Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Julai 27, 2011

LU KENA BEB!!!



Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini kene 'boo' dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. Beliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.



Ada 1 penjelasan dari Tok Wan yang MENARIK perhatian aku. Tok Wan menjelaskan bahawa SPR TIDAK MEMPUNYAI KUASA menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara. TAPI cuba korang ingat balik peristiwa hitam Negeri Perak. SPR TAK ADA KUASA meminda undang undang, tetapi dalam Hal Perak, SPR MENGATASI undang undang. Kejap ada kuasa kejap xde kuasa? Kalau SPR tiada kuasa, SIAPA ada Kuasa? Contoh paling mudah dilihat, SPR menguatkuasakan melarang pondok panas semasa hari mengundi, dalam hal ni ada pulak kuasa SPR walhal tiada undang2 di digubal di parlimen. Apa guna AKTA PILIHANRAYA? Baru aku tahu AKTA itu hanya tinggal AKTA kerana SPR tiada kuasa menguatkuasakan apa dibawahnya.




Jangan terkejut jika ESOK Utusex Meloya akan keluar tajuk utama SPR MENANG DEBAT DENGAN AMBIGA. Bukan tak pernah jd dengan sorang Pak Menteri tu bila berdebat ngan Anwar. tetibe je keluar paper esoknya kata dia MENANG DEBAT, ANWAR KANTOI. Dari penelitian aku, dah jelas KEBENARAN siapa yang mengawal SPR. Terbukti SPR bukan lagi Suruhanjaya Piliharaya tetapi telah menjadi SENJATA PEMERINTAH RAKUS.


Nak gelak laaaaaaaaaaaaa... kah kah kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa​aaahh!!! BoooooooooooOOOOOOOOOOOOoooooO​oooOoooo!!!



bagindareformasi


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Selasa, Julai 26, 2011

Mafrel persoal keengganan SPR guna dakwat kekal

(Oleh: Sidiqin Omar)


KUALA LUMPUR: Badan Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), mempersoal kengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksana penggunaan dakwat kekal, sebaliknya memperkenal kaedah biometrik.
Pengerusi nya, Syed Ibrahim Syed Noh mengulas cadangan SPR memperkenalkan sistem itu kononnya bagi memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
“Cadangan dahulu pun masih belum dilaksana iaitu penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berulang. Sistem ini digunakan di banyak negara kerana ia mudah, cepat dan murah.
“Sekarang mahu dilaksana pula sistem biometrik yang belum pernah diuji ketelusannya. Tanpa sebarang perbincangan dan perdebatan, SPR mahu melaksanakan sistem yang sangat mahal kosnya.
“Bagi Mafrel, SPR mencipta satu masalah baru, sedangkan masalah lama masih belum diselesaikan,” kata Syed merujuk isu berbangkit itu setiap kali pilihan raya.
Sebelum ini Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menjadikan isu dakwat kekal sebagai salah satu dari lapan tuntutan untuk pembersihan pilihan raya.
Dalam pada itu Syed Ibrahim turut ditanya kesediaan diplomat Kesatuan Eropah (EU) yang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia pada pilihan raya umum ke-13.
Katanya, tidak ada sebab SPR perlu menolak kerana suruhanjaya itu sendiri diundang sebagai pemerhati di luar negara seperti di Thailand, apabila Timbalan Pengerusi SPR, Dato Wan Ahmad Wan Omar diundang sebagai pemerhati.
“Hanya kerajaan yang memanipulasi sistem pilihan raya mereka sahaja yang takut kepada pemerhati luar,” kata Syed Ibrahim kepada Keadilandaily.
“Tiada masalah sebenarnya. Sekiranya Malaysia memanggil pemantau pilihan raya antarabangsa sudah tentu, pegawai tersebut akan disaring, berdaftar dengan kedutaan negara mereka dan Wisma Putra,”
“Apa yang penting ialah keyakinan ‘pelanggan’ SPR iaitu parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini,” ujarnya.

KD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tukar Facebook Chat Kepada Versi Lama

Facebook chat versi baru agak menjengkelkan. Rasa macam tidak mesra pengguna pula. Dan rasanya memang tidak mesra pengguna pun, sebab tu aku tak suka paparan chat versi baru ini.



Oleh sebab tu, aku bertukar kepada chat versi lama. Aku rasa korang pun tidak suka kan versi yang baru ni, kalau suka sila bagitahu sebabnya.:)



Ok, untuk kali ini aku hendak kongsi 2 addons yang boleh jadikan facebook korang kepada versi lama. Addons untuk pengguna firefox dan juga pengguna google chrome.



Untuk pengguna firefox, install addons dari link ini.







Tukar Facebook Chat Kepada Versi Lama


Dan untuk pengguna google chrome boleh install addons dari link ini(Pastikan link ini dibuka menggunakan browser google chrome)



Tukar Facebook Chat Kepada Versi Lama


Buka(login) facebook anda dan kembali berchatting menggunakan paparan lama.:)



Happy blogging and happy facebooking.:) - unwanted



demolanie

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive