Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Disember 22, 2012

Wajib Ubah Sebelum Negara Parah

Rakyat Malaysia wajib ubah kerajaan di dalam PRU akan datang. BN sudah tidak mampu untuk mengurus negara dan rakyat. Terbaru Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 - meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China. Perkara ini dilaporkan oleh Badan pemantau - Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington. Mungkin pemimpin BN akan kata ini adalah agenda Yahudi hendak memburukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Satu ketika dahulu rekod Altantuya yang masuk ke negara ini hilang daripada Imigresen. Sampai sekarang rakyat tertunggu mengenai wang RM40 juta yang melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan balak Sabah Michael Chia.

Negara pernah kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Jikalau enjin yang besar pun boleh hilang apalah sangat wang yang boleh dilipat tidak boleh hilang.

Masalah rasuah tidak ditanggani dengan serius di bawah kepimpinan Najib. Sehingga beliau tidak bersedia untuk menyambut Hari Anti Rasuah Antarabangsa seperti yang ditentukan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sejak sembilan tahun lalu..

Hutang negara semakin meningkat, tahun 2004 hutang RM242 bilion kepada RM363 bilion pada tahun 2009 dan RM456 bilion pada 2011. Untuk 2012, telah diunjurkan bahawa hutang kerajaan akan mencecah RM502 bilion. Menunjukkan peningkatan ketara 107.4 peratus hutang sejak 8 tahun lalu.

Fenomena di atas jika rakyat tidak ubah negara akan parah. Telahan Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan tahun 2019 bangkrap ada asasnya. Oleh itu rakyat wajib ubah demi kesejahteraan negara.

Idris Ahmad

Jumaat, Disember 21, 2012

Mahasiswa Berkhemah Kena Penjara, Perogol Mengaku Salah Dibebas


KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Biro Mahasiswa Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mengkritik pihak berkuasa yang bersikap dwi-standard dalam pelaksanaan undang-undang terhadap rakyat.

“Bandingkan kes rogol dan berkhemah kerana memperjuang hak, rogol itu lebih serius tetapi boleh dibebas. Jelas ada dwi-standard,” kata Pengarah Biro Mahasiswa, Saifullah Zulkifli.

“Sebenarnya undang-undang kita banyak diatur tangan-tangan politik, ikut selera pemerintah. Mana-mana tindakan yang tak disenangi dikenakan tindakan,” katany kepada Keadilan Daily, hari ini.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap mahasiswa ‘Occupy Dataran’ Umar Mohd Azmi atas alasan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas, 23 April lalu.

Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada ‘menangkap dan mengiringi’ aktivis, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ketika berkhemah di Dataran Merdeka jam 8 pagi 22 April lalu.

Sekumpulan mahasiswa berkhemah sebagai bantahan terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak adil.

Suasana ini berbeza dengan keputusan kes seorang pemain boling tenpin kebangsaan, Noor Afizal Azizan yang dibebaskan Mahkamah Sesyen walaupun mengaku bersalah merogol gadis bawah umur, Ogos lalu.

Mengenai Umar, Saifullah menyifatkan mahasiswa itu sebagai antara contoh kebangkitan anak muda yang berjuang untuk kebebasan bersuara dan melontar idea.


Oleh: Aisya Geofrey


mafiaboss2u


Budak 3 tahun diseret sejauh 10km


Menyayat hati apabila melihat mayat seorang kanak-kanak 3 tahun Muhamad Aslam Maricar Said Ibnu Salam dalam keadaan hancur dan hampir berkecai. Kanak-kanak malang ini diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan lain selepas dia tercampak keluar dari kereta dinaiki bersama keluarganya yang terlibat dalam satu kemalangan.

Kejadian berlaku di Kilometer 168.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin. Mayat mangsa hanya ditemui tiga jam selepas kereta jenis Ford Laser yang dipandu bapanya, Said Ibnu Salam G M Ismail, 47, terbabas ketika cuba mengelak bangkai anjing.
Mangsa bersama keluarga dalam perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak menuju rumah mereka di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, Georgetown, dekat sini.

Ayah mangsa, Said Ibu Aslam GM Ismail, 47, menceritakan kembali detik kejadian malang yang mengorbankan anaknya itu berlaku ketika mereka di dalam perjalanan pulang ke Air Itam, Pulau Pinang selepas berkelah di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak.

“Kami sekeluarga bertolak kira-kira jam 6 petang selepas bermandi-manda di Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak. Pada mulanya, saya memandu di lorong kanan namun masuk ke lorong kiri apabila terdapat kenderaan di belakang yang ingin memotong.

“Apabila melalui laluan yang agak gelap, saya ternampak bangkai anjing di hadapan dan cuba mengelaknya namun gagal," katanya.

Muhammad Aslam Maricar

Akibat itu, dua anaknya, Nur Aisyah Aslam, 2, dan Muhammad Aslam Maricar, 3, yang duduk di belakang tercampak keluar disebabkan kenderaan berpusing selepas melanggar anjing tersebut.

“Bagaimanapun, isteri, dua anak dan adik ipar saya selamat,” katanya ketika ditemui di perkarangan wad kanak-kanak Hospital Seberang Jaya, semalam.

Said Ibnu Aslam berkata, beliau mencari kedua-dua anaknya yang tercampak dan menemui anak bongsunya yang tertiarap di dalam longkang.

“Saya kemudiannya mencari arwah di merata tempat termasuklah di tepi lebuh raya dan hutan kira-kira dua jam namun gagal ditemui.

“Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan seseorang yang meminta untuk ke hospital kerana telah menemui anak saya.

“Hancur luluh hati ini apabila diberitahu anak saya meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati,” katanya.

Dia sekeluarga reda dengan pemergian arwah.

Antara perubahan ketara yang ditunjukkan ialah arwah seringkali memeluk dan menciumnya serta mengungkapkan perkataan sayang kepadanya serta ahli keluarga lain tiga hari sebelum kejadian.

Katanya, dia tidak menyangka itu adalah petanda anak kesayangannya itu akan meninggalkan mereka buat selamanya.

“Arwah berkali-kali mahu mengikut saya bersolat di masjid sejak beberapa hari lalu.

“Dalam perjalanan pulang pula, dia mencium saya beberapa kali dan arwah sempat makan jeli kelapa yang dibeli ketika kami singgah di pasar malam Taiping sebelum kejadian,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke HSJ untuk bedah siasat dan dituntut ahli keluarga kira-kira jam 3 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 4 pagi.


HM/SH

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive