Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, November 08, 2013

APAKAH 2 TABIAT PEREMPUAN YANG MEMBAWA KE NERAKA?


As’salamualaikum . Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa’. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

“Assalamu’alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, Aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”.

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?’ Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

Kamu banyak mengutuk/menyumpah

Kamu kufurkan kebaikan suami


Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:

Banyak beristighfar

Banyak bersedekah

Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1 – Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, “Driver bas ni dah mampus agaknya.” Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2 – Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata “Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.” Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I’tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan ‘kufurkan kebaikan suami’.
Rasulullah SAW berkata,”Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,”Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,’Mana-mana isteri yang berkata, “Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak”, maka akan gugur pahala-pahala amalannya.’ Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari dua perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).” Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendirimelakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW :

“Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

c. Istighfar juga memurahkan rezeki.

Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda.Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

d. Tuturkata/percakapan yang baik.

Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur katanya”.

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,”Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.” Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :”Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.” Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifatburuk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Sumber: Tokuban78′s Blog

islamituindah

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Khamis, November 07, 2013

JANGAN CARI PASAI DENGAN JEJAKA IDAMAN MALAYA HOHO

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, beliau sedih apabila wujudnya pengundi yang tidak dapat dikesan dalam pilihan raya kecil Sungai Limau pada Isnin lalu.

Shahidan yang mengetuai jentera pilihan raya BN Perlis berkata, beliau antara mengesan perkara itu di daerah mengundi Bukit Besar tetapi tiada apa dapat dilakukan kerana ia tidak dibantah semasa daftar pemilih dipamerkan.

"Dulu pembangkang sebut pengundi hantu. Kami tak tahu apa dia sebut pengundi hantu. Rupanya perangai orang nak buat jahat ini, (dia) pergi menyamun, (kemudian) kata: 'Hah, kau menyamun!'

"Macam cerita P Ramlee, dia menyamun, lepas itu dia kejar penyamun sekali," kata Shahidan yang menjaga empat daerah mengundi dalam pilihan raya yang menyaksikan BN tewas itu.

Sementara itu, bekas menteri besar Perlis itu juga menegur langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya meletakkan pondok pembangkang terlalu hampir dengan BN sehingga berlakunya insiden keganasan.

"Beberapa kali berlaku bertumbuk sebab kes ni. Bila berlaku percakapan, kepanasan, dia nak bertumbuklah," katanya.

Shahidan berkata, alasan musim pilihan raya juga tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan perkara itu.

"Tak boleh kata, ini pilihan raya, polis tak boleh kawal, SPR tak boleh kawal. Kena kawal supaya tak bergaduh," katanya.

Beliau juga mengkritik sikap penyokong pembangkang yang didakwanya mengambil pendekatan maki hamun dan carut marut kepada musuh politik mereka, termasuk dirinya sendiri.

"Ada makcik tua-tua macam mak saya, nak cabar saya. Saya tanya, awat makcik, nak cabar saya Saya ini kuat, jejaka idaman Malaya. Jangan cari pasal dengan saya.

"Tetapi dia dilatih macam itu, membenci," keluh Shahidan lagi.

mk



Rabu, November 06, 2013

FAM TAK BUAT KERJA... HOHO


KHAIRY (kiri) mendengar penerangan daripada atlet menembak negara, Nur Suryani Mohd. Taibi mengenai cara mengendalikan Air Rifle selepasmerasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara 2013 di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor semalam.


MENTERI Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan insiden penemuan pistol jenis Browning bersama tujuh butir peluru di dalam tandas Stadium Shah Alam pada final Piala Malaysia 2013, Ahad lalu berpunca daripada kelemahan penganjur.

Sambil mengakui cukup terperanjat dengan insiden tersebut, Khairy lantang mempersoalkan kelemahan Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengendalikan perkara tersebut.

“Saya memang sangat terperanjat, ia satu kelemahan penganjur (FAM) yang cukup serius, nampak sangat FAM tidak buat kerja.

“Bukan apa, kalau pistol itu ada sebelum perlawanan, mengapa mereka (FAM) tidak periksa betul-betul.

“Jika ia (pistol) berada selepas penonton masuk stadium, pun salah Jawatankuasa Keselamatan FAM kerana mereka gagal mengesan pistol itu ketika pemeriksaan di pintu masuk,” katanya kepada pemberita semalam.

Khairy sebelum itu merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara 2013 yang bermula di Lapang Sasar Subang, Selangor semalam.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Supritendan Ruslan Abdullah mengesahkan penemuan pistol jenis Browning automatik itu di dalam sebuah tandas di stadium berkenaan semasa aksi final edisi ke-87 melibatkan Pahang dan Kelantan, Ahad lalu.

Turut ditemui bersama senjata api tersebut ialah tujuh butir peluru pada dinding di atas bekas tisu di dalam tandas berkenaan.

Difahamkan, senjata api itu ditemui berhampiran kawasan yang melibatkan penyokong Kelantan oleh seorang anggota polis yang kebetulan mahu menggunakan tandas itu pada pukul 9.30 malam.

Perlawanan itu berkesudahan Pahang muncul juara hasil jaringan tunggal Matias Conti sekali gus mengakhiri kemarau selama lebih dua dekad selepas kali terakhir muncul juara pada 1992.

Mengulas lanjut, Khairy mahu menunggu laporan penuh berhubung insiden itu sebelum mengambil sebarang tindakan susulan.

“Saya mahu tahu pistol itu milik siapa?

“Jika ia milik polis, saya harap dapat terima laporan itu segera dan harap satu siasatan terperinci dapat dilaksanakan.

“Namun jika bukan, ia satu kegagalan yang cukup serius oleh penganjur,” tegas beliau.

kosmo


LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive