Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Disember 30, 2014

2 ORANG MATI TERTIMBUS DI CAMERON HIGHLANDS


Cameron Highlands: Seorang ibu mengandung dan anaknya berusia setahun maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tringkap, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, suami mangsa yang turut tertimbus bagaimanapun terselamat dan berjaya dikeluarkan beberapa jam selepas kejadian berlaku.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata, lelaki terbabit berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada jam 7.13 pagi.

"Mayat kanak-kanak berusia setahun yang tertimbus dikeluarkan pada 8.03 pagi tadi dan mayat ibunya pula dikeluarkan beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Identiti semua mangsa belum dapat dikenal pasti buat masa ini.


HMetro



Isnin, Disember 29, 2014

KAPTEN KAPAL LIHAT PESAWAT MERAH TERBANG RENDAH


Kapten kapal lihat pesawat terbang rendah dekat Pulau Lingga
AHAD, 28 DISEMBER 2014 - 11:35PM

KUALA LUMPUR : Kapten sebuah kapal, KM Bahari Maju, mendakwa melihat pesawat merah terbang rendah di perairan Pulau Lingga, hari ini.

Menurut laporan Metrotvnews.com malam ini, perkara itu dimaklumkan petugas pusat komunikasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) Daerah Bangka-Belitung selepas menerima maklumat itu menerusi kapten kapal terbabit, Fariawan.

Pesawat berkenaan dilihat terbang rendah pada jam 8.00 pagi waktu Indonesia Barat (WIB) ketika KM Bahari Maju berada pada kedudukan koordinat 00'17'202 S dan 105'40'422 E.

"Kita tadi menerima informasi dari KM Bahari Maju yang melihat pesawat berwarna merah terbang rendah di Timur Pulau Lingga, Kepulauan Riau," kata petugas berkenaan, Febby Imam Saputra.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal dari Surabaya, dijadual tiba di Singapura pada 8.30 pagi namun terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi.

BH




Ahad, Disember 28, 2014

PESAWAT AIR ASIA DARI SURABAYA KE SINGAPURA HILANG


KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia.

Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berangkat pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.

Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.

Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus A320 AirAsia itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.

Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan jangkaan awal kehilangan pesawat AirAsia itu.

BH

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive