Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 20, 2013

LAWAK AHAD: SAKIT JIWA



Di sebuah rumah sakit jiwa, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya.

Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaannya.

Doktor: Apa khabar anjing awak, bawak dia jalan-jalan ye..?

Pesakit: Ini selipar la doktor, ini bukan anjing...

Doktor: Syukurlah kamu sudah sembuh.

Doktor pun berlalu meninggalkan si pesakit.

Si pesakit lalu berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Ha..ha..ha.., kita berjaya menipu Doktor tu kan Blecky..."



Sabtu, Januari 19, 2013

Melayu Johor Termiskin, Bukti UMNO Gagal Pertahan Melayu


Lagu "Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang” merupakan lagu yang sering dilagukan oleh UMNO untuk membakar sentimen orang Melayu agar terus bertuankan UMNO namun hakikatnya adalah lagu ini mencerminkan betapa memang selama ini orang Melayu Johor telah lama bermain dengan api apabila memilih UMNO/BN untuk memerintahkan negeri ini sehingga menyebabkan tergadainya tanah-tanah negeri ini kepada negara lain.

Kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia mendedahkan hakikat kegagalan UMNO untuk memartabatkan orang Melayu di negeri kelahirannya ini. Perkara ini sememangnya bukanlah satu rahsia lagi. Ia sebenarnya telah menjadi pengetahuan umum di sekitar bandaraya Johor Bahru betapa sukarnya anak bangsa ini untuk memiliki rumah sendiri. Apatah lagi anak muda yang baru saja menamatkan pelajaran, mendapat pekerjaan dan ingin memulakan hidup mereka.

SAMM Johor amat kecewa dengan sikap tutup mata Kerajaan Negeri pimpinan YAB Datuk Ghani Othman yang tidak dapat melihat kemunduran dan peminggiran orang Melayu di negeri Johor ini. Tambah mendukacitakan lagi, apabila Kerajaan Negeri lebih berminat kepada orang luar seperti daripada Singapura, Timur Tengah dan United Kingdom. Desakan hidup dan ketidakmampuan rakyat Johor untuk memiliki rumah di sekitar Bandaraya Johor Bahru termasuklah di Wilayah Pembangunan Iskandar mengakibatkan ramai rakyat terpaksa memilih daerah-daerah berjiran untuk dijadikan kawasan tempat tinggal. Bukankah ini merupakan satu dasar halus untuk menghalau rakyat negeri ini daripada mengecapi nikmat kemajuan? Ini adalah satu bukti bahawa rejim Ghani Othman ini sedang melaksanakan agenda "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".

SAMM Johor juga melihat rasional pulangan bermanfaat dan keuntungan kepada rakyat Johor dalam projek pembangunan Iskandar Malaysia seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa projek ini telah melepasi sasaran pelaburan RM100 billion. Menteri Besar perlu memberikan penjelasan komorehensif berhubung manfaat yang diterima oleh rakyat Johor keseluruhannya. Sesuatu yang pelik sedang berlaku kerana di sebalik limpahan pelaburan RM100 billion di Iskandar Malaysia dan pelaburan RM60 billion di projek Hab Petrokimia Pengerang, namun DPMM telah mengeluarkan kenyataan bahawa Melayu Johor lebih miskin daripada Melayu Kelantan. Apakah limpahan kemakmuran ekonomi ini hanya berlegar di kalangan segelintir yang rapat dengan UMNO/BN semata-mata?

Imbas kembali dalam himpunan Tanah yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru sekitar pertengahan tahun 2012 di mana SAMM Johor turut terlibat, penganjur telah dengan tegas menyebut mengenai perkara ini namun ia dipandang sepi oleh rejim Ghani Othman. Kali ini, isu yang sama muncul kembali. Tidak mungkin isu ini hanya satu isu remeh.

Sehubungan itu, SAMM Johor dengan ini tegas mendesak :

1. Penjelasan penuh Kerajaan Negeri Johor berhubung pemilikan tanah, aset dan ekuiti Negeri Johor oleh rakyat negara luar.

2. Penyertaan 30% Melayu/Bumiputera dalam pemilikan tanah, aset dan ekuiti di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia.

3. Menghentikan segala kegiatan penafian hak masyarakat peneroka bandar.

4. Menghentikan segala kegiatan menjual kepentingan negeri ini kepada individu atau institusi luar negara.

5. Mendesak Kerajaan Negeri Johor untuk segera melaksanakan 10 tuntutan Himpunan Tanah Rakyat.

Sesungguhnya Menteri Besar Johor dan barisan Exco Kerajaan Negeri bertanggungjawab terhadap dakwaan bahawa Melayu Johor merupakan Melayu yang termiskin di Malaysia. Ketidakupayaan Menteri Besar dan UMNO/BN Johor untuk memastikan rakyat negeri ini untuk menikmati limpahan kemakmuran ekonomi menunjukkan bahawa barisan kepimpinan negeri ini berada di dalam masalah kredibiliti yang sangat serius. Johor tidak memerlukan barisan kepimpinan yang tidak kompeten.

Kalaupun tidak berdiri sama tinggi dengan Singapura, Johor perlu menjadi sebuah negeri yang menjadi lawan yang hebat dan juga sepatutnya menerima sedikit kesan limpahan ekonomi Singapura apabila kemasukkan rakyat Singapura yang berbelanja di negeri ini sepatutnya memberikan banyak keuntungan kepada rakyat Johor. Seharusnya, Johor menjadi sebuah negeri yang memakmurkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyatnya bukannya mengutamakan rakyat negara lain.

Pembongkaran DPMM ini seharusnya dijadikan titik kebangkitan untuk semua rakyat Negeri Johor tanpa mengira bangsa dan agama bersama- sama bersatu hati menokhtahkan pemerintahan UMNO/BN yang tidak pernah menjaga kepentingan rakyat. Masanya telah tiba untuk kita hukum pemimpin yang culas dalam memartabatkan rakyat sendiri. Masanya telah tiba untuk kita tunjukkan kepada pemimpin yang berkiblatkan keuntungan diri semata-mata bahawa Suara Rakyat adalah Suara Keramat.

SAMM Johor menyeru setiap warga Melayu Johor untuk menolak UMNO/BN dalam Pilihanraya Umum ke 13 ekoran daripada kegagalan dahsyat yang telah dilakukan mereka. Pengkhianatan yang mereka lakukan ini terlalu besar dosanya. Ia tidak boleh dimaafkan dengan memberikan mereka mandat sekali lagi untuk mengemudi negeri ini. Sudah banyak tanah dan kepentingan kita digadaikan oleh pemimpin UMNO/BN tanpa maruah. Cukuplah, demi masa depan anak cucu kita nanti, ayuh berubah Rakyat Johor.

"Rakyat Bangkit, Tolak Penindasan"


Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Negeri
SAMM Johor


Jumaat, Januari 18, 2013

Kumpulan pelajar cabar Sharifah berdebat dengan Bawani

Kesal dengan apa yang telah berlaku sewaktu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) Disember lalu, sekumpulan pelajar mencabar Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berdebat dengan pelajar UUM, KS Bawani.

Kumpulan itu memberitahu satu sidang akhbar bersama Bawani hari ini bahawa siri debat dan forum sedang dirancang untuk bincangkan isu pendidikan percuma.

Bawani (kiri) sendiri telah mengesahkan akan menghadiri dua
daripada program tersebut dan berharap Sharifah akan hadir sama.

"Kami akan mengadakan satu bengkel mengenai pendidikan percuma pada 26 haribulan ini, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

"Saya juga menjemput Sharifah untuk datang dan membincangkan isu itu dengan kami," kata pelajar undang-undang tersebut yang menjadi popular selepas video Sharifah menegurnya sewaktu forum anjuran SW1M di UUM bulan lalu, tersebar di di Internet.

Satu lagi program yang akan dihadiri Bawani ialah forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Dengan tajuk "kebebasan akademik dan hak asasi manusia", forum itu juga telah mengesahkan kehadiran bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Maszlee Malik.

Seorang wakil dari SAMM, Wan Noor Faril Azli, berkata pihak penganjur telah menghantar jemputan ke pejabat SW1M beberapa hari lalu, dan mereka akan ke sana lewat petang ini untuk menyerahkan jemputan rasmi kepada Sharifah.

NGO lain yang menghadiri sidang akhbar hari ini ialah Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Kumpulan Mahasiswa Unisel, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerits).

Sebagai menunjukkan sokongan kepada Bawani, mereka juga menuntut Sharifah memohon maaf secara terbuka atas pelakuannya terhadap Bawani sewaktu forum di UMM bulan lepas.

Bagaimanapun, Bawani berkata permohonan maaf tidak penting baginya.

MK



LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive