Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 25, 2012

Payudara Gadis 13 Tahun Membesar Sepanjang Lengan


Nia,alami masalah payudara terus memanjang seperti lengan.Payudara Membesar Sepanjang Lengan.

Nia Kurnia (13), gadis berasal Subang, Jawa Barat, mengalami pembengkakan payudara atau giant mamae displasia. Kedua payudara Nia membesar hingga sepanjang lengan.

”Payudara Nia membengkak hanya dalam enam bulan terakhir. Pembesarannya sangat cepat. Sekarang payudara yang kanan lebih besar daripada yang kiri,” ucap Imas, ibu Nia ketika ditemui di RS Cipto Mangunkusumo (RSCM). Nia yang selama ini tinggal di Kampung Bojongloa mengaku tak merasakan sakit ketika terjadi pembengkakan. Payudara yang membengkak ini membuatnya merasa berat untuk berjalan walaupun belum sampai membuatnya tidak masuksekolah.

Nia lebih sering tidur sehingga bebannya terasa lebih ringan. Sebelum ke RSCM, Nia telah menjalani pengubatan di tiga hospital di Subang dan Bandung. Bahkan, rumah keluarga di Bojongloa sudah dijual untuk membiayai pengubatan Nia. Namun, belum ada kemajuan dari penyakit yang dideritanya. Ketika diperiksa di RSUD Subang, doktor setempat tidak menemukan penyakit yang menyebabkan pembengkakan payudara Nia. Dokter kemudian merujuk Nia ke RSCM. Di RSCM Dr Antaria mengatakan, sementara ini Nia akan menjalani rawatan.

”Dia akan memeriksa kesihatan Nia secara menyeluruh meliputi cek darah, USG, mamografi, dan rontgen. Hal ini diperlukan untuk memastikan penyebab pembesaran payudara, sekaligus diambil tindakan yang tepat,” ucap Antaria. Kemungkinan besar, Nia akan menjalani pembedahan pengecilan ukuran payudaranya. Tindakan ini akan dilakukan setelah ada pemeriksaan menyeluruh. Apabila melihat keadaannya, Nia diperkirakan tidak mengalami kanser ganas atau tumor ganas karena keadaan pesakit masih relatif segar. ”Kemungkinan, Nia mengalami kelainan genetik,” kata Antaria lagi. (ART)


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Mahathir tak boleh pura-pura tak tahu tentang skandal MAS



KUALA LUMPUR, 24 FEB: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh berpura-pura dan cuba lari daripada tanggungjawabnya berhubung skandal Malaysia Airlines (MAS) di mana sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, syarikat penerbangan yang menjadi kebanggaan negara merudum teruk dalam masa satu dekad sahaja.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Mahathir takut menghadapi cabaran Datuk Zaid Ibrahim yang memintanya “menulis sebuah buku” tentang mengapa MAS diswastakan kepada Tan Sri Tajudin Ramli pada 1994, dengan memberi alasan beliau (Mahathir) bukanlah ketua syarikat penerbangan yang rugi itu.

“Mahathir cuba menulis semula sejarah 22 tahun menjadi Perdana Menteri seolah-olah beliau tidak tahu apa-apa dengan apa yang berlaku dalam pelbagai kementerian di bawah pentadbirannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, Mahathir cuba menggambarkan seolah-olah beliau tidak terlibat dalam beberapa krisis besar negara sepanjang pemerintahannya termasuk:

* Krisis kehakiman paling teruk dalam sejarah negara dengan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan hakim-hakim lain;

* Zaman paling gelap pencabulan hak asasi manusia dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila membuat penangkapan besar-besaran di bawah Operasi Lalang pada 1987; dan

* Pelbagai skandal kewangan lain termasuk skandal MAS dan “jenayah kejam tanpa penjenayah” seperti skandal kewangan Mahathir yang pertama pada tahun 1983 – skandal RM2.5 bilion Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Mahathir hilang kredibiliti apabila cuba menafikan beliau tidak bertanggungjawab dalam skandal MAS yang menyebabkan kerugian puluhan bilion ringgit.

Sedangkan, katanya, Tajudin Ramli yang diamanahkan menjaga MAS telah mendakwa bahawa Mahathir telah memaksa beliau (Tajudin) membeli MAS untuk membantu menyelamatkan Bank Negara selepas bank pusat itu mengalami kerugian pertukaran asing kerana spekulasi dalam mata wang asing oleh kerajaan UMNO-BN.

Katanya, Tajudin telah menguasai 29 peratus saham MAS pada 1994 daripada Bank Negara membayar RM8 seunit saham sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah separuh daripada nilai tersebut.

Menurut Kit Siang, Tajudin mendakwa beliau enggan membeli MAS tetapi menuduh Mahathir memaksanya atas alasan “khidmat negara”.

Beliau menambah, Tajudin telah mengambil pinjaman RM1.8 bilion untuk membeli syarikat penerbangan itu tetapi beliau telah menandatangani perjanjian “overriding” yang membolehkannya menjual kembali kembali kepada kerajaan, dan kerajaan akan membayar ganti rugi terhadap sebarang kerugian yang ditanggungnya dengan menggunakan wang rakyat.

Justeru, beliau menjelaskan, Mahathir tidak boleh berlakon kononnya tidak tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi dan perlu bertanggungjawab dan berani menjelaskan pekara sebenar demi rakyat dan negara. – Roketkini.com






KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Radiasi kilang Lynas sudah tersebar!


Oleh Adam Adli

26 Februari ini, masa depan bumi Kuantan bakal ditentukan; samada bumi ini mampu dipertahankan dengan kuasa rakyat, atau kapitalis terus menang lagi.  Ini bukan kali pertama dalam sejarah negara kita, bumi kita dieksploitasi untuk kepentingan dan keuntungan orang-orang kaya dan kapitalis asing.



Sejarah sudah membuktikan bahawa segala macam sumber perut bumi kita telah teruk dirompak demi keuntungan sesetangah pihak; dan keuntungan ini tidak mungkin dinikmati sama oleh masyarakat tempatan.  Jika dahulu, hasil-hasil bumi seperti timah, balak dan getah menjadi sumber-sumber yang dirompak serakusnya dari bumi kita, hari ini, selepas hasil-hasil ini sudah kontang, bumi kita digunakan lagi sekali oleh pihak asing; kali ini, untuk memproses bahan beradioaktif.  Dari jauh di tanah asing, sanggup diangkut nadir bumi ini, dan diproses di bumi kita dan kemudian akan diangkut semula ke bumi asing itu.  Mengapa?  Mengapa nadir bumi ini tidak diproses sahaja di tempat asalanya?  Bukankah lebih menjimatkan?  Sekali lagi bumi kita hanya menjadi mangsa eksploitasi.

Dalam dunia ini, diketahui bahawa hasil nadir bumi ini sentiasa diproses di Tanah Besar China.  Biarlah pakar-pakar mengulas dengan lebih mendalam akan perihal ini; bagi saya sebab musababnya pastilah kerana ia tidak selamat diproses di tempat asalnya, berbanding Tanah Besar China yang tidak pernah kekurangan ruang yang selamat.  Semudah itu.  Malangnya, apabila nadir bumi ini dicadangkan agar diproses di bumi kita, kerajaan kita bersorak gembira; kononnya bakal jadi negara yang boleh memecahkan monopoli China dalam industri ini.  Alang naifnya.  Kilang sekecil yang terdapat di Gebeng itu hanya ibarat kedai runcit kampung yang cuba bersaing dengan gedung membeli belah milik usahawan dari negara atas angin, tidak mungkin ia memecahkan monopoli, dan semestinya satu hari nanti terpaksa pula bergantung kembali kepada kuasa besar itu.  Bagi saya, sebelum berniat untuk memecahkan monopoli industri bahan beradioaktif, baiklah diselesaikan dahulu masalah ayam dan daging yang masih belum cukup dan sentiasa mahal di pasar borong.

Satu perkara yang sering menjadi kerisauan atas isu kilang Lynas ini adalah kesan radiasinya.  Seperti yang didedahkan media dan pengkaji, Lynas sendiri mengakui bahawa mereka tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menguruskan sisa buangan kilang ini, apa lagi mekanisma keselamatan menghadapi risiko tersebarnya gelombang radioaktif.  Namun yang demikian, ramai yang tidak sedar, bahawa radiasi kilang ini telahpun lama tersebar!  Tersebarnya radiasi berbahaya ini bagaimanapun secara terpilih.  Saya yakin, penduduk Kuantan yang setiap minggu berkumpul menyuarakan bantahan tidak dicemari dengan radiasi ini, sebaliknya yang terkena kesannya adalah orang-orang yang kebanyakannya tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan sebahagian kecil di bumi Kuantan sendiri.

Radiasi yang tersebar ini tidak pula menjejaskan jantung, saraf, paru-paru, mahupun kulit!  Satu-satunya organ yang terjejas teruk oleh radiasi dari kilang Lynas di Gebeng ini hanyalah otak; dan sesekali mulut.

Radiasi sedia diketahui mampu menjejaskan fungsi otak.  Samada kita gagal mengawalnya, atau otak tidak berfungsi dengan sepatutnya.  Kesan terhadap otak ini pula disedari hanya tersebar di Putrajaya dan Kuala Lumpur, dan mangsanya sentiasa dilihat samada berbaju kemeja lengkap bertali leher, berbaju batik, ataupun bersongkok tinggi.  Radiasi dari nadir bumi Lynas yang hinggap di otak ini turut disedari tidak mengenal pangkat dan taraf sosial.  Setakat ini, empat lapisan masyarakat yang dikesan terjangkit otaknya dengan partikel radiasi ini bergelar menteri, ketua cawangan, media dan mahasiswa.

Yang paling awal terkena kesan berbahaya ini tentulah menteri, dan berlakunya infeksi ini sebaik sahaja selesai upacara menandatangani perjanjian antara mereka dengan pemilik kilang nadir bumi Lynas ini.  Radiasi ini telah menjadikan mereka tidak mampu untuk bercakap benar, gemar mengeluarkan kenyataan yang cetek, dan tidak lagi berpegang pada janji "rakyat didahulukan".  Arakian, selepas mereka dijangkiti, diketahui bahawa tersebarnya pula kesan radiasi ini ke tiga lapisan yang lain melalui tangan, mulut, dan akaun bank.

Lapisan kedua iaitu ketua cawangan, diikuti dengan media, dan mahasiswa seperti yang dikatakan tadi, dijangkiti juga sebelum kilang Lynas ini beroperasi lagi.  Dengan hanya berbalas salaman antara menteri dengan ketua cawangan, dilapik dengan transaksi akaun bank, maka otak ketua-ketua cawangan ini pun turut sama dijangkiti oleh radiasi yang terus membengkak.  Jika radiasi pada menteri membuatkan mereka berbohong, dan melupakan janji; radiasi pada ketua-ketua cawangan ini menjejaskan kebolehan bersuara dan berbudi bahasa mereka mereka.  Maka keluarlah kata-kata kesat yang diselang-selikan dengan penumbuk dan penendang ke atas orang-orang tempatan yang tidak dihinggapi partikel radiasi walaupun saban waktu berkampung di sekitar kawasan kilang Lynas itu.

Pada pihak media pula, melalui mulut menteri, kesan radiasi ini disebarkan melalui kenyataan dan kemudian disambut dengan ulasan-ulasan karut.  Otak yang dijangkiti ini menyebabkan mereka menjadi berat sebelah dan mula menggadai identiti. Bayangkan, bagaimana seorang penyampai televisyen yang terkenal sebagai pejuang alam sekitar, boleh berubah kiblatnya menjadi pejuang kilang radioaktif.  Betapa hebatnya penangan kesan radiasi yang disebar oleh menteri ini.  Akhir sekali, golongan yang selama ini dilihat sebagai pembela hak masyarakat pula turut dihinggapi.  Sekali lagi, melalui tangan yang bersalam, mulut yang memuji, radiasi disebarkan.  Menggunakan taraf sebagai mahasiswa, mereka mempertahankan kilang radioaktif ini dengan kata-kata muluk yang kadang kala diselang-seli dengan hujah ala bilik kuliah.  Sedihnya melihat bagaimana otak-otak ini dirosakkan oleh radiasi kilang nadir bumi Lynas ini.  Inilah yang dimaksudkan bahawa bahaya radiasi ini bukan perkara main-main.  Belum lagi beroperasi sepenuhnya, sudah pun kesan buruknya tersebar, bayangkan bagaimana agaknya masa hadapan penduduk Kuantan?

Hari ini, kilang maut Lynas ini sudah pun mendapatkan kebenaran sementara untuk beroperasi.  Masa kian suntuk untuk kita membuktikan bahawa seperti di Bukit Merah dahulu, kilang ini harus ditutup, dan Lynas ini harus dihalau!  Mengaut keuntungan wang ringgit untuk dinikmati hanya sesetengah individu berkepentingan tidak semulia mempertahankan nyawa dan kesihatan puluhan ribu penduduk tempatan yang berada di sekitar kilang tersebut.  Sejarah dunia sudah membuktikan bagaimana pusat-pusat operasi yang memuntahkan radiasi ini tidak pernah selamat.  Jika Ukraine dan Jepun yang kepakarannya tidak pernah diragui suatu masa dahulu sudah pun menjadi mangsa; apa lagi kita?  Seperti sindiran popular yang sering dilempar kepada pihak berwajib: sebelum bina kilang beradioaktif, baiki dahulu tingkap kereta Proton!  Sekurang-kurangnya, bila radiasi mula tersebar, sempat kita menutup tingkap kereta untuk menapis partikel-partikel maut itu dari terkena diri kita, atau sekurang-kurangnya, otak kita.

*Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

merdekareview.com



DD

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive