin di mana keputusan diumumkan 29 Jan lalu.

Isu idea kerajaan perpaduan turut mendapat perhatian Muktamar Agung PAS 2008 dan 2009.

Beberapa pihak dalam dan di luar PAS selain Nasharudin turut menyokong idea berkenaan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mereka berkali-kali telah menafikannya.

Akhir tahun lalu Abdul Rahman mencetuskan kejutan dengan mendedahkan rakaman yang didakwa pengakuan dan kenyataan menyokong idea kerajaan perpaduan.

Dalam blognya, Abdul Rahman minggu lalu berkata beliau akan melantik peguam jika tiada perkembangan daripada sekretariat PAS berhubung aduan yang dibuat.

Bagi membantu langkahnya itu dia memohon sumbangan daripada orang ramai dan setakat ini lebih RM10,000 telah dikumpulkan.
themalaysianinsider.





LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive