Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 16, 2014

PENING LAGI NAJIB LEPAS NI...KAH! KAH! KAH!


Krisis Umno Terengganu: Babak kedua baharu bermula – Azan


KUALA LUMPUR 15 MEI: Krisis peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu belum berakhir, sebaliknya babak kedua baharu sahaja bermula dan mungkin menjadi lebih buruk, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

Katanya, terdapat desas desus tiga Adun yang mengikuti Ahmad Said dan keluar daripada Umno dijanjikan jawatan sebagai Exco sekiranya kembali semula ke pangkuan parti itu.

“Ini menimbulkan rasa sangat tidak berpuas hati di kalangan Adun yang tidak dilantik sebagai exco dan menyebabkan muncul beberapa kumpulan kecil (di kalangan Adun).

“Jadi masalah ini tak akan selesai, malah akan memburukkan suasana. Babak kedua adalah apabila pelantikan exco baru menggantikan exco yang lama.

“Episod ketegangan dan pergaduhan mungkin lebih berpanjangan. Babak kedua ini akan diikuti babak ketiga di dalam DUN apabila menteri besar yang baru akan diuji dengan undi tak percaya,” ujar Azan.

Katanya, sama ada undi tidak percaya itu diusulkan Pakatan atau BN sendiri, beliau yakin kalangan ADUN yang tidak terpilih sebagai exco akan memberontak.


Selain itu, katanya, Umno kini bimbang jika pihak tertentu membawa kes itu ke mahkamah berikutan keputusan Ahmad Said bersama tiga lagi Adun mengisyitiharkan diri mereka sebagai Adun bebas baru-baru ini.

“Dari segi perundangan, BN tidak punya hak memerintah Terengganu kerana beberapa Adun menjadi bebas dan mereka hilang kuasa majoriti.

Mereka bimbang jika ada pihak tertentu usul ke peringkat mahkamah dan menjadikan isu ini isu perundangan. Kerajaan negeri yang ada tak boleh bertahan lama selagi tidak mendapat fresh mandate daripada rakyat,” ujarnya.

Azan yang juga Adun Bandar berkata, episod di Terengganu kini dilihat menjadi lebih parah apabila terdapat pegawai kerajaan negeri ditukar kerana dilabel pengikut setia Ahmad Said.

“Mereka ini dilabelkan sesetengahnya masih bersama bekas menteri besar. Pertukaran pimpinan adalah perkara biasa, tetapi pertukaran dan pemecatan pegawai kerajaan tidak ubah seperti mengulangi kesilapan pertama dengan menukar Ahmad Said sebagai MB serta merta,” katanya menganggap keputusan itu politik balas dendam oleh menteri besar yang baharu, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman.

Beliau merujuk tiga pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar yang ditukar berkuatkuasa 14 Mei lalu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Berhad, Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang ditukar sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.

“Sekarang banyak pihak beranggapan, isu ini telah reda. Sebenarnya ini baru tamat babak pertama kerana babak kedua baru saja bermula,” kata Azan.

Katanya suasana politik di Terengganu ini menyebabkan arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri masih kabur dan tidak jelas, sehingga mengganggu kelancaran pentadbiran.

“Terdapat politiking dalam jabatan kerajaan atau perkhidmatan pentadbiran negeri. Ada fail dilapor hilang, surat yang dibatalkan atau tidak sah.

“Tambahan exco yang ada tidak pasti kedudukan dan nasib masing-masing. Maka berlaku suasana seperti keretapi yang terputus kepala, huru hara dan kelicinan pentadbiran tidak berlaku,” ujar Azan.

“Saya melihat bahawa ujian sangat getir jelas diletak kepada menteri besar yang baru yang tidak mempunyai pengalaman dan hanya dua penggal sebagai Adun. Dia kini diberi tanggungjawab sebagai MB dan memasuki pejabat MB dalam suasana yang genting dalam krisis sebegini,” ujarnya.

KD

Khamis, Mei 15, 2014

BUKAN GAMBAR BOGEL SAYA


BUKAN SAYA...Tan menunjukkan gambar ghairah daripada laman sosial terbabit yang menggunakan wajahnya.

Seorang wanita terpaksa berdepan cemuhan rakan dan keluarga apabila mukanya digunakan di sebuah laman sosial yang mempromosikan khidmat seks.

Bukan itu saja, gambar mukanya itu turut diubah suai menggunakan teknik ‘super imposed’ bersama gambar tubuh badan yang mengghairahkan.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 20, mengetahui mengenai laman sosial terbabit sejak Mei tahun lalu, namun tidak menyangka ia berlarutan.

“Saya diberitahu rakan mengenai laman sosial terbabit yang menggunakan gambar muka saya dan melaporkannya kepada pengurusan laman sosial itu.

“Selepas itu, saya tidak lagi dapat melihat profil berkenaan yang menggunakan nama ‘Jessy Srikembangan’ dan menganggap ia sudah dikenakan tindakan oleh pengurusan laman sosial terbabit,” katanya ketika sidang media di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, di sini, semalam.

Tetapi, dia sekali lagi dihubungi rakannya pada Ogos lalu dan bertanya sama ada dia terdesak memerlukan wang kerana terjumpa laman sosial menawarkan perkhidmatan seks menggunakan gambarnya.

Katanya, dia membuat siasatan sendiri dan menemui profil ‘Jessy Srikembangan’ serta ‘Lisa Carino’ yang menggunakan gambar wajahnya.

“Saya menghubungi nombor telefon yang disertakan di satu daripada profil berkenaan menggunakan SMS dan mereka memberikan nombor akaun bank atas nama ‘Jessy Ling Kok Diong’ sebelum meminta saya memasukkan wang ke akaun itu.
“Kini saudara-mara saya juga mengetahui mengenai profil berkenaan selepas rakan-rakan memasuki profil itu,” katanya.

Wanita berasal dari Shah Alam itu membuat laporan di Balai Polis Shah Alam sebelum mendapatkan bantuan Biro Pengaduan Awam MCA bagi membersihkan namanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro, Datuk Seri Michael Chong berkata, ini kes pertama diterima pihaknya menggunakan modus operandi berkenaan.

“Ini cara penipuan baru digunakan sindiket untuk mengaut keuntungan segera dengan menggunakan maklumat peribadi serta gambar individu lain.

“Kami serahkan pada polis menyiasat perkara ini supaya tindakan lanjut boleh diambil,” katanya.

HM

PESAWAT MEMBAWA KEROPOK LEKOR NYARIS HILANG DI UDARA



Pesawat N25 Bukit Besi Airways penerbangan dari Lapangan Terbang Barisan Nasional menuju ke Lapangan Terbang Bebas yang semalam gagal dikesan radar, berjaya dicerap kembali oleh radar malam ini setelah mendapat bantuan dari Satelit NajibSat.. Pesawat dikesan telah membuat `Air Turn Back` menuju kembali ke Lapangan Terbang Barisan Nasional dan tidak menuju ke Lapangan Terbang Bebas. 

Dikhabarkan bahawa Satelit NajibSat akan membayar bonus kerana kecekapan juruterbang melakukan Air Turn Back dengan sempurna. Pesawat dipandu oleh juruterbang Kapten Roslee (Seli Dayok).

Sementara itu, 2 lagi pesawat Kijal Airlines dan Air Ajil yang masing-masing dipandu oleh Kapten Mad Said dan Kapten Ghazali  masih gagal dikesan oleh Satelit NajibSat dan dirasakan sudah berakhir di Selatan Lautan Bebas.Bagaimanapun dua pesawat tersebut telah keluar dari dasar lautan Hindi dan kembali mendarat dengan selamba.

Dalam perkembangan lain, 3 pesawat lain yang dijangka akan berlepas dari Lapangan Terbang Barisan Nasional menuju ke Lapangan Terbang Bebas dalam masa terdekat telah diberi kata dua oleh Satelit NajibSat untuk tidak berbuat demikian. Bayaran pampasan akan dibuat oleh Takaful Ros Insurance jika pesawat tidak berlepas ke Lapangan Terbang Bebas.-Bernamakahai

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive